Bab 12

Romance Completed 30748

Sekarang baru Erna faham. Kenapa hanya dia yang boleh melihat Rifqi tempoh hari. Rupanya kerana dia memiliki sepasang mata milik Rifqi. Rifqi telah mendermakan matanya kepada Erna apabila dia menghembuskan nafas terakhir kerana menghidap penyakit TBC. Air matanya menangis sambil bersulamkan sedu tika membacakan surah yasin di pinggir kubur ini. Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Rifqi!

“Maafkan papa sebab menipu… Papa cuma tak mahu Erna tertekan. Tapi papa tak sangka yang semuanya tertulis dalam diari Rifqi. Maafkan papa Erna…” Dato Amran memeluk lembut bahu milik anaknya.

“Tak ada apa yang perlu dimaafkan pa… Erna tahu.. papa buat semua ni untuk kebaikan Erna.. Erna tak marah. Sikit pun tak!” Tak perlu didendam segala amarah ini. Setiap ibu bapa memang inginkan kebaikan buat setiap anaknya.

Balik dari kubur itu, Erna didatangi oleh seorang perempuan. Wajah perempuan itu seolah-olah pernah singgah di kelopak matanya. Namun dia sudah dapat mengagak. Pasti perempuan ini isteri Fareeq! “Saya rela berkongsi kasih Erna…” Kata-kata yang keluar dari mulut Sury itu membuatkan Erna tersentak!

Adakah semudah ini? Semurah ini kasih sayang Sury pada Fareeq? Ataupun Sury tergolong dalam golongan perempuan yang sanggup melakukan apa sahaja buat seorang lelaki yang bergelar suami walaupun terpaksa menikam hati miliknya berulang kali? Maaf…. Erna Farzana bukan seperti itu!

“Untuk apa saya berkongsi kasih? Kasih ini sememangnya bukan milik saya?” Dia tidak tahu apa motif pertemuan ini. Adakah untuk membolak-baliknya semua perkara yang sudah terbalik?

“Erna…”

“Jangan paksa saya Sury! Jangan paksa saya melakukan sesuatu yang saya tak sanggup. Menerima Fareeq umpama seperti membunuh awak? Lagipun apa jaminan yang saya akan bahagia kalau kita berkongsi suami? Kebahagian saya belum tentu tapi kepedihan awak itu sudah terjamin!” Marah Erna fed up!

“Kalau awak tak mahu berkongsi… Saya sanggup untuk dilepaskan..” Sungguh, ayat itu tidak rela keluar dari mulutnya. Tapi kerana terlalu kasihkan dan utamakan kebahagia Fareeq, dia sanggup menelan apa sahaja. Apa sahaja untuk suaminya. Erna mendengus. Perempuan ini yang terover bodoh ke atau keadaan sedang memperdodohkan mereka?

“Bukan macam tu maksud saya Sury… Sama ada berkongi atau dia melepaskan awak, saya tetap tak akan kembali pada dia. Fareeq milik awak Sury. Pertahankanlah apa yang awak ada. Tak kan awak nak pas-pas suami awak pada orang lain? Awak tak perlu jadi semulia itu? Dan tolonglah hidup dengan perasaan Sury? Tolonglah… Tolonglah tanam sedikit rasa cemburu. Sebab cemburu itu memang dah ditempatkan dalam hati seorang isteri. Tak perlulah awak nak menepisnya berulang kali.”

“Tapi…” Hati Sury tersentuh! Erna terlalu baik. Kerana itu dia sanggup bermadu dengan Erna.

“Tak ada tapi-tapi lagi Sury… Mungkin dulu Fareeq memang cintakan saya. Tapi sekarang yang tinggal hanyalah rasa kasihan. Mungkin kasihan melihat nasib saya yang begini sedih…. Lagipun, dah tak ada jaminan kebahagian buat saya kalau saya terima Fareeq.” Bebel Erna lagi.

Akhirnya kedua-duanya menyepi. Sehinggalah Fareeq menghampiri mereka berdua. Sury dan Fareeq saling berpandangan. Dengan penuh memahami, Sury mula meninggalkan suaminya bersama Erna di taman mini papa ini. Membiarkan mereka berbual sendiri tanpa ganguan.

Erna senyap! Tak ada modal untuk dibicarakan. Sekali pun Erna tidak menyesal dengan perkara yang telah terjadi di dalam hidupnya. Tiada guna lagi jika Fareeq hendak membentangkan segulung alasan sekalipun. Dia akan cuba berundur dari daerah dunia Fareeq. Apa yang berlaku dahulu bukanlah satu kesilapan. Semua itu sememangnya takdir yang tidak mampu ditahan oleh tangan manusia.

“Sayang….” Seru Fareeq serba salah.

“Jangan panggil saya Sayang bang… Sebab sayang itu bukan milik saya.”

“Maafkan abang…” Fareeq menunduk. Menyesali kesalahan sendiri. Sememangnnya kesalahan itu memang dipikul oleh bahunya. Sudah beristeri, pandai-pandai cara bala! Sekarang tanggunglah sendiri. Tapi yang sadisnya, ada dua orang wanita yang ikut turut menanggung keperitan ini. Dua orang wanita yang langsung tidak bersalah.

“Tapi percayalah Erna… Abang memang betul-betul sayangkan Erna. Cinta abang bukan satu kepuraan. Abang ikhlas… Abang tak mampu nak halang rasa hati ini dari menyintai Erna. Sememangnya Erna memang sentiasa ada di hati abang…” Kepala Erna digelengkan berulang kali. Tak perlu untuk Fareeq merayu seperti ini. Tak perlu untuk ditangisi nasib ini.

“Takdir dan menentukan agar kita berpisah bang.. Terimalah hakikat cinta kita ini. Abang bukan untuk Erna…” Malas memanjangkan perbualan, terus Erna angkat punggung.

Rasa pedih itu sememangnya masih ada. Malah ada ketikanya, Jiwa Erna meronta hiba apabila tidak dapat memutuskan kemahuan hati. Apa yang ada hanyalah rasa terseksa yang menghiris bagaikan sembilu. Tapi masih ada lagi sisa-sisa kekuatan yang masih tersimpan.

Kekuatan itulah yang dikerah dan diperah untuk menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa Rifqi. Malam sudah tidak berbintang lagi. Siang sudah hilang sinar mataharinya. Gemersik suaramu tidak terdengar lagi. Diari milik Rifqi mula dipeluk kejap! Bagaikan sedang memeluk si empunya badan.

Manakan ku cari? Manakan ku temui? Manakan ku rasai? “Relakan jiwaku pergi”

Pelangi cantik kian pergi membawa rasa hati yang kelam. Ternyata bukan mudah untuk mengawal resah. Melawan perasaan dan menghalau rasa cinta sejati yang terlalu lambat untuk dia terokai. Alangkah bagusnya jika ini semua hanya sepotong mimpi yang sepi.

“Jika mencintaimu hanyalah sebuah mimpi bagiku… Maka biarkan aku tertidur untuk selamanya…” Perlahan-lahan Erna mula berbaring mengiring. Diari itu masih belum lepas dari pelukannya.

Yang pertama ku bukakan mata
Dari pejam ku yang tiada lena
Bayang wajahmu menyentak
Jantungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya…
Yang terakhir ku pejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Berdenyut resahku dengan dingin malam
Tiada hujung….
Kerinduan bukan teman...
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan
Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya …

“Aku sedar bahawa RINDU BUKAN TEMAN kerana rindu itu adalah raja untuk segala kesakitan dan keperitan. Tidak akan ku temui TEMAN PENGGANTI seperti dirinya. Aku berdoa agar TUHAN JAGAKAN DIA bagi pihak aku…….?

Share this novel

norsila
2022-01-09 22:35:33 

dah tamat ko?


NovelPlus Premium

The best ads free experience