Bab 4

Romance Completed 30748

Fareeq merenung sekujur tubuh Erna yang terbaring kelesuan itu. Sayu hatinya melihat tubuh badan Erna yang berselirat dengan wayar. Wajah yang selama ini tersenyum manis, mula kelihatan pucat lesi. Hilang terus serinya.

Matanya dipejam rapat. Mula mengimbau kembali kenangan mereka yang pernah bersulam indah. “Bila ayang tersenyum… senyum itu dah membuatkan abang gembira. Bila ayang sedih, percayalah abang terlebih dahulu akan menangis.” Tutur Fareeq lembut.

“Eeee.. jiwang enam belas karat!” Erna ketawa besar.

Sebenarnya tawa itu adalah untuk menyembunyikan gundah gulana yang bersarang di lubuk hati. Mahu tak berdebar bila dengar ayat bunga-bunga yang mengembangkan seladang taman di hatinya.

“Kalau tak jiwang, nanti perasaan tu bersarang! So, kena jiwang-jiwang selalu.”

“Erna nak kita ketawa bersama… Erna nak kita menangis bersama. Dan Erna harap, kita pun akan mati bersama… Walaupun Erna tahu semua ni tak mudah, tapi Erna harap sangat yang jika Erna mati, biarlah ketika itu Erna mencintai abang…” Masih terngiang kata-kata itu di peluput telingannya.

Kemudian Fareeq mula sedar kembali dari mengimbau kenangan lama. Sedih rasanya bila terkenang kembali saat itu.

‘Erna… Jangan pergi… Maafkan abang…’

Air mata mula bergenang di kelopak mata. Rasa sedih mula mengalir di penjuru hati. Sungguh, dia sayangkan Erna. Tapi dia tak punya kudrat untuk mengubah apa yang sememangnya telah berlaku.

Dia sudah terjebak dalam menyayangi Sury. Tapi percayalah, rasa kasih ini tidak berhenti untuk Erna.

Kejamkah dirinya kerana menyintai dua orang gadis dalam waktu yang sama?

“Abang….” Sedari tadi Sury hanya bertindak menjadi pemerhati. Bimbang jika terlebih menganggu Fareeq.

“Maafkan abang Sury…” Fareeq sedar yang dia tidak patut berada di sini. Menemani diri Erna yang jasadnya seperti sudah tidak bernyawa lagi.

Sudah enam bulan berlalu namun Erna masih belum menampakkan tanda untuk sembuh.

“Segenap hati abang seakan-akan mendoakan pemergian Erna.. Abang harap dia tak akan hidup supaya dia tak akan tahu apa yang abang dah lakukan pada cinta dia. Tapi segenap hati abang keras melarang… rasa kasih itu masih belum surut. Abang memang kejam kan? Kejam pada Erna.. Pada Sury…” Akhirnya, air mata sudah mula menjamah raut wajah Fareeq. Tidak betah lagi dtahan gelodak perasaannya dikala ini.

“Abang… tak baik cakap macam tuh. Abang tak kejam… Takdir dah tersurat sebegini bang… Sury terima semuanya. Dan Sury pun nak abang terima. Doakanlah agar Erna cepat sembuh. Bila Erna sedar nanti… Sury sedia untuk memulangkan dia pada abang. Sury sedia bang….” Penuh sebak ayat itu keluar dari mulut Sury.

Kalau dahulu dia boleh mengalah, apatah lagi saat melihat Erna terlantar sebegini.

Kerana dia tahu, apabila Erna membuka matanya nanti, pastilah Fareeq orang pertama yang dia ingin temui.

“Sury….” Sungguh, Fareeq langsung tidak berdaya untuk melukakan hati Sury. Lantas dia bangun dari duduknya. Dia menarik Sury ke tubuhnya.

“Abang sayang Sury… Abang sayang isteri abang… Abang pasti ada cara untuk selesaikan masalah ini. Tapi percayalah, abang tak rela kehilangan Sury…” Diusap berulang kali belakang badan isterinya. Cuba menghalau segala kegelisahan yang bergelimpangan di ruang hati.

Tanpa mereka sedari… ada mata yang memandang perlakuan mereka. Ada telinga yang mendengar pengakuan mereka. Dan ada air mata yang mengalir di wajah Erna.

Menangisi nasib milik sendiri apabila mengetahui yang tunangannya sudah mula menjadi suami orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience