Bab 7

Romance Completed 30748

“Rif… You free tak lunch nanti?” Tanya Mona sewaktu menyerahkan beberapa fail yang dipinta oleh Rifqi sebentar tadi.

“Tak freelah Mona… I ada kerja urgent nak kena settled. Nak pergi melawat site dengan Erna kejap lagi.” Jawapan yang keluar dari mulut Rifqi itu membuatkan Erna mengerutkan dahinya. Sebenarnya sedari tadi dia mengendap Rifqi dan Mona. Mona dengan senyuman manis yang tidak jemu-jemu pada Rifqi. Manakala lelaki itu pula tetap dengan sikap tak ada perasaannya. Kalau tak, kenapa Rifqi tolak permintaan Mona itu. Sememangnya tak ada rancangan langsung tak pergi site. Rifqi gebang lebih!

“Oh.. Kalau I ikut boleh?” Tanya Mona tak mengalah. Rifqi yang sedang menyemak kertas kerja itu mula mengangkat wajahnya. Dahinya dikerutkan berulang kali.

“You nak ikut I? You kan bahagian marketing… Buat apa nak pergi site?” Muka Mona terkebil-kebil. Manakala Erna tepuk dahi. ‘Apa ke biul sangat Rifqi nih. Minah tu nak mengoratlah bodoh….’

“Oh.. tak apalah kalau macam tuh.. I lunch sorang-sorang jelah.” Sekali lagi Mona cuba menggoda Rifqi melalui ayat pasrahnya. Namun langsung tidak memberi kesan terhadap Rifqi yang terus tekun membelek dokumen. Akhirnya Mona angkat kaki. Frust!

“Sudah-sudahlah buat dosa kering skodeng orang siang-siang…” Perli Rifqi sambil matanya mula mendapatkan batang tubuh Erna.

“Weh… Mana kau tahu aku tengah skodeng? Kau ni kalau bab aku.. Cepat je pick up.. Kalau dengan orang lain, terus kena penyakit disleksia!”

“Disleksia? Apa benda tu? Adik beradik amnesia ke?”

“Kepala hotak kau amnesia? Amnesia tu penyakit hilang ingatan… Disleksia ni bukanlah satu penyakit. Tapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Disleksia tu merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.” Terang Erna bangga. Dulu ada jugak cita-cita nak jadi doktor. Entah macam mana boleh masuk bidang kejuruteraan pulak! Ini semua hasutan Rifqi!

“So? Apa kena mengena dengan aku? Oh.. Ini penyakit kau waktu kecik-kecik dulu ya? Patutlah sampai besar kau tak semenggah!” Menyedari yang dirinya sedang dipermainkan oleh Rifqi, cepat sahaja tangannya mencapai pelan dan terus diketuk kepada Rifqi yang biul itu.

“Kepala otak kau penyakit aku… Aku cakap, kau tu yang ada disleksia!”

“Tapi aku tak pernah gagal membaca dan menulis dulu?” Tanya Rifqi polos.

“Aku tak maksudkan waktu kecik-kecik dulu. Aku maksudkan, kau ni tergolong dalam kategori manusia yang diserang disleksia dalam cinta. Kau susah nak baca, nak faham bahasa tubuh perempuan tentang cinta. Kau langsung tak sedar yang kau sedang digoda oleh Mona tadi..”

“Erk.. digoda? Mona? Pakai sopan-sopan macam tu, goda apa kebendanya? Langsung tak tergoda weh…” Rifqi masih belum faham sepenuhnya.

“Ish… Goda tu tak semestinya dari tubuh badan? Tak seharusnya dari pakaian. Dari ayat pun kita dah boleh cam apa! Tengok macam Mona tadi, punyalah bersungguh nak suruh kau ajak dia pergi site! Dan kau pulak boleh buat muka blur… Minah tu syok kat kau lah tuh…”

“Aku gabra kalau jumpa perempuan cantik ni weh…” Tengkuk yang kesejukan mula digosok perlahan. Selebihnya, dia ingin mengenal pasti riak wajah Erna.

“Gabra? Habis tu dengan aku kau tak gabra pulak?”

“Erk.. maknanya kau tak cantiklah tuh…” Ujar Rifqi spontan.

“Rifqi!!!!” Jerit Erna geram.

Kenapalah dia boleh kenal dengan mamat mulut puaka ini?? Betul-betul mintak nyawa extra!

Erna tersenyum ketika mengingati perisitwa silam itu. Rifqi memang banyak idea untuk mengenakan dirinya. Fareeq pula lelaki yang tiba-tiba hadir menghulur segugus cinta. Dan Erna menyambutnya tanpa banyak soal. Namun siapa tahu yang ianya berkesudahan sebegini rupa. Kerana cinta itu rela. Kerana kasih itu indah. Kerana sayang itu perlu dibelai.

“Kehilangamu aku hilang cahaya. Dihatimu kini bukan lagi aku.. Cinta itu tiada lagi..? Erna pasrah dalam menyerah!

Rifqi memerhati Erna yang ralit termenung itu. Pergerakannya jadi kaku tatkala matanya terpandang seraut wajah Erna. Masih manis dalam pucat. Ingin sahaja dia mengungkapkan segala kata cinta dan rindunya. Sudah lama dia menanti saat ini tiba. Hanya Erna yang meliputi hatinya. Meruntuhkan dinding yang menjalar dengan rasa sepi. Erna adalah bunga tidurnya. Hiasan di ruang jiwa. Adakalanya membuatkannya terganggu tapi dia tetap ingin menunggu.

“Erna…” Panggilan itu membuatkan Erna berpaling. Erna tersenyum kelat sedikit.

“Sakit lagi?” Tanya Rifqi.

“Apa yang sakit?”

“Hati tu sakit lagi ke?” Erna tersenyum.

Entah kenapa, rasa sakit itu kian kebah. Tak tahulah sebab dari rasa tabah atapun kerana Rifqi berada di sampingnya tika ini. Adakah ini hanya dunia khayalan atapun sekadar mimpi di dalam mimpi.

“Tak… Kalau kau ada.. Sakit aku mesti cepat sembuh!” Jawab Erna jujur. Ya.. sedari dahulu lagi. Jika dia diserang demam, Rifqi yang akan menjaganya. Kalau Rifqi suap sahaja bubur dan ubat, petang itu Erna sudah boleh berlari. Adakah ini yang dinamakan jodoh? Entahlah.. terlalu sukar untuk menduga dan menyangka.

“Erna… tahap kesihatan kau makin baik. Mungkin tak lama nanti kau akan sedar…” Kata-kata Rifqi membuatkan Erna tersenyum.

“Ya ke? Kau skodeng mummy dan papa ke?” Anggukan dari Rifqi membuatkan Erna melonjat kesukaan. ‘Betul ke aku akan sedar? Arghh… tak sabar nak bertemu mummy dan papa!’

“Kalau aku akan sedar.. kenapa muka kau muram je? Kau tak gembira aku nak bangun nanti…?” Tanya Erna pelik. Baru dia perasan. Wajah Rifqi masam mencuka. Kelat seperti peria.

“Bila kau sedar nanti.. Ada kemungkinan yang kau tak akan ingat apa yang dah berlaku…” Erna terdiam. Entah, dia tak tahu apa-apa!

“Kalau macam tu aku tak mahu bangun… Aku tak nak hilang apa yang aku rasa sekarang!” Putus Erna muktamad. Mukanya mula dibelenggu kegelisahan.

“Mana boleh macam tu Erna.. Mummy dan papa perlukan kau…”

“Tapi aku pun perlukan kau jugak!” Tanpa sedar, ayat itu keluar dari mulut Erna. Terpempam Rifqi dibuatnya.

“Aku tak faham…” Duga Rifqi sengaja.

“Aku tak nak hilang apa yang aku rasa pada kau Rifqi… Aku tak nak hilang… Aku sayangkan kau… Kalau betul aku tak ingat, macam mana aku nak tahu tentang kecurangan Fareeq! Macam mana aku nak tahu yang kau cintakan aku… Aku takut aku berdegil dan tolak kau pergi jauh-jauh..” Air mata yang bertakung, mula menjatuhkan diri di pipi mulus milik Erna.

“Erna… aku tak mahu berandai yang kau akan menjadi milik aku. Aku tak pernah berjanji akulah lelaki yang akan menemani kau sampai mati. Tapi aku akan buktikan yang aku mampu untuk bersungguh-sungguh mencintai kau…” Erna terharu sambil menangis lagi.

“Tapi macam mana aku nak sedar yang kau menyintai aku kalau akan akan lupakan semua moment indah nih?” Tanya Erna kusut.

“Kau boleh baca diari aku ni Erna… Dia akan menceritakan segalanya…” Diari yang dipegang oleh Rifqi itu mula ditarik.

Dibaca perlahan bait-bait yang terlukis dari mata pena. Dia bukan sekadar khayalan… Dia di hujung impian… Dan akan segera aku nyatakan… Aku terlalu menyintaimu Erna Farzana… Ya Allah.. Terima kasih di atas segala perhatian dan kasih sayangMu ini..

Share this novel

Elizabeth Zaini
2019-09-08 02:49:49 

ç


NovelPlus Premium

The best ads free experience