Bab 5

Romance Completed 30748

Erna memegang kepalanya yang terasa kusut. Dia sudah nampak segalagalanya. Disaat wanita itu membelai dan memujuk Fareeq, lelaki itu langsung mengiakan. Rupa-rupanya perempuan itu adalah isteri Fareeq!

Jadi kalau perempuan itu isteri Fareeq, siapa pula dia di dalam hati Fareeq? Beberapa purnama dahulu, cinta mereka mekar bertahta. Kenangan dibina dengan penuh keindahan.

Tapi siapa menyangka, siapa boleh menduga. Takdir membawa dirinya ke lembah ini. Takdir membuatkan dia terperuk dan dikurung di sangkar yang tidak bernama ini.

Semudah itu hati Fareeq beralih arah? Sesenang itu Fareeq meninggalkan dirinya? Mana janji-janji lelaki itu untuk terus setia bersama walau dugaan dan cabaran datang menerpa. Mana???

Hati Erna menangis hiba. Menangisi sesuatu yang sudah terlepas dari gengamannya…

“Jangan menangis Erna….” Teguran itu membuatkan Erna berpaling

“Kenapa? Kenapa hanya kau yang boleh tengok aku? Kenapa bukan Fareeq?” Tanya Erna penuh tangis. Kalau Fareeq boleh melihat kondisinya sekarang, pasti lelaki itu akan terus setia menyintainya. Bukan menyintai Sury!

Rifqi merenung lembut wajah Erna.

“Sebab dari dulu aku pandang kau dengan mata hati… Bukan dengan mata kasar… Dari kecik kita berkawan… Mana kau pergi, aku pasti dapat cari kau kan..? Macam tu jugaklah sekarang… Aku tetap dapat jumpa kau Erna..” Ya… Erna masih ingat lagi, dahulu jika dia merajuk dengan papa, dia akan mencari tempat persembunyian untuk merajuk. Berharap agar rajuknya akan dipujuk oleh papa.

Tapi setiap kali dia merajuk, hanya Rifqi yang datang mencari. Hanya Rifqi yang pandai memujuk rajuknya. Bukan papa… Bukan juga Fareeq!

Rifqi seorang sahabat yang setia mendengar… Rifqi sentiasa hadir di saat waktu senang atau susah. Dia sentiasa ingat setiap hari lahir, setiap tarikh istimewa..

Erna sedar yang Rifqi terlalu istimewa tapi ternyata, Fareeq lebih sempurna di matanya.

Fareeq lagi?

“Kenapa Allah tak tarik je nyawa aku? Kenapa Allah simpulkan satu perasaan yang tak mampu aku nak leraikan? Kenapa?” Erna sudah terjelepuk dengan tangisan. Langsung dia tidak menyangka ataupun menjangka yang semua ini akan terjadi dalam hidupnya. Meraung melepaskan kesedihan yang membelit.

“Jangan suka pertikaikan takdir Erna…”

“Kau cakap senanglah… Semua ni tak terjadi pada kau!” Tengking Erna marah.

“Sebelum kau terluka dengan seseorang yang kau sayang, aku dulu yang rasa perasaan sakit tu Erna. Jadi jangan pertikaikan yang aku tak tahu atau tak faham dengan apa yang kau rasa!” Marah Rifqi dengan suara yang sedikti meninggi. Muka Erna jelas tercengang. Tidak dapat mengutip bait-bait kata milik Rifqi.

“Maksud kau?”

“Aku sayangkan kau Erna… Aku dahulu yang sayangkan kau sebelum Fareeq sayangkan kau. Aku dahulu yang sakit bila kau pergi pada dia sebelum Fareeq pergi pada Sury.” Erna tercengang dan tergamam.

“Kau…. sa..yang…kan…a…ku…?” Tanya Erna terketar-ketar.

Perlahan-lahan Rifqi mula merapat. Lututnya direbahkan ke lantai. Berhadapan dengan tubuh genit milik Erna. Ya… hakikatnya, dia terlalu menyintai Erna. Sedari dahulu lagi.. Sedari kecik lagi… Sejak pertama mereka bertemu lagi.

Jadi, bayangkan betapa lamanya dia memendam perasaannya! Memendam rasa cinta yang tak pernah menemui nokhtahnya.

“Ya… Aku terlalu sayangkan kau Erna… Allah dengar doa aku. Allah tunaikan permintaan aku untuk jumpa dengan kau walau apa caranya sekalipun. Aku tetap dibawa untuk bertemu dengan kau walaupun mungkin orang lain tak nampak kau Erna… Aku cintakan kau sayang…” Erna menggelengkan kepalanya berulang kali.

Sungguh, otaknya tidak dapat menghadam apa yang diterima oleh peluput telinganya. Namun ayat ayat sayang itu kembali bergema di peluput telinga. Lantas segera ditutup kedua cuping telinga dengan menggunakan kedua belah tangannya.

“Kau tak boleh sayangkan aku Rifqi… Tak boleh…!!” Raung Erna kuat.

“Kenapa? Kenapa aku tak boleh sayangkan kau?” Desak Rifqi geram.

“Sebab kau pernah cakap kan…. Dari dulu sampai bila-bila pun, aku akan kekal sebagai kawan kau… Aku tak boleh lebih dari garisan yang sewajarnya. Kau yang tetapkan semua ini Rifqi… Kau yang tetapkan! Jadi macam mana kau boleh langgar apa yang kau sendiri ungkapkan? Lepas apa yang dah berlaku, kenapa baru sekarang kau nak ucapkan rasa sayang kau tuh?” Nafas Erna turun naik ketika melemparkan kemarahannya.

Kenapa Rifqi seperti ini? Kenapa Rifqi boleh berubah sedangkan dahulu dia yang menetapkan peraturan bodoh ini!

“Aku tetapkan sebab… Sebab aku terlalu menyintai kau Erna. Aku bimbang kalau aku akan melukakan kau…” Keluh Rifqi penuh kesalan.

Ya, dia salah kerana memandai menetapkan peraturan tentang cinta kerana semenangnya, tak pernah wujud peraturan apabila melibatkan soal perasaan.

“Habis tu, kau ingat aku tak terluka ke sekarang?” Tanya Erna lirih. Dia duduk memeluk lutut. Otaknya tak mampu dijana lagi. Dia langsung tidak mampu merenung masa depan. Semuanya kelihatan hambar dan suram.

“Aku tahu kau terluka… Tapi percayalah… Aku lebih terluka Erna… Aku lebih terluka….” Air mata Rifqi menitis perlahan. Membasahi pipi seperti mana hatinya basah apabila terperangkap dalamg relung kasih yang melingkar dengan keperitan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience