BAB 9

Romance Completed 12965

”Thanks.. Jaga aku semalam”, ujar Shahrul yang berdiri di cermin kaca. Aku yang duduk santai diluar rumah menghayati angin malam sekadar tersenyum mesra.

”Sama-sama. Kau dah betul-betul sihat ke?”, tanya aku ingin tahu.

Shahrul mengangguk beria-ia. Eheh.. Macam kanak-kanak ribena pulak. Tapi.. Comel.. Hehehe..

”Thanks.. Sekali lagi”.

Aku mengerutkan kening. ”For what?”

Shahrul tersenyum. Tapi, senyuman kali ini sungguh ikhlas dimata aku.

“Sebab kau masak untuk aku semalam dan juga hari ni”.

Aku tergelak kecil. Shahrul sekadar memandang. ”Macam tak biasa pulak. Jadi, hutang pasu yang aku pecahkan dulu, kira habislah”, ujar aku sekadar bergurau.

Shahrul sekadar tersenyum dari tadi. Tak banyak mulut pulak lelaki tu. Selalu, ada je bahan nak kenakan aku. Rindu.. Ya, tiba-tiba rasa pulak nak dengar usikan daripada lelaki tersebut. Sejak kebelakangan ni pun, mereka jarang berjumpa.

”Yup. Hutang kau dah habis dengan aku”, jawapan Shahrul membuatkan tawa aku tadi, terhenti. Dan kemudian, aku ketawa semula tetapi jelas penuh kepura-puraan.

”Ah, syukur alhamdullilah. Tak de lah lepas ni aku jadi orang gaji kau. Seksa aku. Kau tu dah lah cerewet”, ujar aku tapi jelas kedengaran sumbang. Kenapa aku rasa sakit ya? Sakit sangat…

Shahrul sekadar ketawa kecil mendengar jawapan aku. ”Erm.. Betul jugakkan. Lepas ni, hilanglah azab kau. Sukalah kau tak de orang nak sakitkan hati kau lepas ni”, ujar Shahrul.

Aku sedikit tersentak. ”Apa maksud kau?”

Shahrul tersenyum. ”Aku akan pindah rumah, mula minggu depan”, jawab Shahrul membuatkan jantung aku seakan berhenti berfungsi. Aku terdiam. Mereka berdua diam. Keadaan sunyi sepi tiba-tiba.

Tawa kecil dari bibir Shahrul, membuatkan hati aku bertambah sakit. ”Kau dengar tak? Mulai minggu depan, aku dah tak de kat sini. Seronoklah kau tak de orang lagi nak ganggu ketenteraman kau lepas ni. Nanti, jangan pula kau teringat-ingat dekat aku”, ujar Shahrul lagi.

Tanpa sedar, mata aku berkaca. Rasa sedih, menggebu dalam dada cukup terasa. Kenapa semua ni terjadi? Kenapa aku rasa hilang diri aku bila aku fikirkan yang aku tak akan berjumpa dengan lelaki itu lagi? Memikirkan selepas ini, tiada lagi lelaki tu yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Rasa sesuatu seakan menyucuk-nyucuk jiwa ini.

”Kita kawan..”, ujar Shahrul. Aku terkelu. Dalam aku cuba menahan tangisan, aku tersenyum. Cukuplah sekadar senyuman hambar demi menutup perasaan sebenar dalam benak hati ini.

”Yes.. Of course. Erm.. Aku masuk dululah. Sakit perut pulak tiba-tiba”. Lantas aku menapak masuk dengan majalah ditangan. Ketenangan aku rasa sebentar tadi kini hilang terus. Sebaik sahaja aku masuk ke rumah, lantas aku masuk kedalam bilik. Disitu, aku hamburkan tangisan dan rasa sakit dalam dada ni.

Aku sendiri tidak tahu, kenapa aku harus menangis. Kenapa air mata ini mengalir dengan begitu senang sekali. Tak pernah-pernah sebelum ni aku menangis, tapi… Ah!! Kenapa dengan kau ni Ayesha. Kenapa kau ni bodoh sangat..

Kau cintakan lelaki tu!! Kenapa kau boleh serahkan hati kau pada lelaki tu.Kau sendiri cakap, seribu kali pun kau terhingin dekat dia. Sekarang ni, apa dah berlaku?!

Sekarang, kenapa kau perlu menangis? Apa makna tangisan kau ni?

”Shahrul, I love you.. Just love you…”, lirih aku perlahan. Kini, barulah aku sedar bertapa sakitnya cinta. Bila orang yang itu ada didepan mata, kita tidak menghargai tetapi apabila jauh, mula hati ini mencari-cari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience