BAB 1

Romance Completed 12989

Keluhan penat dilepaskan sebaik sahaja kereta Toyota Camry emas milikku selamat sampai diperkarangan tempat letak kereta bawah tanah apartment mewah yang baru aku beli tidak sampai 6 bulan lalu.

Berkat usaha gigih aku selama ini belajar bersungguh-sungguh dan kini aku berjaya menjadi seorang doctor dan bekerja di sebuah hospital swasta. Kini juga, aku sudah mampu mempunyai kereta sendiri, malah apartment yang tidak kurang mewahnya membayar dengan duit gaji aku sendiri.

Walaupun hanya menggunakan duit pinjaman bank bagi awal pembayaran, rasanya itu semua berbaloi. Penat lelah aku belajar dan memerah otak, terbayar juga akhirnya.

”Aduh, penantnya..”, dengus ku perlahan berjalan sambil menapak ke arah lif. Penat badan kerana shif malam tadi, begitu terasa sekali.

Rasa, mahu sahaja dia terbang gunakan sayap dan naik ke tingkat 12, terus ke katil dan tidur. Alangkah baiknya. Tidak usahlah perlu naik lif dan buka pintu untuk masuk kedalam rumah. Hai, kan bagus kalau aku ada sayap. Tak payahlah berjalan dengan badan penat macam ni.

Sekarang, aku mahu memperkenalkan diri aku yang masih ‘sendiri’ ini. Aku, Ayesha. Seorang gadis yang sudahpun mencecah umur 29 tahun. Masih Bujang dan yang paling penting masih ‘single’. Sedihkan hidup aku. Beberapa kali juga aku cuba berjinak-jinak dalam percintaan, tetapi setiap kali itu jugak aku akan dikecewakan.

Alasan mereka, “mereka tidak layak untuk aku kerana kedudukan mereka tidak setanding aku”. Ah! Kalau dah tak suka tu cakap ajalah. Tak payah nak bagi alasan yang bukan-bukan. Bukan tidak ada pasangan yang kedudukan isterinya atau teman wanita lebih tinggi. Atau aku yang tak peka?

Memang aku sedar, kerja aku di hospital sememangnya tak menentu. Kadang-kadang, aku kerja shif pagi dan kadang-kadang aku kerja shif malam. Mungkin aku jarang luangkan masa bersama, sebab tu mereka tinggalkan aku. Tapi, salah aku ke kalau sememangnya itu skop kerja aku sebagai ’doktor’.

Doktor bukannya kerja hanya masuk pukul 9 pagi dan masa baliknya pukul 6 petang. Orang sakit pun, bukan mengira waktu. Jasa sebagai seorang doktor ini besar seiring dengan tanggungjawab yang digalas. Itupun, ada pesakit dan keluarga pesakit yang masih menyalahkan doktor jika terjadi apa-apa hal.

Dulu, inilah impian yang aku mahu. Walaupun, aku tidak pernah menyesal menjadi seorang doktor kini, tetapi sedikit ralat itu tetap juga ada.

Aku seorang gadis! Juga punya perasaan ingin dicintai dan mencintai. Mak dan ayah di kampung sudah mula bertanya. Adik lelaki aku yang muda 5 tahun itu pun, aku dengar de yang punya. Aku ni! Siapa yang punya.

Takut pula, nanti terjadi seperti dalam novel-novel cinta yang aku layan terpaksa berkahwin pula dengan lelaki pilihan keluarga. Haih, minta simpang empat puluh empat.

Kalau bahagia tu, aku tak kisahlah. Kang, dapat yang kaki pukul atau cemburu buta tak ke aku yang naya nanti. Aku, kalau nak lelaki menjadi pendamping hidup, mestilah kena juga pada gayanya. Bukan hanya memilih secara membuta tuli.

Terima aja apa yang ditetapkan oleh keluarga. Aku ni bukanlah seorang memilih sebenarnya. Aku bukan mencari kesempurnaan untuk dijadikan pasangan hidup. Macam ex-ex aku dulu, semuanya bukan berjawatan tinggi manapun malah ada yang tidak tampan, tetapi masih juga tidak melekat.

Lelaki, agaknya kalau perempuan tu tidak punya banyak masa untuk diluangkan bersama pasti akan mudah bosan. Kalau hati sudah mula bosan, mulalah cari yang lain. Yang pasti, alasan mereka untuk melarikan diri secara halusnya kesalahan tersebut secara tidak langsung pasti akan dicalit pada bahu perempuan jugak.

Ah, malaslah aku nak fikir. Bukannya aku tak boleh hidup tanpa lelaki. Perempuan zaman era 21 ni, dah moden. Boleh hidup tanpa perlukan pertolongan daripada lelaki. Malah, melihat daripada situasi dia ni pun, dia tidak dalam ’kategori’ wajib untuk berkahwin. Alhamdullilah, dia masih lagi dalam kategori seseorang yang tidak terjeremus dalam kemaksiatan.

Aku ralit memikirkan perihal masa depan sehingga tidak sedar, sudahpun sampai ke tingkat 12. Entah, siapa yang silap sebenarnya, aku secara tidak sengaja terlanggar sebuah kotak kecil tidak terlalu kecil, besar juga tidak terlalu besar dihadapan pintu rumahku.

”Woi, kau langgar barang aku tu!”, jerit satu suara mengejutkan aku daripada lamunan.

”Ah!?”, ujar aku blur sambil mataku bertentangan dengan mata tajam orang didepan aku sekarang ni. Mak aih, bukan main bulat mata tu.

Lelaki tu melangkah laju dan lantas menolak tubuh kecilku ini. Tahulah, orang tu tinggi melangit, dia tolak aku ni macam anak patung dia je. Kurang asam betul.

Tapi… Mata aku memandang sekeliling. Aku baru perasan, pintu depan rumah sebelahnya itu penuh dengan kotak dan tidak terkecuali depan pintu rumahnya. Hello!! Apa ni. Siapa yang salah sebenarnya ni.

Aku hanya melihat, orang tersebut pantas membuka bungkusan kotak yang aku langgar tadi dan melihat isi dalamnya. ”Oh, God!! Habis rosak..”, keluh orang tersebut dengan nada penuh geram. Aku dah telan liur kesat bila lelaki itu pantas bangun dan berdiri bercekak pinggang dihadapanku.

Aku sudah menggigil ketakutan. Jangan sampai ’ditumbuk’ aku nanti. Badan lelaki tu dahlah, 2 kali ganda besar daripada badan aku yang pendek dan kecik ni berbanding lelaki tersebut yang berbadan tinggi dan agak tegap itu.

Aku terkejut apabila lelaki tersebut mengusik rambutku. Walaupun tidak kasar dan penuh kelembutan, kedinginan terasa sampai ke hulu hati.

”Kau dah berhutang dengan aku”, suara tu kedengaran marah dan amat menakutkan. Aku yang selalunya mulut bising mengalahkan bontot ayam ni, tetapi bila berhadapan dengan lelaki dihadapan aku ini tiba-tiba terdiam terus. Suara marahnya, begitu menakutkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience