11

Zombie Completed 9098

“Sayang okey?” risau Khai. Dia memeluk Mica. Mica mengangguk perlahan. “Kita kena gerak sebelum mereka menghantar lagi penjaga-penjaga raksasa itu…” kata Zara. Naz memberi petunjuk ke arah pintu keluar.

“sini! Cepat!” mereka bersama-sama berlari keluar. Semput Mica dibuatnya. Begitu juga dengan Zara.

“Kita dekat mana ni?” tanya Mica dan Zara serentak.

Apabila sahaja mereka keluar daripada bangunan besar tersebut, keadaan sekeliling mereka sangat sepi dan hanya kedengaran bunyi desingan angin yang kencang.

“Kita kena cari tempat berteduh. Tengok langit seperti mahu hujan lebat.” beritahu Naz. Mereka setuju dengan cadangan Naz.

Mereka berjalan dengan pantas sambil berpegangan tangan agar mereka tidak berpecah. Keadaan sebenarnya sudah menjadi kucar-kacir. Mereka berlima menjadi mangsa bahan eksperimen tersebut dan kehidupan mereka menjadi huru-hara. Terutamanya Mica yang terpisah daripada keluarganya begitu juga dengan Khai.

Mereka berhenti di sebuah bangunan tiga tingkat yang sangat lenggang. Seorang manusia tiada langsung di mana-mana tempat. Mereka tidak pedulikan sesiapa, janji mereka dapat berteduh buat sementara daripada mereka tertangkap lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience