BAB 10

Romance Completed 12989

Seminggu aku lebih gemarkan habiskan masa aku dengan mengambil shif malam. Supaya bila lelaki itu pergi kerja, aku masih lagi terbungkang tidur dan bila lelaki itu tidur pula, aku pergi kerja.

Ego! Ya, aku memang ego. Sebab aku tak mahu lebih terlukalah, aku buat macam ni. Bila semuanya sudah menjadi kebiasaan, aku pasti seperti sediakala balik. Ya, pasti.. Perasaan yang aku rasa sekarang ini, hanya satu persinggahan.

Tit! Bunyi sms, daripada telefon bimbit membantutkan aktiviti aku yang sedang asyik makan aiskrim. Sejak kebelakangan ni, aku perasan yang berat badan aku semakin bertambah. Sebelum ini, aiskrim hanya sekali sebulan aku makan dan sejak seminggu lalu, hampir setiap hari aku makan.

Bila ada masa terluang je, aku akan habiskan masa depan tv dan makan aiskrim. Saja, aku beli stok aiskrim banyak-banyak. Biar aku lupa dengan apa yang berlaku sekeliling aku sekarang ni. Tabiat lama aku dulu, kembali semula.

Gemuk? Aku malas mahu berfikir lagi. Kalau nak gemuk, gemuklah. Aku dah berduit dan bergaji besar, senang-senang je aku boleh pergi kuruskan badan.

Saya nak jumpa awak sekarang boleh?

-Raikal

Aku mengerutkan kening. Raikal?

”Mak saya kata, dia nak masuk meminang awak”, bicara Raikal membuatkan diri aku ini seperti di sambar petir. What?! Meminang? Mana boleh..

”Tapi, saya ada pilihan lain..”, sambungan bicara Raikal seterusnya membuatkan aku terpinga-pinga. Dia what??

”Ah??”. Aku memandang Raikal tidak percaya.

Raikal mengangguk perlahan mengiakan apa yang dengar tadi adalah betul. Lelaki itu menunduk kepala kemudiannya. Walaupun, jelas-jelas aku ditolak saat ini entah kenapa rasa gembira tiba-tiba.

”Bagus.. Awak cakap dengan mak awak yang awak ada pilihan lain..”, ujar aku begitu teruja. Kini, Raikal pula seakan terpinga-pinga. Mungkin pelik agaknya, bila aku begitu gembira apabila terang-terang ditolak lelaki tersebut tadi.

”Tapi, mak saya nak awak juga jadi pengantin saya”, ujar Raikal seterusnya membuatkan aku terkaku. Ah!! Apa semua ni.

Aku menggaru perlahan kepala aku yang tiba-tiba terasa gatal. Rasa macam nak hempuk kepala si Raikal ni pun ada jugak rasanya.

”Cakap jelah dengan mak awak yang awak ada pilihan lain. Awak suka seseorang, dan orang itu bukan saya. Apa susahnya”, bentak aku tidak puas hati. Melihat sikap pengecut Raikal buat aku teringat perangai aku sendiri.

Aku juga pengecut, meluahkan perasaan suka aku pada Shahrul. Jadi, dalam hal ini pun bukan salah Raikal atau sesiapa.

”Ok, macam ni. Kita cakap dengan mak bapak kita masing-masing dan cakap yang kita berdua dah ada pilihan sendiri. Macam mana?”, ujar aku memberi pandangan. Aku rasa inilah yang terbaik. Raikal dah ada seseorang yang dia suka. Takkan aku nak hancurkan kebahgiaan lelaki tu pulak. Dan aku, apa yang pasti aku tidak mahu membohongi diri sendiri.

Raikal menggelengkan kepala. ”No. Saya dah buat keputusan untuk terima permintaan mak saya. Saya rasa, itulah yang terbaik. Saya pasti, restu ibu adalah terbaik buat anaknya”, jawapan yang diberi Raikal buatkan aku naik angin.

Sabar Ayesha.. Sabar.. Kau kena sabar. Jangan buat perangai gila kau tu.

Aku baru mahu membalas hujahan ku, tiba-tiba kedengaran bunyi sms masuk kedalam telefon bimbit aku.

”I’m off”.

Aku membuntang. Jantung seakan berhenti berfungsi. Mata ini, cepat sahaja berair. Aku ingat aku kuat. Tapi, jelas jawapannya tidak. Tak, aku tak mampu biarkan lelaki tu pergi dari hidup aku.

Air mata, bercucuran turun. Raikal pulak? Lantaklah, kalau lelaki itu nampak sekalipun dia menangis, dia tidak kisah.

”Sha…”.

Aku pantas berlari semula masuk ke dalam kawasan apartment. Mungkin, Allah mahu permudahkan urusan aku apabila aku terdetik mahu berjumpa Raikal hanya dikawasan taman depan kawasan apartment ku.

Beberapa mata memandang pelik kearah langkah pantas ku, tapi aku tidak ambil peduli. Bila melihat pintu lif terbuka, aku lantas meloloskan diri masuk kedalam lif. Butang tutup aku tekan berulang kali. Tingkat 12 aku tekan. Air mata menitis tiada henti.

Shah! Tunggu Ayesha, Shah. Please!!! 20 saat berlalu, kenapa rasa seperti sejam lamanya.

Ting! Pintu lif terbuka dan aku pantas berlari menuju ke pintu rumah Shahrul. Pintu rumah tersebut masih terbuka. Sebelum ini, aku hanya memekakkan telinga apabila aku mendengar suara-suara diluar dan aku pasti, tukang angkat barang datang untuk mengambil barang Shahrul.

Aku seakan-akan sengaja, kuatkan suara televisyen dan langsung tidak menjenguk keluar. Jahatkan aku!! Bodohkan aku!! Bodoh, kerana malu meluahkan isi hati sendiri.

Sekarang, aku tak mahu jadi orang bodoh lagi!!! Biarlah, seluruh dunia bakal mentertawakan aku nanti, aku tak kisah langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience