Bab 10

Romance Completed 30748

Rifqi sibuk membelek gitar kapaknya. Erna pula rajin menghidangkan cucur ikan bilis. Saja tak ada kerja petang-petang. Sekurang-kurangnya ada jugak kundapan sambil melepak di gazebo ini. Sekali pandang, mereka berdua ni tak ubah macam suami isteri. Padahal jiran sebelah menyebelah je.

“Kau rasa betul ke keputusan aku untuk terima Fareeq!” Erna mula nak memecahkan tembok kebisuan. Hatinya masih menimbang-nimbang kebaikan menerima lamaran Fareeq. Dia sudah punya jawapan tapi sengaja nak mintak pendapat si mulut puaka itu.

“Keputusan hidup kau, mana boleh tanya pendapat orang lain. Ada otak kan… Fikirlah sendiri!” Smash Rifqi satu das!

“Aku mintak pendapatlah… Tu pun kedekut!” Erna mendengus kasar! Bengang pastinya.

“Yalah… bila masuk bab hati dan perasaan… Mana boleh mintak pendapat orang! Kau yang nak bercinta, kenapa tanya orang lain. Tepuk dada, tanya hati, seru iman, panggil tok kadi! Apa susah!” Erna ketawa. Pantun ke syair tuh!

“Jomlah panggil tok kadi.” Galak Erna.

“Kalau panggil sekarang, kena kahwin dengan akulah!”

“Aku ada akal lagi weh kalau nak kahwin dengan kau!” Bidas Erna selamba. Tak ada sambutan dari pihak Rifqi. Mungkin lelaki itu sudah penat bertikam lidah dengannya. Tak pun kering modal nak menjawab balik!

“Weh… dari tadi aku tengok kau petik-petik gitar! Nyanyilah satu lagu. Bosan nih…” Arah Erna keras. Cucur ikan bilis itu disumbat ke dalam mulut.

“Hah, sedap je nak mengorder! Kau nyanyi sendirilah.” Erna mati kutu. Mamat ni apasal? Kena serang bendera jepun ke? Nak mengamuk je kerjanya.

“Amboih… tang aku je kena smash… Kau order jemput ikan bilis ni aku buat jeh. Merajuklah macam gini.” Erna sudah mula hendak mengangkat sepanduk merajuk. Dia tahu yang Rifqi pasti akan memujuknya. Alah Rifqi tu luar je nampak macam batu, dekat dalam hati tu ais. Mudah cair! Spesis air batu!

“Yalah… tak payah nak merajuk. Duduk! Aku nyanyi sampai hujan!” Rifqi mula menggelabah. Jenuh nak pujuk rajuk Erna nanti. Minah tu bukan boleh kira. Biul memanjang!

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Erna ketawa sengaja! Suara Rifqi tu memanglah tak boleh dipertikaikan. Tapi rasa nak berguling pulak bila dengar Rifqi nyanyi lagu-lagu jiwang. Dah lah nyanyi dengan penuh perasaan! Kena sawan apa petang-petang nih?

“Kau nak mampus ke Erna? Gelak macam kera cacat jeh..” Kalau ikutkan rasa hatinya, hendak sahaja dia hempuk kepala Erna itu. Orang penat-penat nyanyi. Dia boleh ketawa! Memang nak kenalah kan…

“Tak ada stok lagu lagi jiwang ke bro! Kejadah nyanyi lagu untuk kekasihnya….” Pangkah Erna sambil belum terhenti ketawa.

“Eh… aku ada apa kekasih!” Erna senyap.

Terkejut!

“Kekasih?”

Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya..
Kekasih gelapku…

Nyanyian spontan Rifqi versi akustik itu berjaya membuatkan Erna terdiam. Sejujurnya, ini bukanlah kali pertama dia mendengar lagu ini. Tapi inilah kali pertama dia teramat terkesan dengan bait lagu ini. Adakah Rifqi menujukan lagu ini kepada dirinya? Segenap hati cuba mengiakan tapi sebelah jiwa mula diserang was-was.

“Aku memang tak ada kekasih untuk waktu ini.. Jadi sebab itu aku berdoa agar Allah tolong jagakan kekasih gelapku itu untukku nanti. Segala cela dia, akan aku simpan. Segala kelebihan dia akan aku hargai. Segala-galanya tentang dia, akan aku terima dengan redha…” Perghh… meleleh peluh Erna dibuatnya! Rifqi mana pernah bercakap soal jodoh. Lari dari jodoh banyaklah!

“Kau memang betul-betul pelik petang nih…” Tanpa sedar, ayat itu meluncur laju dari mulut Erna.

“Kau ingat kau sorang je ke nak bercinta? Aku pun nak jugak… Walaupun aku ni hati kayu, jiwa batu, tapi sekali aku mengayat, memang layu dan sekali aku berjiwa, terus kau membatu!”

“Eleh ke eleh eleh…” Sekali lagi Erna ketawa. Rifqi hanya tersenyum. Terus memetik gitar cabuknya itu.

Erna tersenyum apabila teringatkan kenangan manis itu. Entah kenapa, sejak dia sedar, kenangan bersama Rifqi kuat bermain di kotak ingatannya. Tapi sekejap lagi dia mengajuk, merajuk kerana Rifqi tidak menjemputnya dari hospital. Dia nak balik dengan Rifqi!

“Jom masuk sayang…” Ajak Dato? Emran. Sedari sampai tadi Erna tidak lepas dari melepak di gazebo ini. Memang gazebo ini dibuat khas untuk Erna dan Rifqi melepak. Kalau masuk rumah nanti, bimbang tak manis dipandangan mata jiranjiran.

“Papa… Erna nak pergi rumah Rifqi kejap ya.” Pinta Erna. Dia nak jumpa Rifqi. Dia terlalu rindukan Rifqi. Kenapa ya? Rindu ini seakan-akan tidak mahu surut! Kenapa dia langsung tak teringatkan Fareeq? Oh hati… apakah yang sudah terjadi? Diserang angin kus-kus gamaknya!

“Err… Nak buat apa pergi rumah Rifqi?”

“Nak pergi jumpa mama Rifqi kejap… Dah rindu sangat. Boleh kan? Kejap jeh…” Sengaja Erna beralasan. Kalau cakap rindu dekat Rifqi kang, papa pengsan pulak!

“O..kay… Jangan lama tau. Papa nak Erna berehat!” Erna menayangkan tabik hormat. Tanda akan akur dengan arahan papanya. Kakinya cepat sahaja melangkah ke rumah sebelah. Nak jumpa kekasih gelap yang dirindui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience