Bab 11

Romance Completed 30748

Setelah berpeluk sakan dengan mama Rifqi, Puan Suraya mula memohon diri ke dapur. Katanya hendak membancuh air walaupun ditegah oleh Erna. Dia bukannya dahaga pun. Matanya menilau mencari kelibat Rifqi! Mana pulak mamat ni? Sebuah senyuman nakal mula terukir di bibir. Dah lama tak buat kerja-kerja luar alam nih. Cun jugak kalau skodeng bilik Rifqi.

“Mama… Erna naik atas kejap ya!” Laung Erna dari tangga. Bukan bersungguh pun nak beritahu tapi karang tercari-cari pulak orang tua tuh! Pintu bilik yang tidak berkunci itu mula ditolak perlahan. Erna menjenggulkan wajahnya ke dalam bilik itu. Bimbang jika terserempak dengan Rifqi. Entah kenapa bibirnya mula menguntumkan senyuman apabila terpandangkan contengan di tepi dinding itu.

“Erna, kenapa kau conteng dinding bilik aku!” Marah Rifqi seraya merampas pensil warna yang berada di tangan Erna. Habis dinding biliknya diconteng oleh Erna yang baru berusia sepuluh tahun itu.
“Bilik kau tak ada bunga… kosong… tak cantik!” Bidas Erna sambil mencapai pensil warna yang bersepah di atas lantai. Mula melukis lagi.
“Ini bilik orang lelaki… mana ada bunga… Kau nak aku jadi pondan ke?” Sekali lagi Rifqi merampas pensil warna kuning itu. Habis comot dinding rumahnya!
“Pondan tu apa?” “Argghh.. tensionnya aku cakap dengan budak tak cukup umur nih!” Rifqi mendengus. Memang Erna muda dua tahun dari dirinya. Memang kecil pun lagi. Entah macam mana budak comot ini boleh terlepas ke dalam biliknya. Selamba tak malu betul masuk bilik anak teruna orang!
“Aku dah besarlah! Aku tak kira… Aku nak lukis bunga jugak kat dinding ni..” Akhirnya mereka sama-sama bergelut. Erna dengan pensel warna dan crayonnya. Rifqi pula dengan tuala lembab di tangan. Bila Erna mula menconteng, cepat sahaja Rifqi memadamkannya. Tapi lukisan itu mula jadi comot! Dinding itu bertukar menjadi kotor.
“Dah kotor…” Keluh Erna.
“Kaulah punya pasal!” Marah Rifqi tak puas hati. Susah bila kawasan perumahan ini tak ada kanak-kanak lelaki. Terpaksalah berkawan dengan si Erna anak jiran sebelah rumah yang asyik pot pet pot pet memanjang! Umpamanya berkawan dengan orang sawan!

Kenangan itu membuatkan wajah Erna tersenyum simpul. Rupanya Rifqi masih belum memadam atau mengecat kembali dinding comot itu. Tangannya mengusik lembut dinding itu. Rasa bahagia menyelinap dalam pelusuk hati. Erna mula memajukan langkah untuk keluar. Tidak betah rasanya buat perangai tak malu selongkar bilik anak teruna. Kalau kantoi nanti mulalah haru biru!
Tapi matanya terpandangkan buku-buku yang tersusun cantik di atas rak. Memang Erna akui, Rifqi memang suka membaca. Semua jenis bahan bacaan pun dia belasah!

“Hmm… okay jugak kalau aku pinjam buku nak mentelaah!? Sedang dia tekun memilih, matanya mula tertacap pada sebuah diari yang terselit dalam celahan buku. Seolah-olah buku tersebut pernah dilihat dek mata kasarnya. Sambil memandang ke arah pintu, cepat sahaja dicapai buku tersebut.

“Sejak bila pulak mamat ni tulis diari? Heh.. jom kita selongkar apa yang dia tulis!” Kerusi yang berada di sebelah mula ditarik. Bersedia menerokai alam pena milik Rifqi. Siapa tahu ada rahsia besar terkandung di dalamnya?

‘ Sudah lama aku memendamkan rahsia ini… Mungkin sudah tiba masanya untuk aku menghuraikan segalanya.. tapi pada siapa? Bak kata Erna, aku ni ada penyakit disleksia kalau berkaitan dengan hati dan perasaan.. sebab tu aku nak tulis diari.. Wokeyh.. let?s start.. si dia yang kugelar kamelia… kenapa kamelia? Sebab sama dengan nama kereta kesayangan aku.. oh.. dia sungguhlah cun melecun! Kalau tengok panahan mata dia, boleh melecur mata nih seyh…’

Rahang Erna terjatuh! “Rifqi sukakan seseorang?” Hati mula dipagut cemburu. Kenapa cemburu? Erna pun tak boleh nak double confirm. Tanpa buang masa, dia kembali menyambung pembacaan.

‘ Malang sungguh derrrr… si kamelia ni dah berpunya! Haih.. sadis sungguh kisah cinta aku kan… baru je penyakit disleksia nak sembuh, terobek pulak hati aku… berdarah berlagu pilu.. tapi sebagai manusia yang bertamadun, aku terima hakikat nih.. Dapat tengok dia senyum dari jauh pun… dah cukup hilangkan sawan angau bangau aku nih… Dasyat gila!! ‘

Bibir Erna mula tersenyum. Lega kerana si Kamelia itu sudah berpunya. Dia terus menutup diari tersebut. Mula rasa tak selesa kerana mencabuli hak asasi milik Rifqi. Matanya diarah ke muka pintu sambil tangannya cepat ingin menyorokkan kembali diari berwarna hijau itu.
Namun kerana kegelojohannya, diari itu terjatuh ke atas lantai. Erna mula tersentak! Tergamam kerena beberapa keping gambar miliknya bergelimpangan di atas lantai. Mungkin gambar-gambar tersebut telah diselelitkan di dalam diari.

Dengan tangan yang terketar-ketar, dia membaca contengan di belakang gambar miliknya itu. ‘ (Kamelia..) ‘
“Jadi kamelia tu adalah aku? Rifqi sukakan aku….??? Erna sudah mula gabra. Hatinya bersulam dengan gundah gulana. Dia kembali membelek diari milik Rifqi itu.

‘Dia hendak menyelongkar segala yang tersembunyi. Apa lagi yang dia tak tahu? Setiap perkara ada gantinya.. Setiap perlakuan ada ganjarannya.. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya…sekarang aku dah faham… kenapa Allah nak jarakkan rasa hati aku pada Kamelia.. rupanya sebab Allah nak pendekkan umur aku!! Macam mana aku nak describe perasaan aku ya bila kau tahu yang aku menghidap penyakit Tuberculosis ataupun singkatannya dipanggil TBC…?Rasa nak marah… nak marahkan siapa? Tuhan? Amboihh.. besau betul kepala sampai nak marah tuhan?! Nak menangis…? sorry.. aku lelaki gentleman okeyyhh.. nangis2 pi cari cite hindustantlah… aku hanya mampu redha… Sebab tu aku hanya pandang kamelia aku dari jauh… dia dekat jeyh.. ada sebelah aku ni hah… tapi tangan aku tak sampai untuk menggapainya.. dapat tengok dia senyum pun jadilah… =) ‘

Tanpa sedar, air mata bercucuran di ruang wajah. “Ya Allah.. kenapa Rifqi tak pernah bagi tahu aku apa-apa pun!” Sekarang baru dia faham! Kenapa Rifqi selalu demam berpanjangan dahulu. Jadi inilah sebabnya. Rifqi menghidap penyakit TBC. Penyakit TBC menular melalui udara yang tercemar dengan bakteria mikobakterium tuberkulosa. Bakteria ini sering masuk dan terkumpul di dalam paru-paru dan akan membiak menjadi banyak. TBC dapat menginfeksi hampir seluruh organ tubuh seperti paru-paru, otak, ginjal, saluran pencernaan, tulang namun organ tubuh yang paling sering terkena ialah paru-paru. Erna tahu kerana dia pernah membaca dalam sebuah novel yang menceritakan tentang penyakit ini.

Tanpa berlengah, terus digagahkan lagi hatinya untuk terus membaca walaupun sungguh jiwanya bagai telah dicincang lumat.

‘Setan betul!!!!! Aku memang rasa nak bunuh orang hari nih… Memang rasa nak membunuh kalau tak ingat dosa pahala. Berani dia tipu Kamelia aku! Berani dia permainkan perasaan Kamelia aku!! Manalah aku tak mengamuk… Fareeq tunang si Kamelia tu dah kahwin… aku ulang semula.. „DAH KAHWIN?!! Bini dia study kat luar negara, dia boleh pi bercinta dengan Kamelia aku… Aku tak dapat bayangkan perasaan Kemelia jika dia tahu hakikat sebenar…. Marah ke? Nangis ke? Gila ke? Tapi aku pasti dia kuat walaupun dia tu manja ya Rabbi… Aku harap aku masih dipinjamkan nyawa untuk berada di samping dia nanti untuk memujuk rajuk dia…. Argghh… Tuhan, TOLONG MAKBULKAN DOA AKU!!! ‘

Fareeq dah kahwin?? Sekali lagi Erna terhentak sendiri. Matanya sudah bengkak dan tidak mampu lagi meneruskan pembacaan. Entah-entah selepas ini rahsia apa lagi yang bakal tersingkap?? “Ya Allah… macam mana boleh jadi macam nih…?? Soal Erna sendiri. Dia mula mengumpul nafas.

‘Mengumpul kekuatan yang sudah mula tumpul. Kebenaran ini perlu disingkap! Hanya Allah yang tahu perasaan aku bila tengok badan dia terkujur terbaring di atas katil hospital dengan wayar yang berselirat!! Kenapa bukan aku yang berada di tempat dia? Kamelia…. kenapa kau suka bawak laju-laju. Kan aku cakap, kau hanya boleh bawak laju bila aku ada kat sebelahhhh… kenapa kau tak faham bahasa melayu!! KENAPA?? Pertama kali air mata aku jatuh… Jatuh sebagaimana aku telah jatuh ke dalam cinta ini…. Tak pernah sekali aku berdoa untuk kau pergi dahulu… apa pun terjadi, doaku… biarlah aku yang pergi dahulu sayang….. ‘

Erna terus-terusan menangis. Pertama kali membaca isi hati Rifqi. Pertama kali merasakan bahawa cinta Rifqi terlalu kuat dan sempurna. Dia sudah tidak terkejut tentang Fareeq. Dia hanya ingin mengetahui tentang Rifqi. Matanya sudah terlalu kabur dek air mata. Permata itu terus ditepis. Dia mahu meneruskan pembacaan. Bimbang nanti Rifqi masuk dan menerkam dirinya sedangkan dia belum menghabiskan pembacaan.

‘Wahai hati, bertabahlah…. Tubuh ini makin susut… mungkin sedang menanti tarikh luput.. Aku dah tak kuat lagi… Komplikasi di rusuk kiri… Makin sukar nak bernafas… nak bergerak… nak berdiri…doktor kata kuman-kuman tu dah merebak di sekitar jantung aku… Aku dah tak punya masa lagi.. sedangkan Kamelia masih terbaring tak sedarkan diri. Aku sentiasa berdoa… supaya ingin menemui dirinya dahulu sebelum ajalku dijemput Ilahi. Kalau pun tidak di dunia nyata, aku berharap yang kita akan bertemu di dalam mimpi… Supaya aku berpeluang untuk menyatakan luahan hati dan perasaanku…. yang aku terlalu menyintaimu wahai Erna Farzana…. terlalu…. ‘

Terdapat tompokan kecil di sekitar diari. Menandakan bahawa Rifqi menangis ketika meluahkan rasa hatinya ini.
“Rifqi… kenapa? Kenapa kau memilih untuk merahsiakan semua ni? Kau tahu tak… Kau tahu tak yang aku pun sayangkan kau jugak. Aku memilih Fareeq sebab aku mahu melupakan kau… Kenapa kau bodoh sangat???? Ya… selama ini dia memang terlalu menyintai Rifqi. Bagaimana dia harus menepis rasa ini sedangkan Rifqi berada di sisinya dua puluh empat jam! Jadi apabila Fareeq meluahkan perasaan, terus dia mengangguk setuju. Bukan kerana cinta… Bukan kerana sayang.. Tapi kerana ingin melupakan rasa cinta yang bersarang di lubuk hati. Dia ingin belajar melupakan Rifqi. Ya.. memang dia berjaya menerima Fareeq! Tapi dia tidak mampu memberikan seluruh hatinya. Jadi mungkin kerana itu Fareeq juga tidak berlaku jujur dengan dirinya.

‘ Aku tak mampu bertahan lagi…. Aku kan pergi.. bertemu Kekasih yang lebih abadi.. nak kata aku bersedia, aku tak pernah bersedia menghadapi MAUT! Aku takut dengan segala macam azab untuk segala kesalahanku di dunia ini.. tapi aku akan terus menangih keredhaan Allah.. Aku tak risaukan kamelia… sebab aku tahu, Allah akan jaga Kamelia lebih baik dari yang aku jaga… aku serahkan segala-gala padaNya.. Pada Kamelia, aku tinggalkan dia sesuatu yang dia perlukan untuk dia meneruskan kehidupan… Kamelia, kalau rindu aku… pandang cermin… kau akan nampak yang aku turut merindui kau…. =) Dia bukan sekadar khayalan… Dia di hujung impian… Dan akan segera aku nyatakan… Aku terlalu menyintaimu Erna Farzana… ‘

Erna terpana membaca bait-bait akhir itu. Fikirannya tidak mampu mencerna ayat Rifqi itu. Dia cuba membelek halaman belakang. Namun halaman itu kosong! Itu bermakna Rifqi tidak lagi mencoretkan isi hatinya di dalam diari ini.
“Apa maksud Rifqi?? Erna menghampiri cermin meja solek yang sudah sedia ada di bilik Rifqi ini. Lama dia tenung cermin di hadapannya. Menilik setiap inci wajahnya. Namun otaknya beku tanpa sebarang idea! Kenapa kena pandang cermin? Nak kena tanya Rifqi nih! Baru sahaja Erna berpusing. Namun tiba-tiba dia tersedarkan sesuatu. Perlahanlahan dia kembali berpaling dan mengadap cermin.

“Masa accident tuh… mata Erna masuk cermin kaca. Jadi doktor dah melakukan pemindahan mata… Jadi ada seseorang hamba Allah tu dah dermakan mata pada Erna.!” Erna rasa hendak pitam. Cepat sahaja tangannya mendarat pada meja solek itu untuk menampung badannya yang sudah hilang daya. Dengan linangan air mata, cepat sahaja dia keluar dari bilik Rifqi. Mulutnya menjerit nama Rifqi.
“Erna…” Panggilan itu dari Puan Suraya. Mama Rifqi!
“Mana Rifqi mama?” Sudah tidak peduli jika dia terpaksa meninggikan suaranya.
“Erkk….Erna kena tanya papa Erna!” Ujar Puan Suraya tergagap-gagap.
“Kenapa nak tanya papa? Mama tak boleh jawab je soalan senang Erna tuh?” Hatinya sudah mula perit dan pedih. Kenapa orang di sekelilingnya suka merahsiakan kebenaran?
“Papa Erna tahu Rifqi dekat mana…” Jawab Puan Suraya takut-takut. Apa sebenarnya yang terjadi pada Erna. Selama seminggu ini, tidak pula anak gadis itu bertanya perihal anaknya.
“Okay.. Erna akan tanya papa… tapi Erna nak tanya macam mana ya mama? Mana Rifqi atau… mana… kubur… Rifqi…” Pertanyaan Erna membuatkan Puan Suraya tersentak!
“Erna….” Puan Suraya terus menarik Erna ke dalam pelukan. Sudah dianggap Erna seperti anak sendiri.
“Mama…. Kenapa tak beritahu Erna? Kenapa?” Erna sudah mengongoi di bahu Puan Suraya.

Apa yang dia mampu lakukan ialah… menangis…. Menangisi pemergian Rifqi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience