BAB 2

Romance Completed 12965

Ting! Tong!

Aku mengeluh kasar. Aku yang sedang menggoreng telur dadar, terpaksa memberhentikan kerja aku seketika demi membuka pintu kerana sedari tadi, loceng pintu tidak berhenti-henti berbunyi.

Pintu rumah apartmentnya dibuka dan wajah selamba lelaki a.k.a jiran sebelahnya itu menyapa pandangan mata ni. Mujurlah, satu tingkat hanya ada dua rumah. Kalaulah sepuluh ada jiran macam lelaki ni, mahu semput aku.

”Masuklah, kalau muka tak tahu malu”, ujar aku tujuan untuk menyindir sebenarnya.

Lelaki tu, seperti tidak terasa akan sindiran sebentar tadi. Walaupun, aku sebenarnya nak sangat lelaki tu terasa.

Aku hanya merengus perlahan dan hanya mengekor langkah lelaki itu yang tenang menuju ke keruangan makan. Hari ni, seperti selalu lelaki itu mengenakan suit yang sememangnya begitu sesuai dengan tubuh tingginya. Entah kenapa, rasa cemburu tiba-tiba.

”Kau masuk tengahhari nanti kan?”, tanya lelaki tu yang bernama Shahrul.

Setakad ni, apa yang aku tahu pasal Shahrul ni, dia seorang engineer dan juga bekerja disebuah syarikat swasta di bandar raya ini. Apa yang aku tahu, lelaki tu sebenarnya bekas pelajar Universiti Nottingham. Cool kan. Universiti terkenal tu. Tak sangka, jiran aku yang ’rasa’ macam terencat akal ni, pelajar bijak juga. Tak sesuai langsung muka macam penyangak tu.

”Aah”, jawab aku dengan nada malas.

”Ala, takkan ni je untuk sarapan hari ni”, rungut Shahrul depan-depanku. Kurang asam punya lelaki. Kerja hari-hari nak merungut je tahu. ”Oklah ni, sarapan pagi mesti makan makanan yang light. Baru otak tak berat”, ujar ku tak mahu kalah. Aku meletakkan teh hangat dihadapan Shahrul dan juga turut mengambil tempat duduk dihadapan lelaki itu.

”Aku tak suka makan benda-benda light ni. Aku kerja kena pakai otak, jadi aku ni kalau berfikir cepat sangat lapar tau tak”, bebel Shahrul tak puas hati.

Aku menjulingkan mata keatas. ”Aku ada roti lebih, kau bawaklah pergi pejabat”, ujar ku malas mahu berbalas kata. Rasa geram juga hati ni. Lelaki depan dia ni, buat aku ni macam orang gaji dia je.

”Patutlah, kau ni tak kahwin sampai sekarang”, ujar Shahrul selamba sambil mengunyah roti bakar membuatkan aku membuntang.

Nafsu marah aku dah naik pagi-pagi ni. Kalau boleh, aku tak nak buat perangai sebenar aku sekarang, tapi lelaki depan aku ni memang tak makan saman.

”Kau tu apa kurangnya. Umur dah 33 tahun, pun masih tak kahwin-kahwin lagi. Mesti perempuan tak suka dengan mulut longkang kau tu kan. And, perangai kau suka ambil kesempatan dekat jiran. Terutamanya jiran perempuan macam aku”, sembur aku tak puas hati.

Shahrul kelihatan terasa dengan apa yang aku cakap. Baguslah, memang itu yang aku hendak pun. Dia menghabiskan suapan terakhinya dan aku pasti dia dah sedia nak balas kata-kata pedas aku tadi.

”Aku ni lelaki, kalau makin tua saham aku makin naik. Tak macam kau, makin tua makin kendur sana-sini. Mana ada lelaki nak, kalau bagi percuma dekat aku pun aku tak nak”.

Wajah aku memerah. Shahrul ni, kalau tak sakitkan hati aku sehaari memang tak sah.

”Mulut kau ni memang jahat kan. Aku rasa macam nak cili-cili je mulut kau tu”, ujar aku geram.

Shahrul sekadar tergelak dan mencapai kotnya diatas kerusi dan bersedia untuk pergi kerja. Oh, lepas dah sakitkan hati aku, kau nak aku biarkan kau pergi macam tu je. JANGAN HARAP.

”Kalau kau terus dengan mulut jahat macam ni, aku jamin takkan ada perempuan yang nak kat kau tahu tak”, ujar aku geram.

Shahrul makin galak ketawa. Lelaki tu, kalau tak tengok dia mengamuk satu hari memang tak sah.

”Walau kau hensem mana pun, tapi mulut tu tak reti nak jaga perasaan orang dengan asyik ambil kesempatan je kerjanya, janda pun tak nak dekat kau. Aku ni, lagi seribu tak hingin”, pantas aku membalas. Tetapi, aku melihat lelaki itu seperti tidak mengendahkannya. Seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

”Baik kau makan vitamin banyak-banyak. Takut nanti kendur sana-sini, lari pulak laki kau nanti”, ujar Shahrul dan sempat menjelirkan lidah kepada aku sebelum meloloskan diri keluar dari rumah.

”Bye, pendek”, sempat lagi Shahrul membuka pintu semula dan menutupnya kembali.

Aku mendengus kasar. ’Dengki..’ ’Kalau tak disebabkan, pasu bunga yang harganya hampir mencecah puluhan ribu itu aku rosakkan, berjumpa kau sekilas pun aku tak mahu lah.

”Ah, malas aku nak fikir pasal lelaki tua tu. Baik aku, pakai masker dekat muka aku ni. Marah-marah tak baik untuk kesihatan. Nanti, naik pula kedut kat muka ni”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience