Prolog

Romance Series 5307

"Cikgu, bukan cikgu nak saya move on daripada cikgu ke? Tapi kenapa setiap kali hari jadi saya cikgu sanggup keluar belikan saya coklat? Apa yang cikgu sedang lakukan sebenarnya sekarang ni?"

Aryan terdiam. Aryan tidak dapat membalas setiap kata yang keluar daripada mulut Aufa. Dia pun tidak faham akan dirinya sendiri. Kenapa setiap kali hari jadi Aufa secara automatik dia akan membeli coklat untuk Aufa.

"Takkan aku dah jatuh cinta dekat pelajar aku sendiri kut? Tak mungkin Aryan!! Sedar sikit diri kau tu cikgu dia pelajarlah. Syed Aryan Iskandar, wake up!!" Dia mengeluh.

"Kalau cikgu teruskan buat saya macam ni... How I want to forget about you, cikgu? Kalau cikgu tak suka saya... Tolong buat cara tak suka! Tolong jangan bagi harapan palsu pada saya, Cikgu Aryan Iskandar!" ujar Aufa. Selepas saja Aufa berkata begitu, dia berlalu pergi dengan kadar yang segera. Dia tidak mahu memalukan dirinya lagi.

Aufa terus melarikan diri dari situ dan masuk ke dalam tandas perempuan. Aufa menangis teresak-esak di dalam tandas tersebut. Dia meresakan dirinya terlalu mengharap bahawa cintanya akan dibalas oleh cikgu muda tersebut namun tidak. Rupa-rupanya dia hanyalah bertepuk sebelah tangan.

"Cikgu tolong jangan buat kawan kami sedih dengan kelakuan cikgu. Cikgu tahukan Aufa sudah lama memendam perasaan sukanya pada cikgu dari mula Aufa menjejakkan kakinya masuk ke sekolah ni sehinggalah sekarang." Kata Aralyn dengan nada sedih. Dia tidak suka melihat sahabat baiknya itu menangis kerana seseorang yang bergelar lelaki.

Aryan tunduk memandang lantai. Aryan rasa serba-salah kerana telah membuat Aufa salah faham akan niat baiknya itu. Dia suka bila Aufa sentiasa mencuba untuk mendekati dia walaupun bukan secara terang-terangan di hadapannya. Dia juga tahu bahawa Aufa mahu mendekatinya dengan cara beramah mesra bersama dengan kawan-kawan baiknya. Tapi dia tersepit dengan hubungan sebagai seorang guru dan pelajar.

"Cikgu... Tolong jangan muncul di hadapan Aufa lagi. Cikgu akan lebih membuatkan dia merasa sedih apabila cikgu sentiasa berada di hadapan matanya. Saya tahu cikgu kerja di sini tapi kalau boleh cikgu cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan Aufa. Saya harap boleh lakukannya dan kami harap cikgu faham." Kata Syaza pula.

"Tak apalah cikgu. Kami faham apa yang cikgu sedang rasakan sekarang ni. Memang susah untuk mengelak dari bertembung dengan Aufa. Sebab cikgu berkerja dan mengajar disinikan? Tak apa, kami faham dengan kesulitan yang cikgu alami. Kami pergi dulu. Mungkin Aufa lebih memerlukan kami sekarang ni." Aralyn dan Syaza terus meninggalkan Aryan terkaku di tempat dia berdiri sekarang ini.

Aryan terus berlalu pergi dan masuk ke dalam bilik guru. Sampai sahaja di tempat duduknya, terus dia duduk dan mengeluh sambil berpusing-pusing di atas kerusi yang beroda tiga itu. Daniel dan Naim memandang Aryan dengan pandangan yang pelik. Apa yang berlaku di antara Syed Aryan Iskandar dan Tengku Nurul Aufa.

Saya baru aje cenderung dlm bidang menulis ni maaflah kalau rasa tak best dan tak menepati citarasa anda semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience