BAB 13

Romance Completed 12989

Aku terjerit kecil apabila pinggangnya dengan selambanya diraih Shahrul. Betul, lelaki tu buat dia macam anak patung dia je. Senang-senang je nak tarik.

Shahrul merenung tajam kearahku. Tawa aku sebentar tadi, sedikit demi sedikit menghilang melihat renungan tersebut.

“Ingat cakap abang, kalau ada sesuatu berlaku jangan cepat sahaja buat andaian melulu. Tanya, dan duduk berbincang dan bukannya menghukum diri sendiri macam ni. Sekarang, kita dah jadi suami isteri. Timbang rasa itu penting dalam hubungan suami isteri. Sayang boleh buat untuk abang?”.

Aku terkaku mendengar kata-kata tersebut. Prespektif lain. Shahrul yang matang, Shahrul yang manja. Itulah suami aku.

”Boleh?”, tanya Shahrul sekali aku.

Aku dengan senyuman manisku, mengangguk. Suami bagi nasihat, apa salahnya. Sememangnya, sikap aku yang satu tu harus di tegur dan aku menerimanya dengan terbuka.

”Apa jadi kat Raikal?”, tanya aku. Walaupun jelas riak tidak puas hati Shahrul apabila aku masih lagi mahu tahu pasal Raikal, tetapi aku tetap mahu tahu. ”Please… abang”, rayu aku penuh menggoda.

Shahrul mengeluh perlahan, mungkin kalah dengan sikap ingin tahu aku itu.Aku tersenyum kemenangan.

”Abang cakap jelas-jelas dengan dia supaya tak kacau sayang lagi”, ujar Shahrul. Aku membuntang tidak percaya.

”Ya ke abang?”, tanya aku teruja. Rasa marah dan geram, jauh sekali saat itu. Rasa macam heroin dalam drama pun ada jugak aku rasa saat ini.

”Mestilah.. Apa abang tak rasa tergugat bila saingan jelas-jelas depan mata ni”.

Aku memuncung.

”Raikal tu, bukannya suka dekat Sha pun. Buat apa abang nak rasa tergugat”.

Shahrul mengusap kepalaku lembut.

”Tulah salah sayang. Orang bila sedang cakap, dengar sampai habis dulu. Bukannya potong macam tu aje”, ujar Shahrul. Aku semakin pelik. Tanpa sedar, pinggang lelaki itu sudah ke peluk lembut. Seronok berbual dengan suami a.k.a lelaki yang dicintainya macam tulah. Mana nak sedarkan. Hahaha..

”Kenapa pulak?”.

”Dia suka Sha, tapi belum sempat dia jelaskan semua, Sha dah potong habis ayat dia”.

Aku terkejut mendengar kebenaran daripada mulut Shahrul.

”Betul ke bang..?”. Raikal suka dekat aku? Haih, dah makin rumit ceritanya sekarang. Kenapa, lelaki tu tak pernah berterus terang. Manalah aku tahu. Yalah, selepas perjumpaan pertama mereka dulu mana pernah Raikal tu ajak jumpa. Makan pun, asyik tunduk je kerjanya. Aku pula rasa rimas.

”Hah, berangan sampai mana tu. Fikirkan pasal Raikal?”, nada Shahrul kedengaran begitu cemburu membuatkan aku tergelak kecil. Comel betul kalau muka Shahrul cemburu macam ni. Serius, comel sangat.

”Cemburu ke bang?”, usik aku nakal. Shahrul mendengus perlahan. Tangan aku yang melilit pinggang lelaki itu dirungkaikan. Wajah Shahrul masam mencuka.

Aku hanya melihat Shahrul membungkam rasa dengan membaringkan diri ke atas katil lalu seakan sengaja membungkus diri, rasa kasihan pula tiba-tiba membuat lelaki itu marah.

Aku tahu macam mana sakitnya perasaan cemburu. Jadi, tak sepatutnya aku buat suami aku macam tu.

”Abang, sayang minta maaf k. Sha, janji tak buat lagi. Hanya abang ada didalam hati Sya. Dari dulu, sampai sekarang dan inshaallah, pada masa akan datang hanya abang dalam hati Sya ni”, ujar aku memujuk sang suami yang sudah berbungkus satu badan.

Tapi, melihat tiada balasan daripada Shahrul buatkan aku terasa bersalah. Haih, baru beberapa jam nikah, kau dah buat suami kau kecik hati Ayesha.

Aku mahu berlalu ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk. Aku mahu berdoa supaya hubungan kami kembali baik dan Shahrul suami dunia dan akhiratku, kembali memaafkan aku.

Belum sempat aku berlalu pergi dengan jauh, lenganku ditarik dan dengan selambanya aku jatuh diatas katil. Shahrul tidak bagi peluang, terus mendakap tubuhnya penuh erat.

”Tak rugi badan sayang kecik kemetot macam ni. Senang nak buli, nak tarik dan yang penting, sedap buat bantal peluk”, ujar Shahrul nakal. Aku membuntang.

”Abang…!!!! Selalu dengki dengan sayang kan”. Shahrul sekadar ketawa. Tiada rasa bahagia yang dapat menandingi kebagaiaan yang dikecapinya bersama precious lady nya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience