BAB 8

Romance Completed 12989

Pintu rumah Shahrul dibuka sebaik sahaja beberapa kali aku menekan loceng rumah.

”Shah..”, bicara aku terputus sebaik sahaja aku perasan yang lelaki itu tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek sahaja.

’Aduh, seksi pulak badan lelaki ni. Ni, yang boleh buat gugur iman aku ni’.

Shahrul yang kelihatan begitu pucat sekali memberi ruang sedikit kepadaku supaya masuk kedalam. Aku menapak masuk. Aku lihat, Shahrul kelihatan lemah sekali. Batuk pun tidak henti-henti dari tadi.

”Kau sakit ke?”, tanya aku risau. Shahrul menyuruhku duduk diruangan tamu dan lelaki tu beredar mahu kedapur, mungkin mahu membuatkan air untuk aku agaknya.

”Eh, tak payah buat air. Kau duduk je. Aku datang ni pun nak tengok keadaan kau aja. Bukannya nak minum”, ujar aku lantas menarik lengan Shahrul menyuruh supaya lelaki itu duduk semula.

Aku lantas melekapkan tanganku pada dahi lelaki itu dan seketika kemudian aku memeriksa kadar nadinya pula.

Aku mengeluh. ”Hari ni kau ada makan tak?”, tanya aku. Shahrul sekadar menggeleng.

Aku membuntang. ”Sarapan pun tak?”, tanya aku tidak percaya. Sekarang dah pukul 9 malam. Takkan dari pagi tak makan.

Shahrul sekadar menggelengkan kepala lemah. Aku mengeluh perlahan. Kenapa aku rasa risau sangat dengan keadaan lelaki ni. Shahrul terbatuk-batuk lagi, rasa simpati dan risau aku berlimpah ruah buat lelaki itu.

”Kau baring dulu dalam bilik. Aku balik rumah jap, masakkan kau sesuatu. Lepas tu, baru boleh makan ubat demam dengan ubat batuk”, arah aku begitu tegas dan lantas kembali semula ke rumah.

10 minit selepas itu, aku kembali dengan menatang dulang makanan dan ubat. Aku main buka sahaja pintu rumah Shahrul, sebab memang aku biarkan tidak berkunci tadi dan sengaja aku biarkan pintu rumah terbuka sedikit. Walaupun, hanya mereka sahaja yang tinggal di tingkat 12 ini, dia tak mahu menimbulkan fitnah.

Shahrul aku lihat kelihatan begitu lemah diatas katil. Lantas aku meletakkan dulang makanan, diatas meja sisi.

”Shah, bangun makan. Ni aku ada buatkan makanan untuk kau”.

Shahrul terbangun daripada tidurnya apabila mendengar suaraku. ”Boleh bangun tak?”, tanya aku lembut. Inilah buat pertama kalinya aku berlembut dengan si Shahrul. Entahkan, bila lelaki tu sihat mahu tergelak setahun habis agaknya.

Aku hanya melihat Shahrul bersusah payah makan bubur yang aku masak. Aku sekadar melihat dan bila bubur itu hampir tumpah daripada bibirnya, lantas aku mengelap.

Aku perasan, Shahrul agak terkesan dengan apa yang aku lakukan tapi, ada aku kisah. Aku kan doktor, tak salah rasanya kalau aku bantu pesakit kan.Dah memang tugas aku.

”Dah kenyang?”, tanya aku. Shahrul mengangguk dan perlahan menyerahkan mangkuk bubur yang sudah lebih separuh dihabiskan kepadaku semula.

”Makan ubat..”, arah aku sambil memberi dua pil ubat demam dan kemudian aku suakan dua sudu ubat batuk untuk lelaki tersebut.

Selepas itu, aku menyuruh Shahrul kembali tidur. Erm.. Sebenarnya ada yang dari tadi aku rasa gelisah semacam. Shahrul ni memang tidur tak pakai baju eh? Dari tadi, lelaki tu hanya biasa tidur tak berbaju macam tu. Buat jantung aku berdetap laju semacam je.

Hai, lantaklah. Ni rumah dia pun. Apa aku kisah. Suka hati dialah nak baju ke tak nak.

Aku berperang dengan perasaan sendiri. Lantas gebar selimut ditarik sehingga ke leher. Tanpa aku sedar, tangan ni dah menyentuh dahi lelaki itu dan sempat aku mengusap-usap kepala Shahrul. Rasa kasih sayang melimpah saat itu. Aku keliru.

Aku begitu asyik mengusap kepala Shahrul seperti aku mengusap kucing kesayangan aku di rumah emak. Seketika kemudian, aku tersentak apabila aku sedar aku agak keterlaluan. Lantas, tangan ini aku tarik daripada terus membelai lelaki tersebut.

Wajah aku memerah serta merta. Malu terus menyerbu hati. Lantas aku keluar daripada bilik tersebut. Pipi ini ditepuk beberapa kali.

”Kau perempuan tak tahu malu”, bisik hati aku sendiri. Sempat lagi aku mengetuk-ngetuk kepala sendiri dengan kealpaan diri. Kalaulah Shahrul sedar apa yang aku buat tadi, mahu aku dilabelkan sebagai perempuan gatal. Tak malu usik anak teruna orang lebih-lebih.

Seketika kemudian, bibir ini tersenyum sendiri. Gatal? Hahaha.. Ibu, anak ibu ni dah gatal.. Kepala digeleng-gelengkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience