Aufa dan yang lain melawat kawasan sekolah tersebut tanpa pengawasan daripada Puan Sharifah Zaharah dan Puan Ilyana.
Mereka bertiga berjalan bersama-sama dan tanpa mereka sedari mereka telah menuju ke taman reakriasi sekolah tersebut.
"Wei Fa, besar gila taman ni wei. Kalau kena lari satu padang ni memang semput aku. Aku bukannya atlet macam kau orang berdua." Ujar Syaza sambil menggelengkan kepalanya membayangkan dirinya kena denda berlari satu taman ini.
"Tulah kau, setiap kali aku dengan Lyn ajak pergi taman jogging macam-macam alasan kau bagi kat kita orang. Sekarang padan muka kau. Kita orang doakan kau kena denda lari satu taman ni." Ujar Aufa dengan geram.
Aufa sangat geram dengan perangai sahabatnya yang satu itu. Bila Aufa dan Aralyn mengajak Syaza untuk pergi bersenam bersama-sama dengan mereka ada sahaja alasan yang Syaza berikan untuk mengelak dari pergi bersenam.
"Kau orang ni, doakan lah yang elok-elok untuk aku supaya tak kena denda. Ni doakan supaya aku kena denda pula. Jahatlah kau orang berdua ni." Ujar Syaza sambil mencebikkan bibirnya. Dia nak merajuk dengan sahabat-sahabatnya itu.
"Bibir kau tu tak payah nak memcebik sangatlah. Fikir cantik sangat ke kau buat macam tu? Aku tak fahamlah macam manalah along Aufa tu boleh jatuh cinta kat kau ni, Syaz. Dahlah malas bersenam. Kalau berat badan kau naik nanti jangan nak mengadu kat kita orang." Ujar Aralyn selamba.
Syaza terus membuat muka. Ingat dia apa. Kalau berat badan dia naik nanti tahulah dia nak bersenam nanti. Buat masa sekarang berat badan dia masih sama.
Aralyn ini sudah kenapa tarik nama Zaulan dalam hal dia yang malas bersenam. Berani Tengku Zaulan Ahmad nak curang dengan dia memang siaplah dia kena belasah teruk dengan Syaza.
"Kau ni dah kenapa nak kaitkan pasal aku tak bersenam dengan along Aufa pulak? Kau jealous eh?" Ujar Syaza mengusik Aralyn.
"Bukan kau seorang aje ada buah hati kesayangan aku pun adalah. Buat apa aku nak jeles dengan kau. Dia lagi handsome daripada buah hati kau tu, Syaz." Ujar Aralyn sambil membalas semula kata-kata Syaza yang sengaja menyakitkan hatinya itu.
Aufa hanya mendengar dan mengelengkan kepalanya apabila melihat pergaduhan kecil sahabat-sahabatnya itu. Dia melilaukan matanya memandang sekitar taman itu.
Ketika Aufa melihat sekeliling taman itu tiba-tiba matanya terpaku pada sesuatu arah yang menyebabkan dia tidak mengalihkan pandang dia pada tempat lain.
"Kau jangan nak takutkan aku lah Syaz. Meremang dah bulu roma aku ni. Adalah tu yang Fa tengok sampai tak berkelip mata dia tu. Kau ni Syaz, siang-siang buta ni mana ada benda tu." Ujar Aralyn tenang. Tetapi dalam hati hanya Allah yang tahu bertapa takutnya dirinya itu.
Syaza dan Aralyn serentak memandang Aufa yang sejak tadi mendiamkan diri dan memerhatikan sesuatu tempat tanpa mengerlipkan matanya.
"Wei Lyn, Fa pandang siapa tu sampai tak berkelip mata dia tu. Takkan nampak benda yang kita tak boleh nampak pulak? Seram aku!" Ujar Syaza sambil mengusap-usap lengannya itu.
Aufa masih merenung ke arah satu sudut yang bertentangan dengannya itu. Aufa ternampak lelaki yang berada di dalam bilik pengetua itu tadi.
"Siapa dia tu. Cikgu ke kat sekolah ni? Kalau cikgu kat sekolah ni memang aku akan selalulah dapat ushar dia kat sini. Seronoknya aku kat sekolah ni ada cikgu yang handsome macam dia tu." Ujar Aufa bahagia dalam hati.
Susah hendak dapat cikgu yang kacak mengajar di sekolah. Kalau ada pun kemungkinannya sudah pun berpunya sama ada sudah bertunang mahupun sudah berkahwin.
"Rasanya dia tu dah berpunya ke belum eh? Tak salah kut kalau aku nak ada perasaan kat dia dalam diam. Tak perlu heboh-hebohkan." Ujar Aufa dalam hati.
Ketika Aufa sedang bercakap dengan dirinya sendiri tiba-tiba dia terdengar seperti ada orang menegurnya. Dia memalingkan kepalanya menghadap orang yang memanggilnya. Dia memandang muka orang itu dan terkedu.
"Assalamualikum, awak pelajar baru kat sini ke?" Ujar lelaki tersebut sambil tersenyum manis.
Aufa terkedu dan tidak dapat mengeluarkan sepatah kata walaupun dia cuba untuk menjawab soalan lelaki tersebut.
Aufa berdeham perlahan sebelum menjawab soalan tersebut sambil teesenyum. Aufa dapat melihat sahabatnya yang di belakang lelaki tersebut tersengih-sengih mengetawakan dirinya yang gelabah itu.
"Waalaikumsalam, ya saya pelajar baru kat sini. Baru aje daftar tadi. Hmm... Cikgu dekat sini ke?" Tanya Aufa ramah. Kalau tidak nanti digelar sombong pula.
"Ya saya cikgu di sini. Nama saya Syed Aryan Iskandar. Boleh panggil saya Cikgu Aryan. Selamat berkenalan. Nama awak siapa ya?" Tanya Aryan dengan ramah.
"Nama saya Tengku Nurul Aufa. Boleh panggil saya Aufa. Cikgu pun baru jugak ke kat sini?" Ujar Aufa cuba untuk bertenang. Dalam hati hanya dia sahaja yang tahu bertapa gementar dirinya itu sekarang ini.
Mata Aufa mengerling pada sahabat-sahabatnya di belakang Syed Aryan Iskandar itu. Syaza dan Aralyn daripada tadi menahan gelak mereka daripada meletus keluar.
Syaza dan Aralyn pertama kali melihat muka Aufa bertukar merah padma selepas ditegur oleh cikgu yang telah menjadi pujaan hatinya dalam diam.
Muka cuak Aufa telah membuatkan Syaza dan Aralyn rasa seperti hendak membahan sahabatnya itu nanti. Mana boleh tidak membahan antara satu sama lain.
"Tidaklah lama sangat pun saya kat sini. Saya baru aje mula mengajar di sini 2 bulan lepas. Sekejap saya rasa saya macam pernah jumpa awak sebelum ni." Ujar Aryan sambil tangan mengusap-usap dagunya yang bersih itu.
Aufa sudah cuak. Ah sudah! Jangan dia ingat kenangan yang memalukan masa dia datang temu duga untuk masuk ke sekolah sini sudah. Sudahlah masa itu Syaza dan Aralyn seronok mengetawakan dirinya itu sebab terjatuh.
"Awak yang jatuh tangga bergolek itu kan? Yang kawan-kawan awak gelak-gelakkan tu kan? Betul tak?" Ujar Aryan selamba tanpa memandang wajah Aufa yang sudah bertukar warna itu.
Bila teringat balik Aufa rasa macam hendak menyorokkan mukanya itu di dalam tong sampah. Macam mana dia boleh terlupa yang cikgu itu nampak dia jatuh macam nangka busuk dekat tangga itu.
Aufa menjeling tajam ke arah sahabatnya itu yang sedang gelak terbahak-bahak di belakang Syed Aryan Iskandar itu. Ada ke patut masa itu mereka berdua tidak menolong dia. Syaza dan Aralyn lagi seronok mengetawakannya lagi adalah.
Apabila Aryan perasan akan perubahan pada muka Aufa terus dia menukar topik dan melihat jam di pergelangan tangannya itu.
"Eh, tak apalah. Saya dah lambat nak masuk kelas. Saya pergi dulu. Seronok dapat berjumpa dengan awak. Nanti kita berborak lagi. Assalamualikum." Ujar Aryan sambil tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit yang dalam dan berlalu pergi.
"Waalaikumsalam." Ujar Aufa selepas Aryan sudah jauh daripada dia. Aufa tersenyum suka selepas melihat seyuman manis daripada cikgu tersebut. Aufa memegang dadanya sambil berkata,
"I think I fall in love with him."
Share this novel