BAB 12

Romance Completed 12989

”Sah!”, kedengaran suara mengesahkan upacara akad nikah samar-samar dari dalam bilik. Aku mengucap syukur apabila semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.

Senyuman penuh kesyukuran emak jelas terpancar daripada ruangan mataku.

”Ayesha, suami kau dah masuk tu. Sedia-sedia..”, Shuhadah lantas memberi arahan. Semua yang ada didalam bilik tersebut ketawa, dan tidak terkecuali jugak aku. Ish, mak buyung ni. Aku kahwin, dia pulak yang excited lebih. Anak dah nak masuk dua dah. Kang terberanak kat sini, susah pulak jadinya.

”Assalamualaikum..”sayup-sayup aku kedengaran salam yang membuatkan jantung aku tiba-tiba berhenti berdegup. Semua yang ada, membalas salam tetapi tidak aku.

”Sha, hensemnya suami kau”, bisik Shuhadah langsung tidak dapat ku cerna dalam kepala otak ni.

”Assalamualaikum..”, sekali lagi lelaki itu memberi salam buat kali kedua. Mungkin sebab lelaki itu perasan aku menjawabnya tadi.

Mata aku membulat. Lelaki itu pula sekadar tersenyum manis menampakkan jelas lesung pipitnya.

——–

”I need explaination..”, tegas suara aku.

Lelaki a.k.a suamiku yang begitu santai berbaring diatas katil yang sudah dihias cantik sekadar tersenyum sahaja.

“Shah, I need your answer. Now!!”, suara aku tegas dan Shahrul makin lebar senyumannya melihat aku marah.

“Apa dah berlaku? Mana Raikal?”, tanya aku masih tidak berpuas hati. Bukan aku patutnya kahwin dengan Raikal ke? Kenapa Shahrul pulak yang jadi penggantinya. Aku perlukan penjelasan.

Shahrul mendengus kasar. Aku terkesima. Wajah suka lelaki itu tadi, kini berubah sama sekali. Aku semakin pening. Perangai Shahrul sememangnya memeningkan kepala aku ni. Macam manalah, aku boleh jatuh cinta dengan lelaki ni.

“Asyik-asyik, Raikal. Dia dah batalkan majlis, Sha dengan dia. Puas hati”.

Aku terkejut.

“Tapi..”, belum pun sempat aku menghabiskan bicara, Shahrul telah mendiamkan dengan cara yang paling kotor.

“Shah!!”, jerit aku kuat sambil menggosok-gosok bibir merahku yang dikucup suamiku itu sebentar tadi.

Shahrul ketawa suka. Aku memuncung. Malu, tapi suka sebenarnya.

Aku sekadar membiarkan Shahrul merangkulku dalam pelukan. Aku juga membalas pelukan tersebut penuh mesra. Rasa hati ini berbunga-bunga saat itu. Kebahgiaan inilah yang dia mahukan selama ini.

Dan jelaslah, orang yang mampu membuatkan dia tersenyum begini hanya insan yang bernama Iman Shahrul bin Majid Sharhad. Ops.. Tengku Iman Shahrul bin Tengku Majid Sharhad sebenarnya. Suami kepada Ayesha binti Shoaib. Huhuhu..

Tapi…

Shahrul memandangku pelik apabila tiba-tiba aku menolak sedikit tubuh itu perlahan. Jelas dari riak mata Shahrul menghantar pertanyaan dari tindakan ku tadi.

”Siapa perempuan yang Sha nampak dekat apartment abang minggu lepas”, ujar aku tidak puas hati. Shahrul yang sebentar tadi penuh dengan tanda tanya, tergelak besar selepas itu. Aku mendengus perlahan. Lelaki ni, kalau tak buat aku geram satu hari memang tak sah.

”Comelnya sayang abang ni, cemburu. Dah sayang dekat abang eh?”, usik Shahrul membuatkan aku malu sendiri. Malu kerana ditangkap memanggil lelaki itu abang. Tapi, apa salahnya kan. Shahrul tu suami aku sekarang..

”Answer me..!!”, tegas aku. Shahrul mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah. Lelaki itu kembali serius. Aku berdebar-debar. Janganlah apa yang aku fikirkan itu betul.

”Sebenarnya, perempuan tu isteri pertama abang”, jawapan dari mulut Shahrul membuatkan aku terkaku. Jantung aku bagai dilapah saat itu. Kalau perempuan itu, isteri Shahrul, aku ni pulak siapa?

Air mata ini, menitis tanpa aku pinta. Shahrul gelabah apabila air mata aku mula menitis laju. Shahrul pantas memeluk aku erat dan mengucup dahi dan bibir berulang kali bagi meredakan tangisan ku itu.

”I’m sorry.. I’m sorry.. I’m very sorry..”, pujuk Shahrul berulang kali. Tapi, bisikan halus itu langsung tidak mampu meredakan kesakitan hati ini. Aku mula memberontak.

”I love you..”, luahan perasaan Shahrul saat itu buatkan aku rasa tertipu.

”Lepaskanlah..”, ujar ku penuh terluka apabila usaha aku untuk meloloskan diri daripada cengkaman itu tidak berhasil. Kalau boleh, aku mahu lelapkan mata dan aku berdoa sangat supaya aku bangun esok pagi, semuanya ini hanya mimpi. Ya, hanya mimpi.

”Ayesha, please.. Sayang, dengar dulu apa abang nak cakap. Please..”, rayu Shahrul. Aku semakin laju menitiskan air mata melihat sinar kasih yang jelas bersinar di mata tersebut untukku. Shahrul mengeluh perlahan dan lantas mengelap air mataku yang jatuh bercucuran.

“I’m sorry.. Shima tu, just adik kandung abang”, ujar Shahrul tepat memanah kearah mataku.

“Shima?”. Siapa Shima?

Shahrul tergelak kecil. Kini, semakin jelas lesung pipit itu dimataku. Kenapa sebelum ni, aku tak perasan lelaki itu ada lesung pipit?

”Perempuan yang sayang nampak minggu lepas tu, namanya Shima. Adik bongsu abang”, jelas Shahrul satu-satu. Aku terkejut. Shahrul mengusap pipiku lembut.

”Sorry, abang cuma gurau je tadi. Tak sangka sayang ambik serius”, ujar Shahrul dengan sengihan yang buat darah aku naik kembali. Lupa sudah kesedihan tadi apabila memikirkan, kini Shahrul hanya hak mutlakku.

Aku memukul perut Shahrul kuat. Menyeringai lelaki itu sakit.

”How dare you!!!”.

Shahrul tergelak. Aku yang geram terus memukul dan memukul Shahrul yang aku rasa kecil saat ini.

Shahrul cuba melarikan diri tetapi aku tetap juga mengejar dan akhirnya Shahrul mengah dan mengaku kalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience