BAB 3

Romance Completed 12965

Panggilan telefon daripada emak di kampung begitu merunsingkan hati kecil ini.

”Tak naklah ibu”, tolak aku perlahan.

”Apa tak nak-tak nak. Ayesha, kamu dah 29 tahun tau. Pejam celik, dah masuk 30 tahun. Kamu tak risau ke?”, suara emak dah lain macam di corong sana. Marahlah tu, orang tua ni.

”Tak. Ayah pun tak kisah kot”, ujar aku selamba. Huh, bersedialah dengar bebelan emak aku kejap lagi.

”Kamu ikutkan jelah ayah kamu tu. Ayah ni pun satu, asyik memenangkan anak perempuan dia ni aja. Tengok, apa dah jadi sekarang. Orang nasihatkan demi kebaikan dia, tapi bukannya yang didengar. Sampai bila nak membujang. Nanti, umur dah lanjut baru kamu terhegeh-hegeh nak jaga anak. Nak ke macam tu Ayesha”, bebel emak tanpa seputus nafas pun berhenti.

Ayesha mula rimas. Inilah masalah, perempuan yang umurnya sudah lanjut. Pasti isu inilah yang akan jadi masalah. Aku bukan tak nak kahwin. Calon pun tak ada lagi ni.

”Ala, nanti Sha carilah ibu. Bukan hal besar pun”, ujar aku cuba menyenangkan hati emak.

”Bukan hal besar kamu kata!”, suara emak naik satu oktaf. Aku menjarakkan telinga ku daripada telefon. Satu keluhan dilepaskan sebelum melekapkan balik telefon ke telinga.

”Ok, kalau bukan hal besar bagi kamu, ibu bagi tempoh 2 bulan. Kalau kamu masih tak kenalkan sesiapa, ibu nak kamu kenal-kenal dengan calon pilihan ibu. Anak pengetua sekolah kamu dulu. Mana tahu sesuai”, ujar emak sudah tetapkan arahan.

Aku mengeluh perlahan. ”Erm.. Yalah. Apa-apa jelah ibu”, ujarku mengalah.

”Hahaha.. Kena paksa kahwin..”, satu suara seakan mengejek kedengaran. Panas cuping telinga ni. Malas mahu melayan, aku terus melayan aktiviti aku buat tadi. Langau, tu pergi lantaklah dia.

”Tulah, suruh jaga badan tak nak. Sekarang, orang tu jugak yang susah”, suara itu masih tak puas hati lagi mahu menyakitkan hati ni.

”Oi pendek.. Mak kau paksa kau kahwin ke??”. Aku mendengus. Buku kecantikan aku hempas kuat. Lelaki tu pulak, sekadar tersengih-sengih dibalkoni sebelah sana yang dipisahkan hanya cermin kaca. Lelaki tu, suka aku naik berang agaknya.

”Kau apsal ah. Suka kacau keharmonian hidup aku. Sebelum kau duduk sebelah rumah aku ni, hidup aku tenang je tau tak. Sejak kau ada ni, makin serabut kepala otak aku ni. Kau ingat kau tu bagus. Suka dengki dengan aku. Kau tu, macamlah dah kahwin. Umur dah lanjut pun.. ble..bla.bla”, bebel aku tanpa sedar.

Shahrul sekadar tersenyum manis. Baru perasan yang aku terlebih cakap, aku mendengus perlahan. Badan kembali dihadapkan kehadapan. Panorama bandar raya kuala lumpur pada malam hari sedikit demi sedikit dapat menenangkan hati yang tengah panas.

”Kau cantik membebel dengan pakaian tidur macam tu. Mengancam..”, ujar Shahrul agak perlahan.

”Apa??! Aku tak dengarlah”, jerit aku kuat. Shahrul seakan terkejut dan seketika tersenyum semula. Pelik? Kenapalah dengan lelaki sengal ni.

”Tak de.. Aku tengok kau gemuk bila pakai baju tu”.

Aku melopong. Shahrul tergelak kecil dan sempat melambaikan tangan. ”Bye pendek.. Jangan tidur lambat. Esok pagi nak kerja”. Kemudian, lelaki itu menghilang kedalam rumah

Aku mendengus perlahan. Gemuk ke aku? Rasa macam sama je. Tapi, adalah juga rasa berat sikit. Ni, mesti sebab stress dengan orang sebelah ni. Ish, tak pasal-pasal kena kuruskan badan balik.

”Ah, aku ada beli buah semalam. Nak pergi makanlah”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience