BAB 5

Romance Completed 12965

”Ah.. Aduh..duh..duh”, keluh aku perlahan. Dr. Hamidah sekadar menggeleng-gelengkan kepala.

”Tulah, nak jadi hero sangat kan”, ujar Dr Hamidah memerli.

Aku sekadar tersengeh. ”Sekali sekala, apa salahnya”, ujar aku selamba. Dr. Hamidah sekadar menggelengkan kepala. Faham dengan perangai aku yang sudah hampir 2 tahun bekerja disini.

”Awak tu perempuan Dr. Ayesha oi”, peringatkan wanita beranak dua itu. Dr. Hamidah cekap dengan kerjanya mencuci luka dilenganku. Walaupun, lukanya agak dalam dan begitu pedih tetapi ditahan sahaja. Alah, aku luka sebab nak selamatkan nyawa orang, apa salahnya kan.

”Dah siap cuci. Banyak juga darah ni. Akak balut kejap”. Aku sekadar mengangguk dan melihat Dr. Hamidah menapak ke almari ubat untuk mencapai kaki kasa dan pembalut.

Hanya 5 minit selepas itu, semuanya sudah siap. Aku mengeluh lega. Jaket putih aku yang terkena darah tadi, terpaksalah dihantar ke dobi untuk dibasuh nanti.

Pintu bilik rawatan Dr. Hamidah dibuka seseorang. Terjengul wajah seorang lelaki di muka pintu. Tengku Majid!

”Dr. Ayesha tak apa-apa? Maaf, tadi saya di temu siasat oleh polis tadi”, ujar Tengku Majid serba salah. Aku sekadar menggeleng. ”Tak apa-apa. Luka sikit je”, ujar ku menyedapkan hati Tengku Majid. Alhamdullilah, semuanya selamat. Punyalah aku takut sangat tadi, bila melihat Tengku Majid hampir-hampir sahaja menjadi seorang pembunuh.

Aku tahu, Tengku seorang baik orangnya. Lelaki tua itu, walaupun dikurniakan kekayaan yang melimpah tetapi, langsung tidak pernah dikurniakan kebahgiaan. Sifat taksub lelaki itu dulu mahu mengejar nama, kini memakan diri. Keluarga yang dulu, menjadi pendamping diri langsung tidak dihargai.

Isteri tua Tengku Majid telah meninggal lama dulu. Tidak silap, anak lelaki Tengku Majid ketika itu berumur 17 tahun macam tu. Sekarang, tidak tahulah.

Marlia ni pun, dikahwini Tengku Majisd 3 tahun yang lalu. Kepincangan keluarga, membuatkan anak lelaki Tengku Majid menghilangkan diri. Lelaki itu sering menceritakan khilafnya dulu. Aku sekadar mampu menjadi pendengar sahaja. Sementalah, bukannya sepanjang masa Tengku Majid terpaksa ditahan ke hospital.

Bila masa tekanan darah lelaki itu naik barulah terpaksa ditahan untuk beberapa hari sebelum keluar semula dari hospital. Tetapi, penyakit Tengku Majid seakan semakin melarat kini. Disebabkan itulah, lelaki itu terpaksa ditahan lama di hospital. Selama ini, hanya anak perempuan lelaki tua itu yang lihat sentiasa menemani Tengku Majid ke hospital.

”Terima kasih Dr. Ayesha”, ujar Tengku Majid ikhlas. Aku terasa bangga pulak tiba-tiba. Hehehe.. Jadi heroin hari ni, siapa tak bangga. Silap-silap, masuk surat khabar nanti.

”Eh, encik..”, pintu dibuka dari luar mengejutkan semua yang ada dalam bilik rawatan tersebut.

Aku tersentak melihat wajah Shahrul yang tiba-tiba muncul dan kelihatan agak gelisah itu. Kenapa dengan lelaki tu? Buat apa dia kat sini? Dan macam mana dia tahu aku kerja kat sini?

”Shahrul apa..”, belum sempat aku bertanya, Shahrul melulu kearah aku.

”Awak ok?”, tanya lelaki itu dengan wajah yang penuh kerisauan. Aku terkaku. Betul! Aku terkejut dan tak sangka lelaki tu muncul depan aku kini. Dan awak??

”Erm.. ok”, jawab aku serba tak kena. Apa taknya, bahu aku dicengkam kuat oleh Shahrul. Sakit memang sakit, tapi rasa terharu membuang perasaan sakit tu pergi jauh. Entah kenapa, rasa bahagia menghuni hati kecil ini.

Lengan yang berbalut, dipegang lembut. Entah kenapa, rasa sakit dilengan itu sebentar tadi, hilang serta merta.

”Shahrul..’, panggil Tengku Majid seakan terkejut melihat lelaki dihadapannya ini. Shahrul juga seakan terkejut sama seperti Tengku Majid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience