Bab 3

Romance Completed 30748

Erna menyudahkan cheesecake yang berada di pingganya. Langsung tak pandang kiri kanan. Fareeq yang berada di sebelah pun terasa hilang saat lidahnya merasai hidangan dari Secret Recipe ini.

“Sedapnya dia makan… Tak pandang sebelah langsung!” Perli Fareeq tersenyum-senyum. Fareeq hanya selesa memilih Shepher?s pie. Itu sahaja menu kegemaraanya bila menemani Erna yang gemar menghabiskan waktu lapang di restoren Secret Recipe ini. Namun tekaknya memang tak berapa nak terima segala macam jenis cheese yang menjadi kegilaan Erna. Sekadar tolong teman makan bolehlah.

“Oh.. sorry bang.. Terlalu sedap!” Pinggan yang sudah kosong itu mula ditolak tepi. Dia mula meneguk secawan kopi yang merupakan kegilaannya.

“Nak tambah lagi ke?” Duga Fareeq. Dah faham sangat dengan karenah Erna itu.

“Nak… Kali ni nak Oreo Cheesecake pulak!” Tangan Erna laju sahaja melambai pada pelayan yang kebetulan melalui meja mereka.

“Tak muak ke? Tak takut gemuk?”

“Kenapa perlu takut gemuk? Gemuk bukannya bermaksud orang tu dah tak cantik kan…” Fareeq tersenyum.

Ada satu kelebihan Erna ialah, dia tak peduli pandangan orang sekelilingnya. Dia buat sesuatu berdasarkan apa yang dia suka dan apa yang dia rasa boleh. Asalkan tak bertentangan dengan syariat sudah.

Biasanya perempuan lain, dia takut nak makan sesuatu yang boleh mengemukkan mereka. Tapi Erna mana peduli semua itu.

“Yalah… kut nanti Erna dah gemuk, tak takut abang lari cari yang lain?” Giat Fareeq ingin mengusik.

“Kalau abang cari lain… Erna pun pandailah cari calon lain jugak. Buat apa nak menempel pada yang tak sudi.” Jawapan memang menyengat habis. Tapi kalau Fareeq betul-betul tinggalkan dirinya, mahu menangsi sebulan tanpa henti. Bukan senang nak jumpa seorang lelaki yang mampu memahami kehendak dan kegilaannya!

“Jawapan yang menarik. We wait and see…” Fareeq angkat bahu. Malas nak panjangkan cerita tapi teringin juga hendak menduga.

“Tapi abang tak kan buat macam tu kan….” Tanya Erna. Entah kenapa hatinya mula rasa cuak. Manalah tahu kalau-kalau Fareeq memang akan meninggalkan dirinya jika dia sudah gemuk nanti.

Memanglah dia tidak kisah pandangan orang tentang dirinya, tapi apa yang menyenangkan hati Fareeq pun perlu diambil kira juga. Bercinta ni mana boleh ikut sedap kepala sendiri jeh! Perihal pasangan tidak boleh dipandang enteng.

Belum sempat Fareeq menjawab, pelayan sudah menghantar pesanan darinya tadi. Lama Erna memandang Oreo Cheesecake yang terhidang di depan mata. Tiba-tiba seleranya mati!

“Tak akan kenyang kalau tenung je kek tuh. Kenapa tak makan? Takut gemuk?” Tegur Fareeq dengan senyuman. Alahai Erna, ada sahaja perlakuannya yang mencuit hati.

Erna senyap! Mood terus hilang.

“Cantik itu relative dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder kan? Cinta rasa manusia tentang kecantikan tu tak sama. Malah ia jugak berubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya. Abang sayang Erna sebab diri Erna. Bukan pada apa yang Erna pakai… atau pada rupa paras apatah lagi pada bentuk badan. Bukan macam tu untuk mengukur cinta abang pada Erna.” Erna menunduk.

Serius cair habis! Rasa nak meloncat-loncat sekarang jugak!

“Terima kasih abang…..” Ucap Erna ikhlas. Senyuman manis tak lepas dari wajahnya.

“Aik.. terima kasih je? Kiss-kiss tak ada ke?” Usik Fareeq sengaja.

“Penampar adalah.. Nak ke?” Marah Erna garang.

Tidak langsung membiarkan maruahnya dipegang-pegang oleh lelaki yang belum tentu akan menjadi suaminya. Jangan membuatkan cinta itu menjadi tiket utama untuk melakukan maksiat kerana sesungguhnya cinta itu adalah rasa yang suci lagi murni. Anugerah Ilahi!

“Alahai… makin garang makin cantiklah sayang abang nih!” Terus Erna melarikan wajah tatkala mendengar pujian dari Fareeq.

Haih… lemah semangat! Boleh pitam jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience