Bab 8

Romance Completed 30748

Perlahan-lahan Erna membuka matanya. Matanya terlalu pedih apabila menangkap sinaran cahaya terang. Terlalu sukar untuk dibuka kelopak matanya ini. Tekaknya terasa begitu perit sekali.

“Ya Allah… Erna dah sedar! Abang, cepat panggil doktor!” Suara itu mula menampan telinganya. Perlahan-lahan pandangan mata yang kelam itu dia alih ke arah kanan. Samar-samar melihat kelibat mummy yang sedang mengelap air matanya. Matanya kepedihan. Tangan mummy yang panas mula mendarat di pergelangan tangan anaknya yang sejuk.

“Erna sayang… Ini mummy….” Dengan payah, Erna mula tersenyum sedikit. Hambar sahaja. Sungguh dia langsung tidak ingat apa yang sudah berlaku pada dirinya. Tangannya cuba mengeyeh mata yang pedih.

Dia cuba ingin bangun tapi dilarang keras oleh Datin Zabedah. “Jangan bangun sayang.. Sayang masih lemah.” Kedengaran lafaz syukur keluar berulang kali dari mulut Datin Zabedah. Menggambarkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap Ilahi kerana segala doanya telah diperkenankan oleh Allah.

Sungguh, enam bulan tanpa Erna berlalu dengan begitu perit. “Apa yang dah terjadi mummy?” Kepalanya masih rasa berpusing-pusing. Kepalanya masih berbalut rupanya. Mungkin ada terhentak hingga terluka. Terhentak? Erna cuba untuk mengembalikan ingatanya yang hilang. Namun sukar kerana dia langsung tidak boleh ingat apa-apa.

“Erna accident… Erna tak ingat ke?”

“Erna tak ingat apa-apa mummy…”

“Dah.. jangan paksa diri.. Erna kena banyak rehat. Jangan paksa otak fikir di luar batasan ya..” Pujuk Datin Zabedah lembut. Dia tidak mahu jika Erna kembali sakit apabila memaksa diri melakukan sesuatu yang berada di luar batasannya.

“Sayang… Syukurlah sayang dah sedar. Papa risau sangat jika papa terpaksa kehilangan Erna..” Dato Amran terus menghampiri anaknya itu sejurus selepas memanggil doktor yang selama ini gigih merawat Erna.

“Papa…” Sebuah kucupan hinggap di dahinya. Jelas di riak wajah Dato Amran yang menunjukkan papanya itu sedaya upaya cuba mengawal permatanya. Mungkin bimbang jika anak mata Erna rajin meneroka harta kebal milik seorang lelaki itu.

“Tak herolah kalau menangis papa…” Sempat lagi dia mengusik papanya itu.

“Mana ada papa nangis? Papa selesemalah…” Tipu Dato Amran. ‘Ya Allah.. terima kasih kerana mengembalikan anakku.. Terima kasih ya Allah…’

Matanya liar memehatikan sekeliling. Cuba mencari bayang seorang yang teramat dirinduinya.

“Bila awak sedar nanti… rasa hati akan memberikan awak petanda Erna.. Sama ada saya yang bertahta di hati awak ataupun dia… Siapa yang awak akan cari dahulu bila awak buka mata nanti.? Suara itu berulang kali bermain di peluput telinganya.

“Apa maksud suara tersebut? Siapa yang aku cari? Siapa yang aku cinta? Pastilah aku menyintai Fareeq. Fareeq kan tunang aku?? Berkerut dahinya cuba memahami gelodak perasaan milik sendiri.

“Erna.. Erna okey ke tak nih? Ish… mana doktor nih?” Rungut Dato Amran gabra. Gelisah apabila melihat Erna yang seperti sedang memikirkan sesuatu. Bimbang jika Erna jatuh sakit lagi. Dia tidak mahu jika Erna terlebih fikir.

“Papa.. mana Rifqi?” Tanpa diduga, soalan itu yang terbit dari mulut Erna. Erna sendiri terkejut. Sepatutnya dia bertanyakan tentang perihal Fareeq! Bukannya Rifqi. Dato Amran dan Datin Zabedah mula berpandangan sesama sendiri. Mungkin pelik dengan soalan dari anak mereka ini. Ialah, patutnya Erna bertanya tentang Fareeq! Tunang dia sendiri. Bukan tanya tentang anak jiran mereka itu. Baru sahaja Dato Amran hendak menjawab, doktor sudah tiba bersama jururawat untuk memeriksa tahap kesihatan Erna.

Sementara Erna diperiksa oleh doktor, sepasang suami isteri itu mula kegelisahan sendiri.

“Macam mana ni bang? Erna dah sedar… Apa kita nak cerita kat dia? Saya risau tahap kesihatan dia terjejas bila dia tahu hal sebenar nanti.” Datin Zabedah sudah mula melahirkan kegelisahannya. Selesai satu masalah tapi satu masalah sedang menunggu untuk menjerut lehernya lagi.

“Kita suruh Fareeq berlakon!”

“Tapi sampai bila? Fareeq dah kahwin!”

“Untuk sementara waktu je… Kita kena pastikan yang tahap kesihatan Erna betul-betul sembuh. Kalau beritahu hal sebenar, elok-elok dia nak sihat, terus sakit. Abang tak nak macam tuh…” Dato Amran mula melahirkan kebimbangannya. Macam-macam hal boleh berlaku sekarang. Jujur akan membuatkan dia serba salah tapi menipu itu lagilah salah!

“Perkara ni tak boleh buat main bang… Nanti kalau Erna tahu dari orang lain, lagilah naya! Kusut betul rasanya…”

“Kita kena pakat dengan orang lain supaya rahsia ni tak bocor. Abang tak mahu kesihatan Erna terganggu. Telefon Fareeq… Erna mesti nak jumpa dengan dia nanti.” Arah Dato Amran keras. Biarlah jika terpaksa berlakon sekali pun, yang pasti ini bukan masa yang sesuai untuk membocorkan kebenaran.

“Habis tu Rifqi?” Tanya Datin Zabedah keluh.

“Tu nanti saya fikirkan…” Sebenarnya sudah tidak ada benda yang mampu dicerna di dalam otaknya. Mungkin dia bakal melakukan perkara yang salah. Tapi siapa mampu membentangkan kebenaran andai kebenaran ini begitu menyakitkan Erna nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience