BAB 6

Romance Completed 12965

”Shah, kau buat apa ni. Dahlah, biar je aku buat semua ni”, ujar aku tak selesa. Yelah, dahlah hari ni lelaki tu yang memasak semuanya untuk aku dan lepas tu kerja mengemas semuanya mahu dilakukan. Aku ni kan perempuan, takkan nak biarkan lelaki tu yang buatkan semuanya pulak.

”Tak pe, sepanjang kau tak sihat ni biar aku je yang ambik tugas memasak. Kau rehat je tau”, ujar Shahrul sedikit termengah kerana mengemop lantai rumah apartment ku. Rasa kelakar pulak tiba-tiba bila Shahrul yang boleh dikategori macho itu memakai apron dan siap kie kat kepala dan yang wajib tu, glove. Lepas tu, buat kerja rumah.

”Kau nak air tak, biar aku ambikkan”, ujar Shahrul dengan wajah putih itu yang berubah sedikit merah. Panas kot. Tulah, suruh hidupkan kipas tak mahu.

Aku menggelengkan kepala. ”No, thanks..”.

Aku hanya melihat Shahrul bersusah payah menyiapkan kerja cuciannya. Aku sekadar tersenyum. Entah kenapa, hati ni rasa berbunga-bunga tiba-tiba. Walaupun, gaya lelaki tu agak kelakar, tapi kelihatan comel bagi aku.

———

Tempoh dua bulan yang diberi emak sudahpun tamat. Secara tegasnya, aku terpaksalah jugak berjumpa dengan anak lelaki yang dikatakan anak bekas pengetua aku dulu. Entah, macam manalah emak aku boleh kamcing dengan Hajah Rahmah pun aku tak tahu.

Tapi, tak salah rasanya kan kalau aku jumpa lelaki tu kan. Mana tahu ngam, boleh buat suami. Boleh aku kahwin cepat. Hihihi.. Tak adalah, emak kat kampung sana tu bising-bising je suruh cari jodoh.

Perkenalan aku yang pertama dengan insan yang bernama Raikal tersebut berjalan agak baik. Pemuda itu juga seorang doktor. Ting! Satu point untuk Raikal. Kalau dua-dua dah kerja doktor, pasti lelaki ni memahami aku. Tak adalah, nanti bertengkar sebab tak sefahaman.

Kedua, Raikal merupakan seorang pemalu. Tak macam jiran sebelah aku tu, muka tak tahu malu. Mintak makanan aku macam duit dia je beli semua makanan tu.

Ketiga, Raikal seorang yang tidak tinggi dan tidak juga rendah macam aku. Kata orang, kalau mereka berdua berganding rasa sepadan je berdua ni. Huhuhu.. Tak macam jiran sebelah dia tu, tinggi melambung. Kalau diri sebelah, rasa macam kecik je aku ni. Sebab tulah, lelaki tu senang-senang je buli aku yang kecik ni.

Keempat, yang paling penting Raikal berbudi bahasa. Walaupun Raikal tidak sekacak seperti Shahrul yang sememangnya digemari ramai tu, lelaki itu menghormati dia. Tak macam jiran sebelah tu. Selamba badak je kutuk-kutuk walaupun agak tidak sopan dan agak lepas untuk gadis seperti dia.

Kalau dengan Shahrul tu, mahu hari-hari aku bergaduh dengan dia. Makin stress hidup aku nanti gamaknya. Dah elok-elok, rambut aku ni cantik dan lurus, jadi kerintinng dibuat lelaki tu.

’Ish! Kenapa aku dari tadi asyik bandingkan Raikal dengan Shahrul? Shahrul dengan aku bukannya ada apa-apa pun. Dia jiran aku je. Jiran a.k.a musuh dalam list aku. Tak pernah-pernah ada musuh dalam hidup aku, tetapi lelaki tu yang pertama yang pernah mencipta sejarah.

Sekarang, walaupun kurang sedikit sikap menyakatnya tetapi ada jugaklah kadang-kadang tu menyakitkan hati ni. Shahrul tu bukannya jenis hormat perempuan, tu yang jadi bujang terlajak tu. Tak ada perempuan yang nak, jadikan suami. Hahaha.. Dengar orang tua tu nanti, habis dia kenakan aku balik.

Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri. Selalu kalau ingat pasal Shahrul tu, darah aku mesti naik. Tapi, sekarang pelik pulak. Macam manalah aku boleh senyum bila ingat pasal lelaki tu. Mungkin sebab sejak kebelakangan ni, lelaki tu layan aku baik agaknya.

Tapikan, apsal kau bandingkan Shahrul dengan Raikal? Memanglah nak dibandingkan Shahrul dengan Raikal juah berbeza dari segi pernampilan mahupun perangai. Tapi…

Ah! Malaslah nak fikir. Kalau aku asyik fikirkan je, nanti boleh terjatuh cinta pulak. Ish, jatuh cinta dengan jiran sebelah? Haih, jauh-jauhkan lah. Tak nak dan tak akan!!! Muktamad.

Tok! Tok! Bunyi ketukan di bilik kerjanya membantutkan lamunan.

”Dr. Ayesha, ada sesuatu untuk Dr. Dari somenone special..”,ujar Suri, dengan senyuman penuh makna. Aku mengerutkan kening. Special?? Erm..sound interesting.

”Ape dia?”, ujar aku teruja.Suri tersenyum lebar. “Bukan kat sini. Tu ada ada kat luar“, ujar Suri. Aku tersenyum melihat senyuman penuh makna Suri. Lantas tubuh ini bangun dan menuju ke kaunter diluar.

”Dr. Ayesha??”, tanya seorang lelaki.

Aku mengangguk. ”Ni, ada kiriman untuk Dr. Sila turunkan tandatangan disini..”, ujar lelaki itu sambil menyerahkan sejambak kiriman bunga.

Jujurawat dan pekerja di kaunter tersebut bersiul nakal dan tidak kurangnya doktor-doktor yang kebetulan lalu disitu. Muka aku dah memerah. Haih, siapalah yang berani-berani hantar bunga ni.

Aku cepat-cepat turunkan tandatangan dan kembali ke pejabat dengan jambangan bunga tersebut. Malu tak usah cakaplah. Mesti muka aku merah saat ini. Mesti, dalam masa setengah jam lagi nama aku menjadi perbualan hangat mereka. Biasalah, kakitangan hospital ni kebanyakannya kan kaki gosip.

Aku membelek-belek jambangan bunga ros di tangan. Aku menghidu jambangan bunga tersebut. Erm.. Wangi.

”Eh, ada kad lah..”, desis hati aku teruja. Hai, siapalah agaknya yang baik hati bagi aku bunga ni eh? Shahrul tak? ’Eh, gila ke. Takkan lah lelaki beku tu nak bagi ros macam ni. Ish, tak kan-tak kan’.

Kad dibuka dan senyumanku serta merta mati.

Happy to meet you,

Raikal..

Entah kenapa hati ini terasa kecewa sangat-sangat. Kenapa aku tak gembira? Bukan ke setiap perempuan yang dapat bunga macam ni, akan membuatkan ia tersenyum riang sepanjang hari? Tapi aku… Aku mengeluh perlahan. Apa yang aku harapkan sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience