BAB 4

Romance Completed 12965

Kes tergempar yang tidak disangka, berlaku di hospital swasta milik aku tempat bekerja. Aku lantas berlari dari bilik kerja, ke tingkat 5 dimana tempat pesakit dibawah jagaan aku di tempatkan.

Makin aku mendekati, beberapa pengunjung dan pekerja disini sudah mula keresahan. Aku makin berpeluh. Apa yang sedang berlaku ni??

”Dr. Ayesha cepat. Suri dalam bahaya”, jerit salah seorang jujurawat dalam hospital ini. Suri? Jururawat dibawah kelolaannya. Bilik Tengku Majid? Kenapa dengan orang tua kaya tu?

”Argh!!!!!”, suara jeritan kuat mengejutkan aku dan seiring dengan suara pujukan.

Aku masukkan kedalam bilik pesakit VIP tersebut dan terkejut melihat Suri sudah menangis didalam rangkulan Tengku Majid dan di leher Suri terdapat PISAU!!.

”Abang.. Janganlah macam ni, bawa bertenang abang”, ujar seorang perempuan muda. Mungkin isteri muda Tengku Majid agaknya. Selama dia menjaga lelaki tersebut, hanya anak perempuan lelaki itu sahaja pernah dia jumpa.

”Tengku, bawa bersabar Tengku. Kita bincang secara baik”, pujuk aku perlahan. Aku dah mula kelam kabut, bila melihat pisau tersebut semakin dekat dengan leher Suri. Ya Allah, tolonglah jangan terjadi apa-apa dekat Suri ya Allah.

”Kau penipu!! Aku tahu, kau saja upah peguam kata aku gila sebab kau nak rampas semua harta aku kan. Kau pecah belahkan hubungan aku dengan anak lelaki aku, supaya dia pergi dari sini. Kau perempuan tak guna, Marlia!!”, jerit Tengku Majid kuat. Perempuan bernama Marlia itu sekadar menggeleng.

Tapi, jelas kepuraan-puraan perempuan tersebut.

”Tak abang. Semua tu fitnah semata. Lia, buat macam tu biar abang dapat sihat semula. Lia, kasihan tengok keadaan abang macam ni”, ujar perempuan tersebut. Aku tidak tahu berbuat apa. Walaupun aku tahu masalah yang dihadapi Tengku Majid, aku tidak mampu berbuat apa-apa.

”Tengku, bawa bersabar Tengku. Baik Tengku berfikir secara rasional. Kalau Tengku buat macam ni, tuduhan terhadap Tengku tadi pasti akan dibicarakan. Kita boleh selesaikan cara baik. Bukannya macam ni”, pujuk aku. Aku memandang penuh yakin kearah Tengku Majid, menyalurkan kata-kata yang semuanya akan menjadi baik.

Tengku Majid, seakan makan dengan pujukan aku. Aku tahu, lelaki tua itu berfikiran matang.

Perlahan-lahan, rangkulan dileher Suri dilepaskan. Pisau dibuang jauh. Tengku Majid meramas rambutnya. Suri yang teresak menangis kerana ketakutan lantas berlari keluar. Aku menarik nafas lega.

”Abang..”, panggil perempuan bernama Marlia itu perlahan. Muka Tengku Majid berubah tegang.

“Kau, aku ceraikan kau dengan talak satu“, ujar Tengku Majid tegas. Marlia jelas terkejut dan tidak kurang jugak penonton diluar bilik pesakit dan diri aku sendiri.

“Abang, abang apa cakap ni!“, jerit Marlia marah. Tengku Majid sekadar tersenyum sinis.

”Kau ingat aku tak tahu, apa hubungan kau dengan peguam aku tu. Dahlah Marlia, kita berdua dah tak ada apa-apa. Aku jumpa kau dekat mahkamah nanti berserta dengan bukti kecurangan kau sekali”, ujar Tengku Majis sinis.

Tetapi, apa yang terjadi seterusnya sememangnya tidak dijangka. Marlia meluru, kearah pisau yang dibuang Tengku Majid sebentar tadi dan aku dapat menjangka apa yang bakal dilakukan Marlia. Lantas, aku dengan pantasnya bertindak.

”Dr. Ayesha!!!!!”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience