Bab 2

Romance Completed 30748

“Weyhh perempuan! Kau kalau bawak kereta, tak boleh lagi slow ke? Ni bawak kereta, melayang-layang nyawa aku!” Marah Rifqi geram.

Kalau ikutkan hatinya, ada jugak diketuk kepala Erna yang biul itu. Ikut sedap rasa hati je nak buat jalan macam jalan raya sendiri. Memandu macam orang mabuk!

“Relekslah weyh… Kau ni bising macam tok neneklah… Kadang-kadang aku ni confuse, kau ni lelaki ke perempuan.” Bertekak sebegini sudah menjadi amalan mereka berdua.

“Tak sayang mulut betullah perempuan nih… Kau nak aku tunjuk ke? Aku boleh bukak zip sekarang!” Rifqi sudah mula berura-ura untuk menyentuh zip seluarnya. Sengaja nak menguji ketahanan mental Erna.

“Wohoho… agak-agaklah bro!” Erna sudah mula buat muka cuak. Bukan boleh kira sangat biul kepala otak Rifqi nih. Makin dicabar, makin giat dia nak buat. Muka tak tahu malu langsung!

“Dah tu… Kau cabar aku sangat!” Bebel Rifqi lagi.

Rasa menyesal pula kerana membenarkan Erna memandu keretanya sedangkan Dato Emran dah sound siang-siang lagi, jangan bagi Erna bawak kereta! Nanti kereta tu akan bertukar jadi rooler coster! Dan sekarang, memang kata-kata Dato Emran dah jadi kenyataan!

“Erna… Slow sikitlah… Selekoh tu kat depan!” Tegur Rifqi lagi. Tak boleh nak agak macam mana otak si Erna ni berfungsi. Ikut dan dia jeh…

“Aku tahulah selekoh…” Erna mendengus. Tak puas hati ditegur itu ini dari Rifqi.

“Aku tegur sebab aku tak nak mati lagi… Kalau aku nak mati pun, aku nak pastikan aku kahwin dulu…” Kata-kata dari Rifqi itu membuatkan Erna tergelak besar.

“Perempuan bangang manalah yang nak kahwin dengan lelaki mulut celupar macam kau nih!!” Kutuk Erna. Tak dapat menahan rasa geli hati.

Adam Rifqi! Lelaki ini sejenis lelaki yang terlalu berterus terang. Komennya akan sentiasa jujur dan luhur tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Mulutnya pula berapi macam naga! Umur sahaja tua, tapi fikiran banyak ke laut! Tapi lelaki inilah yang membuatkan kehidupan Erna lebih meriah dan riuh. Mereka sudah kenal sejak kecil lagi.

Sejak keluarga Erna berpindah bersebelahan dengan rumah keluarga Rifqi dua puluh tahun yang lalu. Mula-mula kenal dengan Rifqi, memang rasa nak bunuh je mamat nih! Mulut sudahlah puaka, malah suka membuli pulak tuh. Tapi siapa sangka, dalam mereka bercakaran, disitulah mereka saling mengenal dan saling berkongsi bermacam juadah cerita. Sekolah sama, kampus sama dan sekarang, kerja pun di tempat yang sama! Macam tak boleh berenggang langsung!

“Kau jangan nak kutuk sangatlah… Entah-entah kaulah perempuan bangang yang bakal bergolek di singgahsana hati aku nih..” Ucap Rifqi sambil menepuk dada bidangnya.

“Eleh…” Erna mencebik.

“Eleh apa?”

“Eleh ke eleh eleh…” Ajuk Erna sambil ketawa.

Susah dan payah kalau nak marahkan Rifqi. Makin kita rasa nak marah, makin dia pujuk dengan ayat cair tak ingat tuh. Ambil masa bertahun kalau nak bekukan balik perasaan yang cair itu. Tapi itu tidak bermakna Erna jatuh hati pada Rifqi. Bagi dia, seorang kawan baik belum tentu dapat menjadi kekasih yang baik. Yang tu memang prinsip hidup Erna Farzana!

Tak sampai sepuluh minit, pemanduan Erna sudah sampai ke destinasi yang dituju. Cepat sahaja Rifqi keluar dari kereta. Bimbang jika Dato Emran melihat kelibat Erna yang keluar dari bahagian pemandu. Boleh tersumbat telinga bila dengan Dato Emran membebel!

“Aku sound kau awal-awal ya… Jangan kau berani bawak kereta selaju ni kalau tak ada aku kat sebelah!” Jari terlunjuk Rifqi terhala ke hidung Erna. Tanda dia serius memberikan arahan.

“Jadi kiranya setiap waktu balik, aku boleh drive kereta kaulah!” Erna sudah menjerit kesukaan. Rifqi mengeluh sedikit. Tak bagi kang kesian. Bagi karang naya diri sendiri. Apatah lagi Erna pandai buat muka kesian dan sadis.. Lagilah dia cepat terpedaya!

“Mana boleh woo… Aku sayang si kamelia aku nih…” Tangan Rifqi sudah mula mengusap Toyota Caldina miliknya. „Huh, kereta pun nak bagi nama…?

“Tapi kau sayang aku lagi kan….” Erna mengerdipkan matanya berulang kali. Kepalanya ditelengkan ke arah kanan. Konon-konon buat aksi menggoda versi halal. Erkk, ada ke menggoda versi halal? Taram jelah labu…

Rifqi mula menyandarkan badan ke keretanya. Laju sahaja tangannya menanggalkan tali leher yang menjerut di leher. Dihulurkan sedikit senyuman sinis buat Erna yang berada di sebelahnya tika ini.

“Aku boleh je bagi kau drive kereta ni setiap petang…” Erna sudah mula buat muka teruja riang ria ribena. “Bukan setakat petang.. Pagi pun boleh. Hujung minggu atau bila-bila masa kau nak guna pun aku akan bagi. Silap hari bulan, aku terus bagi dekat kau!” Sambung Rifqi lagi.

Senyuman sudah mula pudar di wajah Erna. Macam ada yang tak kena je dengan ayat Rifqi tuh! Erna membatu. Malas nak tanya apa-apa. Dia pasti sangat yang Rifqi akan mengenakan syarat-syarat tambahan.

“Tapi dengan syarat… Kau kena jadi bini akulah.. Hah, nanti boleh buat macam kereta sendiri! Masa tu, kalau bapak kau membebel dekat kau pun, aku sanggup back up!” Berubah air muka Erna setelah mendengar bait kata dari Rifqi.

“Buat lawak.. buat lawak!” Erna mendengus. Geram!

“Kau ingat aku biawak ke nak buat lawak! Ini serius… Apa, ada berani jadi isteri aku?” Rifqi angkat kening. Mukanya sengaja diseriuskan. Rasa nak ketawa berguling-guling apabila melihat wajah Erna yang kemerahan tika ini.

“Kau tengah propose aku ke nih?” Muka Erna cuak. Tak kanlah Rifqi betul-betul double serius kot?

“Kau pandang muka aku betul-betul Erna…” Erna mula kecut perut. Sumpah! Rifqi tak pernah menakutkan seperti ini. Mereka saling perbandangan sesama sendiri.

“Pandang aku Erna….” Arah Rifqi sekali lagi. Kali ini dengan penuh ketegasan.

Dengan muka cuak, Erna mula memberanikan diri untuk memandang Rifqi. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyangka yang Rifqi mempunyai perasaan cinta terhadap dirinya. Setahunya, Rifqi hanya menganggap dirinya sebagai teman pendamping. Tapi hari ni, Rifqi ternyata memang aneh!

“Kau tengok muka aku nih…” Mula-mula wajah itu serius. Tapi kemudian Rifqi ketawa besar.Membuatkan Erna tercengan sendiri.

“Apalah kau ni Erna… Aku belum cukup bangang lagi nak jadikan kau isteri aku. Mata aku ni belum cukup buta lagi weh… dan kau bukanlah perempuan yang berjaya memenuhi piawaian sebagai gadis idaman aku..” Rahang Erna terjatuh!

“Kurang ajar! Kau kutuk aku kaw-kaw ya? Dasar mulut puaka! Kau memang mintak kena bunuh kan…” Cepat sahaja tangan kanan Erna menumbuk kasar tubuh Rifqi. Bengang kerana dipermainkan oleh Rifqi dan mamat tu boleh gelak selamba.

“Amacam? Ada berdegup kencang tak dada kau?”

“Mahu tak kencang! Taufan katrina pun kalah nih…” Erna mengurut sedikit dadanya yang baru terlepas dari mengalami kejutan.

“Hah.. macam tulah yang aku rasa masa kau bawa laju-laju tadi. Sama tapi tak serupa!”

“Weh, kalau nak bagi perumpamaan sekali pun.. Tak payahlah masuk bab hati dan perasaan. Itu isu sensitif tahu!” Keras amaran yang dikeluarkan oleh Erna.

“Asal? Kau memang ada perasaan pada aku ke?”

“Kalau aku ada perasaan pada kau, tak kan lah aku terima lamaran Encik sayang aku… Si Fareeq tuh!” Erna mula membulatkan matanya.

Tak pernah pernah cakap soal hati dan perasaan, tiba-tiba petang ini mereka boleh terjebak dalam topik cintan cintun ini.

“Oh.. lupa pulak pada si Fareeq dungu tuh.” Rifqi mula menepuk dahi. Berpura-pura lupa yang Erna sememangnya sudah bertunang.

“Weh… memang kurang ajar sangatlah panggil tunang aku dungu…” Muncung tirus mula dikeluarkan. Tak puas hati dengan mamat mulut puaka ini.

“Ialah.. hanya mamat dungu je yang boleh hidup dengan orang macam kau nih. Hidup pakat main redah, tak ada peraturan, cengeng, mengada dan banyak lagilah yang seangkatan dengannya!” Kutuk Rifqi lagi.

“Setiap kata-kata kau, kalau tak memetir… memang tak sah kan? Kalau tak puaka, bukan kau kan? Lantaklah kalau dungu pun… Asalkan kami saling menyintai antara satu sama lain.”

“Jiwang!”

“Of courselah kena jiwang. Tak kan nak hidup macam orang tak ada perasaan macam kau tuh!” Balas Erna sambil mula mengeluarkan briefcasenya dari kereta Rifqi. Memang lambat sikitlah kalau nak terasa dengan kata-kata Rifqi.

Sedari kecil dia memang hidup dan dibiasakan dengan kata-kata puaka Rifqi itu. Jadi, perasaan sensitif dan rasa marah, kena tolak ke tepi!

“Eh eh eh… mana kau tahu aku tak ada perasaan hah?”

“Ialah… sampai sekarang kau sibuk bercinta dengan kamelia a.k.a kereta Toyota Caldina kau nih.. Kau tak reti nak cari calon isteri? Yang ada nyawa? Yang boleh lengkapkan hidup kau yang tunggang langgang nih?” Mulut Erna pun boleh tahan juga berapinya. Nak-nak kalau bab mengutuk Rifqi.

Telefon Erna yang berdering mematahkan suara Rifqi untuk membalas kata. Tersenyum panjang Erna dibuatnya apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon Samsung S III miliknya.
Fareeq!

“Helo abang…” Sapa Erna ramah.

“Helo sayang… Dah sampai rumah?”

“Baru je sampai….” Kaki Erna sudah mula melangkah keluar. Menuju ke rumahnya yang terletak di sebelah kanan rumah Rifqi.

Berpamit keluar dari kawasan rumah Rifqi tanpa meninggalkan sebarang pesanan pada Rifqi. Rifqi hanya menghantar pemergian Erna dengan muka yang tidak beriak. Seketika, dia terlupa yang Erna sememangnya sudah bertunang. Malas untuk berfikir panjang, dia terus berlalu masuk ke dalam rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience