BAB 11

Romance Completed 12989

”Shah!!”, jeritku kuat dan lantas aku berlari masuk ke dalam rumah Shahrul.

”Shah, Shah dekat mana?”, suara aku mendayu. ’Shah, takkan pergi tanpa jumpa Ayesha dulukan’, lirih aku dalam hati. Air mata kian laju bercucuran turun ke pipi.

”Ayesha..”, satu suara begitu ku kenali kedengaran dibelakangku saat itu. Tika ini, air mata yang jatuh bercucuran tanpa henti tidak ku pedulikan jika Shahrul melihat semuanya. Biarkan..Biarlah lelaki tu nampak kelemahan aku saat ini. Tapi, apa yang aku tahu aku tak mampu kehilangan lelaki tu.

”Bu..”, bicara Shahrul terhenti disitu apabila aku terus mendakap erat tubuh tinggi itu. Syukur, Shahrul masih didalam rumah ini. Syukur…

”Ayesha, kenapa ni?”, tanya Shahrul dan jelas nada kerisauan daripada suaranya. Ya, itulah aku mahu. Aku suka bila Shahrul risaukan pasal aku, aku suka bila Shahrul suka mengusik aku, aku suka bila Shahrul senyum pada aku. Semuanya aku suka. Semuanya pasal Shahrul, aku suka.

”Saya cintakan awak.. Please, jangan pergi dari sini”, ujar aku menatap tepat kearah Shahrul. Lelaki itu kelihatan seakan terkaku.

”Sebenarnya, dah lama saya nak cakap ni semua tapi, saya tak mampu. Please.. Shah, terima saya dalam hidup awak”, rayu aku pada lelaki. Biarlah orang cakap aku perempuan tidak tahu malu, mengemis cinta pada seorang lelaki tetapi aku tidak kisah. Sekurang-kurangnya, aku jujur pada diri sendiri.

Biarlah aku menyesal sebab meluahkan daripada aku menyesal disebabkan tidak pernah meluahkan. Rasa hati disimpan sendiri itu lebih sakit.

“Sha, erm.. Shah..”.

“Abang..”, satu suara menyapa halwa telinga mereka. Aku berpaling kebelakang dan terpandang wajah cantik seorang gadis memandang pelik kearah mereka berdua. Dan yang paling menyakitkan, gadis itu datangnya daripada bilik tidur Shah.

Aku terkaku. Shahrul memegang kemas bahu aku supaya kembali menatap kewajahnya

”Ayesha, ni semua salah faham..”.

Air mata aku menitis lebih laju dari ini. Shahrul sudah menyakitkan hati aku sehingga kedasar melihat kenyataan didepan mata. Tak aku sangka, Shahrul lelaki sebegini. Sampainya hati lelaki itu..

”Sha, dengan dulu apa Shah nak cakap”, suara gelisah Shahrul menjelaskan segalanya. Aku menepis kasar tangan lelaki itu dibahuku. Matanya kerenung tajam.

Pang!

Shahrul terkaku. ”Ni, sebabkan kau buat aku rasa macam bodoh selama ni”.

Aku lantas berlari keluar dan masuk kedalam rumahku. Suara panggilan Shahrul daripada tidak ku pedulikan. Sampai hati lelaki itu membunuh cinta aku dengan kejam.

———

”Sha, dengar tak apa yang ibu cakap ni”, suara mak yang meninggi langsung tidak menggentarkan aku.

”Apapun terjadi, Ayesha kamu kena nikah jugak minggu depan. Ibu dah siapkan segalanya. Tak boleh kata tidak. Pihak lelaki cakap, diaorang dah tetapkan bulan depan baru buat majlis resepsi kamu. Semuanya dah diaturkan. Kamu perlu bawak badan je. Dengar tak apa yang ibu cakap,Ayesha”.

Mati. Ya, itulah apa yang aku rasakan saat ini. Jiwa aku terasa mati. Walaupun, setinggi mana pun suara emak, ia langsung tidak terkesan dalam hati ini. Majlis yang sepatutnya menjadi perkara penting bagi setiap pasangan yang mahu berkahwin, kini langsung tidak bermakna bagi aku.

Emak susah payah, datang kesini mahu membincangkan perihal perkahwinan dia. Sedari tadi, emak tidak berhenti bertanya apa yang sesuai untuk majlis perkahwinan ku. Jelas keterujaan daripada nada suaranya.

Aku rasa bersalah pulak tiba-tiba. Emak adalah ibu yang telah melahirkan aku ke dunia. Emak sanggup mengorbankan nyawanya untuk melahirkan aku 29 tahun dulu. Kini, kenapa aku tidak mampu menggembirakan hati emak dengan perkahwinan ini?

Berpura-pura gembira dan bahagia dengan majlis yang bakal berlangsung minggu depan seperti apa yang diberitahu emak.

”Ibu..”, lirih aku perlahan. Bebelan panjang emak sebentar tadi, terhenti apabila aku memeluk kejap tubuh agak gempal tersebut.

”Terima kasih ibu, untuk semuanya..”, ujarku perlahan. ”Halalkan semua yang ibu bagi dekat Ayesha. Tak termampu Ayesha nak balas semuanya”, ujar ku.

Emak turut membalas pelukan eratku. Fahamlah aku kini, setiap ibu hanya inginkan yang terbaik untuk anaknya. ”Ibu, halalkan semuanya. Ibu, halalkan”, suara emak kedengaran lain sedikit. Jelaslah, wanita tersebut menangis saat itu.

Emak menciumku penuh kasih. Saat itu, hampir seminggu air mataku tidak mengalir kini mengalir dengan lajunya. Jelaslah, kasih ibu tiada tandingan. Ya, apa salahnya kali ini aku bahagiakan ibu. Mungkin Allah telah tetapkan jodoh aku dengan Raikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience