Bab 9

Romance Series 5307

ASSALAMUALIKUM, Puan Ilyana. Dah lama kita tak berjumpa." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil memeluk kawan baiknya itu.

"Waalaikumussalam, Ya Allah lama betul kita tak jumpakan. Kau macam mana sekarang, sihat? Makin cantik kau sekarang ni zah." Ujar Puan Ilyana dengan gembira.

Puan Sharifah Zaharah dan Puan Ilyana sudah berkawan sejak zaman sekolah menengah lagi. Mereka terputus hubungan apabila mereka dapat masuk ke kolej yang berlainan.
Hubungan mereka berdua seperti hubungan persahabatan Aufa dan yang lain. Cuma itulah sudah lama tidak bersua muka jadi riang dia itu lain macam sikit bila bersua antara satu sama lain.

"Alhamdullilah, aku sihat aje. Mana ada aku cantik biasa aje dari dulu. Kau tu hah, yang makin cantik maintain aje kurus daripada dulu tak macam aku." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil menepuk bahu kawannya itu.

Alahai, malu-malu pula Puan Sharifah Zaharah ini. Orang dah puji sepatutnya bangga bukannya malu-malu kucing.

Puan Sharifah Zaharah ini dulu dikenali dengan sikapnya seperti lelaki kerana suka bermain bola sepak dan ramai kawan lelaki berbanding perempuan.

Tapi tidak tahu pula macam mana Puan Sharifah Zaharah yang berperangai kasar ini boleh berkawan dengan seorang kawan perempuan yang lemah lembut itu.

Puan Ilyana lah yang banyak mengubah perangai dan sikap kasar yang ada di dalam diri Puan Sharifah Zaharah itu. Dia pernah memakaikan Puan Sharifah Zaharah alat solek.

Puan Sharifah Zaharah amat tidak suka mukanya itu di solek oleh sesiapa tetapi apabila kawan baiknya hendak buat dia pasrah dan diam sahaja.

Itulah namanya kawan baik yang mengajar dan merubah kita kepada perkara kebaikan. Bukan menjerumus kita kepada perkara yang tidak baik.

Ketika buat Sharifah Zaharah berborak sesama mereka Aufa termenung mengingatkan lelaki tadi yang senyum manis kepadanya itu.

Ketika dia teringat akan lelaki tersebut tiba-tiba dia terasa seperti di siku seseorang. Aufa pun memandang ke arah Aralyn yang menyikunya itu.

Aufa menjungkitkan keningnya menandakan 'apa'. Kacau betul dia nak berangan tentang si dia itu. Aufa membuat muka tidak puas hati kerana diganggu.

"Ish kau ni, kacaulah aku nak berangan. Tapikan, dia tu siapa eh? Cikgu ke dia? Kalau cikgu seronok kalau dia mengajar kita nanti." Ujar Aufa sambil tersengih-sengih miang.

"Kau ni kan tak habis-habis dengan sikap tak boleh nampak lelaki ada rupa mesti ter'crush'. Fa, kau bukan dah janji dengan ummi dengan walid ke kau nak pindah sekolah untuk belajar bersungguh-sungguh." Ujar Aralyn.

Aralyn kenal sangat dengan perangai Aufa yang satu ini. Aufa senang jatuh hati dekat sesiapa sahaja. Tidak kira baru berjumpa mahupun dah lama.

Aufa hati dia lembut sangat lembut. Jadi bila dia dah menyayangi seseorang itu dengan ikhlas dia takkan mudah untuk melupakan orang itu. Jadi Aralyn tidak mahu hati Aufa sakit lagi seperti sebelum ini.

Syaza dan Aralyn tidak sanggup melihat sahabat baiknya itu sakit lagi. Aufa pernah demam panas dan pengsan selepas berpisah dengan Ammar bekas buah hati Aufa.

Selepas sahaja Aufa dan Ammar putus. Aufa telah jatuh sakit yang amat teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

"Ish kau ni Lyn, aku nak cuci-cuci mata aje pun. Tapi tak salah kalau aku ter'crush'kat cikgu tu. Sebab ummi dengan walid aku tak kisah. Asalkan aku punya pembelajaran tak terabai." Ujar Aufa sambil senyum.

"Yalah, tapi ingat kau jangan nak senang-senang aje bagi hati kau kat lelaki lain. Faham!" Ujar Syaza tegas. Dia sayang Aufa seperti adiknya sendiri.

"Aku janji aku takkan bagi hati aku senang-senang kat lelaki lain. Tapikan lelaki tadi handsome ah. Kau rasa dia cikgu ke?" Ujar Aufa sambil memintal-mintal lengan bajunya.

"Aku rasa dia cikgu lah. Kalau dia bukan cikgu takkan dia perlu jumpa kawan ummi pulak." Ujar Syaza dengan gaya mengusap dagu. Mula dah nak jadi penyiasat Syaza.

"Haahlah aku pun rasa dia tu cikgu. Kalau betul dia tu cikgu mesti ramai murid akan tumpukan perhatian masa dia mengajar." Ujar Aralyn pula.

"Kalau betullah dia cikgukan aku harap sangat dia mengajar kita. Kalau dia ajar kita memang aku dengar aje apa dia ajar dan aku takkan tidur lagi dalam kelas. Aku takkan lepaskan peluang tu untuk ushar dia." Ujar Aufa bersemangat.

Syaza dan Aralyn menggelengkan kepala mereka serentak. Sahabat mereka ini tidak pernah mahu berubah dan ambil pengajaran dengan apa yang dah berlaku sebelum ini. Tidak serik agaknya kena tipu dengan lelaki yang dia cintainya dulu.

"Asal korang ni? Aku okay aje la. Tak payah nak risau sangat. Aku reti jaga diri aku sendiri dan aku takkan buat lagi perangai macam dulu. Ammar tu jenis tak kenang budi atas apa yang aku dah bagi kat dia dulu. Dahlah tak payah nak ingat sangat pasal mamat selanga tu. Kita pindah sekolah baru ni untuk happy-happy. Bukan nak ingat balik perkara yang menyakitkan tu." Ujar Aufa selamba sambil mendekati Syaza dan Aralyn lantas memaut bahu kedua-dua sahabat baiknya itu.

Aufa tahu Syaza dan Aralyn risau tentang dirinya itu. Dia pernah jatuh sakit sehingga di masukkan ke hospital kerana menangis terlalu lama. Dia pun tidak mahu perkara itu berlaku lagi. Dia tidak sepatutnya memberikan sepenuh hatinya kepada lelaki yang tidak reti menghargai dirinya itu.

Dia dulu terlalu naif dan mengikut apa sahaja kehendak Ammar ketika mereka berdua sedang harga bercinta. Syaza dan Aralyn banyak menasihati dia supaya jangan terlalu mengikut kehendak Ammar nanti menyesal tetapi dia tidak mendengari kata-kata sahabatnya itu. Aufa hanya buat tidak kisah akan nasihat sahabatnya itu.

Dan perkara yang tidak diingini akhirnya berlaku apabila Ammar bertindak untuk curang dengan dirinya dan bercinta dengan orang lain. Ammar tidak ikhlas untuk bercinta dengannya. Ammar hanya bercinta dengan Aufa kerana ingin menggunakannya sahaja. Semata-mata untuk duit sahaja dan untuk mendapatkan apa sahaja barang yang Ammar kehendaki.

Sejak daripada itu, Aufa berubah dan tidak mahu bercinta lagi. Aufa sudah serik dipermainkan. Aufa tidak naif lagi dan akan mempertahankan haknya. Aufa tidak berkawan dengan sesiapa lagi selain daripada sahabat baiknya itu Syaza dan Aralyn. Biarlah orang hendak kata dia sombong atau apapun. Dia tidak kisah lagi, dia sudah serik. Aufa tahu mereka semua hendak berkawan dengannya bukan ikhlas. Mereka hendak berkawan kerana duit Aufa sahaja.

Ketika Aufa sedang mengimbas kembali kenangan lamanya itu tiba-tiba dia terasa lengannya itu disiku lembut oleh seseorang. Aufa lantas memandang orang yang menyiku lengannya itu. Aufa membuat muka tidak puas hati apabila melihat sengihan tidak bersalah daripada Syaza.

"Apa kau nak? Kacau aje aku nak mengimbau kenangan masa lalu." Ujar Aufa tidak puas hati. Ada saja yang menganggu dia ketika dia sedang seronok termenung atau mengimbau kenangan lalu.

"Tak payah nak mengimbau sangatlah. Ummi dah panggil supaya kita ikut dia dan kawan dia tengok kawasan sekolah ni. Aku dengan Lyn dah tak sabar nak lawat kawasan ni. Jomlah." Ujar Syaza lantas menarik tangan Aufa supaya mengikut langkahnya dan Aralyn.

Aufa hanya mampu menggelengkan kepalanya dan mengikut sahaja langkah sahabatnya itu. Teruja bukan main lagi Syaza dan Arayn melihat kawasan sekolah itu. Dia juga seronok melihat sahabat-sahabatnya itu disekolah baru. Aufa harap dia tidak berpisah dengan Syaza dan Aralyn di kelas lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience