Bab 9

Romance Completed 30748

“Lega bila abang dapat tengok Erna tersenyum lagi….” Ucap Fareeq sambil tersenyum. Kata Dato? Amran, Erna masih belum tahu cerita sepenuhnya. Jadi dia perlu berlakon untuk menjadi tunang Erna. Fareeq sanggup melakukan apa sahaja. Dia pun bimbangkan tahap kesihatan Erna. Dia mahu Erna cepat sembuh!

“Erna pun rasa lega sebab dapat jumpa abang lagi. Abang macam mana? Sihat? Enam bulan kita terpisah kan? Macam tak sangka yang Erna dapat hidup semula…”

“Enam bulan tanpa Erna… Sungguh abang rindu sangat…” Luahan itu bukanlah satu paksaan.

Sesungguhnya dia teramat menyanyangi Erna. Dalam pada masa yang sama, dia bertanggungjawab pada Sury. Sury adalah isteri yang dinikahi ketika mereka melanjutkan perlajaran di luar negara dahulu. Mereka berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Fareeq akui yang dia berkahwin dengan Sury tanpa berfikir panjang. Ketika itu, Sury berada di semestar pertama sedangkan Fareeq sudah berada di semestar terakhir. Cadangnya, dia ingin pulang dahulu ke Malaysia untuk menyediakan segalanya buat si isteri. Tapi dia mula terpikat pada Erna. Anak majikan yang sangat mencuri perhatiannya.

“Erna kagum dengan abang… Abang masih tak cari pengganti Erna walaupun abang tahu yang kebarangkalian Erna untuk hidup semula adalah nipis. Terima kasih abang. Erna terharu sangat!” Mata Fareeq berkaca tika mendengar luahan hati Erna.

Bagaimana agaknya keadaan Erna apabila mengetahui yang dia sebenarnya sudah berkahwin! Dapatkah Erna menerimanya dirinya kembali? Bagaimana pula dengan Sury? Sury juga tidak bersalah dalam hal ini. Enam bulan bersama Sury memang membangkitkan rasa cinta yang telah pudar. Malah Sury setia memaafkan dirinya. Apa lagi yang dia harapkan sekarang?

“Kenapa muka abang nampak risau? Mesti abang tak cukup rehat sebab jaga Erna kan…” Kata-kata Erna membuatkan Fareeq tersentak.

Jaga? Tak pernah sekalipun dia menjaga Erna.. Bukan kerana dia tidak mahu, tetapi kerana hasrat hatinya dihalang keras oleh Rifqi dan Dato? Amran. Semua ini berlaku apabila temberangnya pecah dengan Rifqi. Hampir-hampir sahaja sebuah tumbukan hinggap di wajahnya. Tapi tak boleh salahkan Rifqi, semua ini memang khilafnya.

“Abang pergilah rehat… Erna boleh je sorang-sorang…” Beberapa kali dia cuba yakinkan Fareeq. Fareeq dah cukup penat ketika menjaga dirinya. Dia tidak mahu menambahkan beban Fareeq.

“Abang….” Fareeq mula tergagap.

“Balik jeh.. Erna tak kisah… Lagipun memang Erna nak tidur pun!”

“Abang balik dulu Erna… Erna pun kena banyakkan rehat. Kalau tak rehat, lagi lama Erna kena duduk dalam hospital nih.” Lembut Fareeq menasihat sambil membetulkan selimut milik Erna.

“Okay abang.. Jumpa esok!” Usai Fareeq keluar, Erna cuba memejamkan matanya. Dia rasa kosong! Rasa kehilangan. Entah apa yang hilang, Erna sendiri tidak pasti.

“Oit… dah enam bulan kau tidur! Tak cukup-cukup lagi ke?” suara kasar itu mula menampan cuping telinganya. Ceh!! Patutlah rasa kurang sesuatu. Mamat puaka ni baru muncul rupanya. Malam-malam masa orang nak tidurlah dia datang menyemak. Terus Erna bukak mata luas-luas.

“Baru muncul? Kau pergi mana hah?” Marah Erna bengang. Rifqi orang pertama yang dia ingat setelah sedar dari lena yang panjang tapi mamat tu yang terakhir sekali muncul.

“Hero mana boleh muncul cepat-cepat.. Nanti klimaks awal. Tak syoklah cerita tuh..” Selamba Rifqi mengusik.

“Jangan nak jadi tupai yang memandai-mandai. Kau ni makan apalah eh waktu kecik-kecik dulu sampai kuat menjawab macam nih!” Erna sudah bangun dari pembaringan. Tak selesa nak bertekak jika berbaring. Bateri macam nak ting tong jeh!

“Kalaulah aku dapat makan kau waktu kecik-kecik dulu kan best… Ini tak, sampai sekarang aku kena mengadap muka toya kau nih!” Kutuk Rifqi tak beragak.

“Haih… ada orang nak kena tanam dalam kerak bumi nih… Tahun baru cina dapat angpau, kau memang melampau!”

“Kau nih…betul ke koma enam bulan. Tak macam pun! Apa dalam masa enam bulan tu kau kumpul tenaga ya nak bertekak dengan aku?” Rifqi mula menggelengkan kepalanya.

Akhirnya mereka sama-sama ketawa hinggalah keduanya kembali senyap tanpa suara. Terlalu rindu suasa gurauan seperti ini!

“Erk…. Kau tak ingat apa-apa ke?” Soal Rifqi perlahan-lahan. Cuba meneroka apa yang berada di dalam ingatan Erna.

“Ingat apa? Kena ingat apa-apa ke?” Soal Erna polos.

“Yalah… ingat apa-apa?” Sedaya upaya Rifqi cuba untuk memahamkan Erna.

“Oh… kejadian accident tu ke? Entahlah… yang aku tahu kereta aku kena rempuh dengan lori sebab aku tak sempat nak kawal kereta waktu turun bukit…Lepas tuh… kebabom! Aku rasa badan aku melayang-layang….” Sempat lagi Erna berlakon seolah-olah tubuhnya sedang melayang.

“Tak payahlah nak berteater sangat! Kau tu bawak kereta je.. Bukan bawak kapal terbang sampai nak melayang bagai!” Mungkin nada Rifqi seperti mainmain. Tapi dia teramat serius untuk memaknakan kata-katanya.

“Mungkin lepas ni boleh ambil lesen kapal terbang pulak kan…” Jari terlunjuk Erna bermain di hujung dagu.

“Dahlah.. sudah melawak! Pergi tidur.. Dah malam sangat dah nih..” Tanpa banyak cakap, Erna hanya menurut. Kebetulan memang matanya sudah diserang kantuk.

“Erna…” Panggil Rifqi lembut.

“Hmm…” Tanpa membuka mata Erna menyahut.

“Janji dengan aku….”

“Janji apa?”

“Jangan bawak kereta laju-laju dah….”

“Okay… lepas ni kalau aku nak pergi mana-mana, aku suruh kau je jadi driver aku ya…Aku tak akan bawak laju-laju dah. Aku akan ingat orang yang tersayang…” Rifqi tersenyum.

Seperti jangkaannya, Erna langsung tidak teringat dengan perkara yang telah terjadi. Dia belum cukup kukuh untuk berada di pelusuk hati Erna.

“Aku redha walau tidak ku damba… Walaupun hampa, semuanya memang sudah dijangka.? Hati Rifqi menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience