BAB 7

Romance Completed 12965

”Hai!”, teguran Shahrul ceria.

Aku sudah mula gelisah. Aku baru nak mengelak daripada bertembung berjumpa dengan lelaki. Entah, apa malang nasib aku sebab hari kerja pagi balik pulak petang seperti waktu lelaki tu pulang dari kerja seperti selalu dan bertembung pula didepan lif ni.

”Oh, hai”, tegur aku janggal. Jambangan bunga aku peluk erat sebaik sahaja aku perasan mata lelaki itu merenung kearah bunga yang aku pegang. Entah kenapa, aku tak mahu lelaki tu nampak bunga ni. Entah kenapa..

Seketika kami diam didalam lif.

”Cantik bunga..”, teguran Shahrul mengejutkan aku.

”Ah? Oh, thanks..”, ujar aku sedikit tergagap.

Kami berdua kembali diam. Aku dah mula terasa janggal sekali. Bukan begini selalunya keadaan mereka berdua. Selalu tu, kalau tak dengar si Shahrul ni mengejek aku memang tak sah. Kenapa rasa janggal tiba-tiba eh?

Sebaik sahaja sampai di tingkat 12, aku lantas keluar dan cepat-cepat menuju ke pintu rumah. Kelibat Shahrul langsung tidak mahu ku hiraukan. Apa yang mahu aku buat sekarang ni, cepat-cepat mahu masuk kedalam rumah. Entah, rasa sesak pulak jiwa ni tiba-tiba.

”You’re lucky”, ucapan itu kedengaran sayup-sayup sebaik sahaja aku mahu pintu rumah apartment ku ditutup. Entah, hanya imaginasi aku ataupun memang Shahrul tengah puji aku tadi.

Sejak dari hari itu, akan ada sahaja jambangan bunga yang datang ke hospital. Tak tahan telinga aku ni mendengar usikan demi usikan daripada mereka. Rasa nak je dia marah tuan yang beli bunga tu, sebab hantar bunga pada aku.

Nak harapkan aku teruja? Langsung tak. Kalau boleh, aku tak mahu lagi jambangan bunga tu ada depan mata aku. Rasa menyemak. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku buang, tapi sayang pulak.

Bunga jenis macam tu, bukannya murah. Paling murah sekarang pun, seratus lebih baru boleh dapat satu jambangan bunga.

Haih, Raikal. Sejak daripada perjumpaan pertama dulu, lelaki tu tidak pernah mahu mengajaknya berjumpa lagi. Tetapi, hanya jambangan bunga yang menjadi peganti. Entah, lelaki itu malu agaknya mahu berjumpa. Dulu pun, bukan main tunduk lagi bila setiap kali mereka bercakap.

Tapi, jujur. Taste aku bukan lelaki macam tu.

Aku dah tak mampu tahan, lantas menghantar sms kepada lelaki tersebut. Rasenyer kalau dihitung semua, hampir beribu juga habis ni. Kasihan pulak pada lelaki tu. Dahlah Raikal habiskan duit dia semata-mata untuk belikan aku bunga tapi aku langsung tak hargainya.

———–

Malam ini aku agak santai, hanya menghabiskan masa di beranda sambil melayari internet. Esok aku off. Jadi, kalau malam ni aku tidur lambat rasanya tak apa kot. Sekali sekala buka akaun fac seronok jugak. Boleh tanya khabar pasal kawan-kawan lain.

Sejak kebelakangan ni, makin ramai kawan aku dulu yang sudah dan ingin berumah tangga. Haih, aku ni bilalah lagi.

Aku tersenyum dan tergelak bila chat dengan eman-teman lama. Hai, sekarang baru terasa sudah lama waktu dah berlalu. Rasa macam baru semalam sahaja aku masuk ke alam sekolah menengah dulu. Sekarang, dah ramai yang sudah berumah tangga malah ada yang sudah punya anak.

Aku tersenyum-senyum dan asyik berbual, tiba-tiba terdengar bunyi batuk kearah rumah jiran sebelah. Aku memandang kearah sebelah. Telinga aku pasang, dan jelas kedengaran orang terbatuk-batuk dari dalam rumah sana.

Sakitkah lelaki itu? Sejak kebelakangan ni, kami jarang berbual bersama. Rumah lelaki itu pun, sering sahaja gelap bila dia ada di rumah waktu malam. Mungkin sibuk agaknya.

Kerja sebagai engineer kalau tak sibuk orangnya, memang tak sah. Kenapa aku rasa kehilangan ya?

Apa kau mengarut ni Ayesha. Ish.. Buang perasaan tu, buang. Apsal pulak kau nak rasa kehilangan, bukan ke sebelum ni kau memang tak nak jumpa dia ke? Bukanke selama ni lelaki tu asyik sakitkan hati kau je dan yang paling, lelaki tu lah satu-satunya musuh kau tau tak.

Aku mula rasa tak sedar hati bila kedengaran batuk orang jiran sebelahnya ini makin menjadi-jadi. Sakit terukkah si budak Shahrul tu?

Ish, tak boleh jadi ni. Kena ambik tahu jugak nampaknya.

’Aku sebagai jiran, sekurang-kurangnya kena ambil tahu juga hal jiran sebelah kan..’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience