Aufa, Syaza dan Aralyn memulakan persekolahan mereka agak lewat daripada pelajar yang lain. Mereka bertiga berjalan bersama-sama untuk masuk ke dalam kelas yang telah ditetapkan.
"Wei Fa, betul ke kelas ni? Jangan-jangan kita dah sesat. Dahlah sekolah ni besar kau jangan macam-macam Fa." Ujar Syaza dalam keadaan binggung dan ketakutan.
"Betullah ni. Bukan ke tadi Puan Ilyana suruh kita jalan terus aje tak payah nak belok-belok pergi mana-mana." Ujar Aufa tenang. Tetapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu.
Aufa, Syaza dan Aralyn meneruskan sahaja perjalanan mereka mencari kelas mereka. Mereka bertiga terpinga-pinga seperti rusa masuk kampung.
"Fa.... Syaz... aku rasakan lebih baik kita tanya orang daripada kita bertiga sesat macam ni. Aku takut. Kang entah ke mana-mana kita pergi nanti." Ujar Aralyn cuak. Dia tidak mahu sesat pada hari pertama mereka bertiga di sini.
"Kita nak tanya siapa? Kat sini tak ada siapa-siapa. Okay, korang berdua rileks aku try cari orang untuk tolong kita." Ujar Aufa tenang. Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan yang sedang kelam-kabut itu.
Aufa, Syaza dan Aralyn memandang sekitar kawasan tersebut mana tahu jumpa seseorang yang boleh membantu mereka bertiga mencari kelas mereka.
Ketika mereka bertiga sedang meninjau tiba-tiba Syaza ternampak seorang cikgu yang sedang berjalan di kawasan itu.
Syaza memanggil Aufa dan Aralyn untuk menunjukkan ada seseorang cikgu yang sedang melalui kawasan itu. Syaza menyuruh Aufa untuk menegur orang itu.
"Asal aku pulak, kau yang nampak diakan. Kau lah yang pergi tegur dia. Tak nak aku." Ujar Aufa sambil menyilangkan tangannya di dada. Saja buat begitu. Kalau tidak sampai bila Syaza dan Aralyn hendak berharap pada dia saja.
"Ala Fa, kaukan berani tak macam aku dengan Lyn. Kitorang pemalu dengan orang, kau peramah orangnya." Ujar Syaza selamba sambil menayangkan sengihan tidak bersalahnya itu.
Aufa mengeluh dan mengeleng-gelengkan kepalanya itu. Susahnya lahai dapat sahabat baik yang pemalu tahap entah apa-apa ni. Aufa terpaksa juga menegur orang tersebut.
"Tumpang tanya, kat mana kelas 4 Badadari ya? Saya dan lagi dua orang sahabat saya baru masuk ke sekolah hari ni." Ujar Aufa sambil menundukkan kepalanya tidak memandang orang yang dia bertanyakan itu.
"Aufa?" Ujar seseorang dengan nada terkejut.
Terangkat sebelah kening Aufa apabila mendengar orang itu menyebut namanya. Dan Aufa rasa seperti pernah mendengar suara orang yang menegurnya itu.
Aufa mengangkat kepalanya dan memandang orang yang menyebut namanya itu. Apabila mata mereka bertentangan, Aufa terkedu.
"Cikgu Aryan kan?" Ujar Aufa sambil tersenyum manis. Rasa macam sudah lama tidak berjumpa.
"Ya, betul. Aik, takkan awak dah lupa saya pula. Kita baru aje berjumpa minggu lepas." Ujar Aryan pelik. Cepat betul Aufa lupakan dia.
Aufa tersenyum malu sambil mengosok belakang lehernya yang dilapik oleh tudung yang dipakainya itu.
"Mana ada saya lupa cikgu. Saya hanya nakkan kepastian betul ke ni cikgu." Ujar Aufa malu.
Syaza dan Aralyn yang berada di hujung sana sabar menunggu Aufa menanyakan tentang kelas. Tetapi Aufa tidak juga datang-datang kepada mereka.
"Apa yang lama sangat Aufa tu. Dia tengah tanya soalan atau tengah mengurat cikgu tu? Mentang-mentanglah cikgu tu cikgu lelaki." Ujar Syaza selamba. Syaza ini kalau bercakap memang main lepas saja. Tak ada nak ditapisnya itu. Semua dia sembur.
Aralyn menggelengkan kepalanya. Sahabat dia yang seorang ini memang tidak reti nak sabar. Ada saja yang dia ingin katakan. Tapi ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Syaza. Apa yang lama sangat Aufa itu bertanyakan soalan.
"Apa kata kita pergi sana tengok Aufa. Aku risau pulak tengok Aufa lama sangat kat situ. Apa yang dia buat dengan cikgu tu."
Syaza menganggukkan kepalanya. Bersetuju dengan cadangan Aralyn. Memang lama betul Aufa ada dekat sana, Apalah yang dia buat sampai lama sangat.
Ketika dalam perjalanan Syaza dan Aralyn arah Aufa mereka terdengar suara Aufa yang sedang bergelak ketawa itu. Syaza dan Aralyn berpandangan antara satu sama lain. Mereka tidak salah dengarkan.
Syaza dan Aralyn meneruskan perjalanan mereka sampai ke Aufa. Syaza dan Aralyn dapat melihat dengan jelas bahawa Aufa sedang bergelak ketawa dengan lelaki tersebut.
Apabila sudah berada disisi Aufa, Syaza dan Aralyn dapat melihat dengan jelas rupa cikgu yang Aufa gelak ketawa bersama itu.
"Eh, Cikgu Aryan kan? Betul tak?" Ujar Syaza apabila sudah berdiri di sisi Aufa.
Aufa memalingkan mukanya menghadap orang yang berada di sisinya itu. Aufa terus menayangkan muka terkejutnya. Dia terlupa akan lagi dua orang sahabatnya itu. Itulah seronok sangat berbual dengan Aryan sampai lupa kehadiran Syaza dan Aralyn.
"Haah, ya saya. Lah, kamu berdua pun lupa saya juga ke? Muda-muda lagi dah cepat lupa." Ujar Aryan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya itu.
Syaza dan Aralyn tersenyum bersalah. Iyalah, macam manalah mereka berdua boleh terlupa cikgu yang sudah mendapat nama di dalam hati sahabat baiknya itu. Syaza dan Aralyn menjeling Aufa.
Aufa mengangkat keningnya apabila mendapat jelingan daripada dua sahabat baiknya itu.
"Dah, aku dah tanya dah kat Cikgu Aryan kat mana kelas 4 Bidadai. Kau orang yang lambat sangat datang." Ujar Aufa selamba.
Syaza dan Aralyn memandang Aufa tidak puas hati. Aufa yang tidak panggil mereka berdua nak salahkan dia orang pula.
"Dah, tak payah nak pandang macam tak makan setahun. Jom, saya bawak awak bertiga pergi kelas. Nasib baik kamu bertiga berjumpa dengan saya. Kalau tidak, pandai-pandailah kamu bertiga cari sendiri." Ujar Aryan sambil berjalan di hadapan mereka bertiga.
Aryan rasa tidak sopan pula apabila dia seorang sahaja lelaki yang ada di situ dan berjalan di belakang mereka. Dia lelaki manakala lagi tiga itu perempuan. Dia sebagai seorang lelaki sepatutnya berada di hadapan bukannya di belakang.
Mereka bertiga merasa cangung apabila suasana menjadi sunyi sepi. Jadi, mereka bertiga memutuskan untuk memulakan bicara mereka dengan Aryan.
"Cikgu dah lama ke mengajar kat sekolah ni?" Soal Aufa. Dia perlu menanyakan soalan bagi menghilangkan suasana yang sunyi.
Aryan tersentak apabila mendengar soalan yang datang secara tiba-tiba apabila dia sedang termenungkan sesuatu. Aryan menggelengkan kepalanya.
"Saya baru aje mengajar kat sini. Dalam 6 bulan jugak. Saya start mengajar kat sini bulan 7 tahun lepas." Ujar Aryan menjawab soalan Aufa sambil berjalan.
"Best tak mengajar kat sekolah ni? Masa cikgu awal-awal datang sini mesti sesak jugak macam kita orangkan. Iyalah sekolah ni kan besar." Soal Syaza pula.
Aryan hanya tersengih. Memang betul pun Aryan pernah sesat dulu masa pertama kali datang sekolah ini.
"Nak kata best tu, bestlah jugak. Tapi, biasalah penat sikit mengajar budak sekolah rendah." Ujar Aryan sambil mengosok belakang tengkuk.
Mereka berjalan sambil berborak dan bertanyakan bermacam-macam soalan sehingga tidak sedar akan mereka hampir sampai ke kelas yang mereka cari. Aryan pun berhenti berjalan apabila sudah sampai ke destinasi yang dituju.
"So, inilah kelas kamu bertiga. Kita dah sampai ke destinasi. Belajar elok-elok tau. Saya pergi dulu." Ujar Aryan.
Aufa, Syaza dan Aralyn mengucapkan terima kasih sebab dah membawa mereka bertiga ke kelas.
Aryan menganggukkan kepalanya dan terus berlalu pergi.
"Sampai juga ke kelas kita. Nasib baik ada Cikgu Aryan tadi tolong kita. Kalau tak, sampai ke sudah kita tak jumpa." Ujar Aralyn.
Aufa dan Syaza menganggukkan kepala menandakan mereka setuju dengan apa yang Aralyn katakan.
"Dah, jomlah masuk. Kita dah lambat dah ni." Ujar Syaza.
Aufa dan yang lain, sama-sama membaca Bismillah dan melangkah masuk ke dalam kelas mereka bertiga. Maka, bermulalah penceritaan baru mereka di sekolah baru.
Share this novel