"Jadi, macam mana kamu bertiga? Okay tak selesa tak kamu bertiga nak sekolah di sini? Kalau kamu bertiga setuju ummi uruskan tentang hal perbadi kamu bertiga." Ujar Puan Sharifah Zaharah yang sedang berjalan ke arah mereka bertiga bersama Puan Ilyana pengetua sekolah tersebut.
Aufa, Syaza dan Aralyn saling pandang antara satu sama lain. Mereka berbincang melalui isyarat yang hanya mereka bertiga sahaja yang faham.
"Fa, Syaz dan Lyn apa yang saling pandang memandang antara satu lain ni. Ummi tanya ni korang okay tak sekolah ni? Kalau ok ummi terus procced aje dengan kau orang bertiga punya borang kemasukkan ke sekolah ni.
"Kita orang ok aje ummi. Kita orang bertiga dah tengok sekeliling sekolah ni dan kita orang rasa selesa untuk belajar kat sekolah ni. Betul tak syaz dengan Lyn?" Soal Aufa kepada kedua-dua sahabatnya itu.
Syaza dan Aralyn serentak menganggukkan kepala mereka menandakan mereka setuju dengan keputusan yang diberikan oleh Aufa.
"Okaylah kalau macam tu. Ummi terus procced aje. Jangan nanti bila ummi dah isi korang punya detail dalam borang sekolah ni nanti korang mulalah cakap 'ummi nanti dulu bagi kita orang buat solat istikharah dulu' memang nak kena cepuk dengan ummi tau." Ujar Puan Sharifah Zaharah tegas.
Aufa, Syaza dan Aralyn hanya menayangkan sengihan mereka bertiga. Mereka bertiga tahu apa yang dimaksudkan oleh Puan Sharifah Zaharah itu.
Mereka bertiga pernah meminta untuk berpindah sekolah dahulu tetapi tidak sampai tiga hari mereka minta untuk pindaah masuk sekolah lama semula.
"Ala ummi, itu dulu sebab sekolah tu tak sesuai dengan citarasa kita orang bertiga sebab tu minta pindah balik. Sekarang ni, kita orang bertiga okay sebab menepati cita rasa kami bertiga." Ujar Syaza dengan muka tidak bersalahnya.
Aufa dan Aralyn tertawa melihat muka Puan Sharifah Zaharah selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Syaza itu.
Puan Sharifah Zaharah menggelengkan kepalanya dengan telatah kawan-kawan anaknya itu. Tidak pernah hendak mengambil serius dengan apa yang dia katakan.
"Kalau macam tu, tak apalah. Nanti jangan nak bising apalah. Kalau kau orang mnegadu kat ummi kata sekolah ni tak best, siap kau orang. Ummi takkan layan lagi permintaan kau orang." Ujar Puan Sharifah Zaharah lagi sambil membulatkan matanya.
Aufa dan yang lain menganggukkan kepala mereka dengan laju bermakna mereka betul-betul bersetuju hendak bersekolahan di sini.
"Jadi sekarang ni ummi nak daftarkan nama kau orang bertiga kat dalam pejabat. Ada nak pergi mana-mana lagi ke tempat yang kau orang bertiga tak teroka?" Soal Puan Sharifah Zaharah.
Aufa dan yang lain menggelengkan kepala mereka. Rasanya semua tempat mereka sudah pergi dan terokai. Kalau hendak terokai lagi mungkin kemudian. Sekolah ini besar penat pula rasanya hendak terokai sekolah ini dalam satu hari.
"Okaylah kalau macam tu. Aufa dengan yang lain pergi kat bangku sana duduk situ. Tunggu kat sana sampai ummi keluar. Jangan pergi mana-mana. Kalau kau orang bertiga tak ada kat situ ummi tinggal kau orang. Ummi balik sorang-sorang." Ujar Puan Sharifah Zaharah.
"Ya ummi, kita orang tunggu ummi kat sini. Lagipun kita orang penat nak jalan-jalan lagi. Sekolah ni besar. Kalau kita orang nak jalan pun mungkin nanti bila kita orang dah start sekolah kat sini." Ujar Aralyn sambil sengih menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapinya itu.
Puan Sharifah Zaharah menggelengkan kepalanya. Ada sahaja jawapan yang mereka hendak jawab. Perangai mereka bertiga itu sama sahaja macam kembar tiga sahaja.
Puan Sharifah Zaharah dan Puan Ilyana terus meninggalkan mereka bertiga dan berlalu pergi ke pejabatnya untuk mengisi borang maklumat peribadi pelajar.
"Wei, Fa. Apa yang kau dengan cikgu handsome tu borakkan? Nampak macam senang aje kau nak rapat dengan cikgu tu nanti. Jangan cakap kau dah fall in love dengan cikgu tu Fa. Kau jangan nak macam-macam kat sekolah baru ni." Ujar Syaza tidak senang hati dengan sahabatnya itu.
Aufa hanya menayangkan sengihan sahaja. Dia tidak akan menceritakan apa yang sudah terjadi tadi. Dia sangat suka berbual dengan cikgu yang dia baru sahaja kenal tadi. Bagaikan ada rama-rama yang berterbangan di dalam perutnya itu.
"Woi! Aku cakap dengan kau ni. Boleh pulak dia termenung sambil tersengih sorang-sorang. Apa yang dah rasuk kau ni Aufa?" Tanya Syaza yang tidak puas hati.
Aufa tersentak. Aufa memandang Syaza tidak puas hati. Orang tengah seronok termenung dia kacaulah pula. Aralyn hanya senyum dan mengelengkan kepalanya melihat telatah sahabat baiknya itu. Ada sahaja benda yang mereka hendak gaduhkan.
"Diamlah kau. Sibuk aje nak tahu apa yang aku dengan cikgu tu borak. Kenapa jeles ke cikgu tu tak tegur kau?" Saja Aufa hendak mencari gaduh dengan sahabatnya yang seorang itu.
Ketika mereka berdua sedang bergaduh mulut, tiba-tiba sahaja Aralyn jadi pendiam dan kejung dan memandang seseorang yang sedang berjalan ke arah mereka bertiga.
"Wei Lyn, asalkan kau berdiri kejung kat situ. Asal diam aje selalunya kau pun membebel kat Aufa ni." Ujar Syaza selamba tanpa memandang ke arah Aralyn. Dia tidak mengetahui ada orang lain yang sedang berjalan ke arah mereka.
"Hai, Aufa kan nama awak tadi? Sorry tak dapat berborak lama tadi. Ada kelas tadi lepas tu hantar buku dekat dalam pejabat guru lagi." Tegur Aryan sambil tersenyum manis. Aryan berdiri di hadapan Aufa.
"Hai cikgu. Eh, tak apa saya faham. Lagipun cikgukan, CIkgu. Biasalah tu sibuk nak buat kerja. Ni cikgu dah tak busy ke?" Tanya Aufa. Nanti tidak pasal-pasal kena panggil dengan pengetua sebab borak dengan pelajar baru.
Syaza yang tadi membebel tidak tentu pasal terus terdiam dan terkejung di situ. Itulah lain kali kalau nak cakap pasal orang pandang dulu kiri dan kanan. Kan tidak pasal-pasal orang yang dia mengata berada di hadapannya itu sekarang.
Aralyn menayangkan senyuman sinis kepada Syaza. Kan dah terkedu sahabatnya itu disitu. Itulah siapa suruh mengumpat orang tu.
"Siapa dia orang bertiga? Awak tak nak kenalkan kat saya ke? Dia orang pun pelajar baru macam awak?" Tanya Aryan.
Aufa ketawa mendengar soalan bertubi-tubi keluar daripada cikgu barunya itu.
"Ni saya kenalkan dua orang ni sahabat baik saya daripada kecil. Sebelah kanan saya ni Tengku Syaza Aralin dan yang sebelah kiri saya ni pula Tengku Aralyn Sophea." Ujar Aufa.
Aufa mengenalkan mereka satu persatu. Syaza dan Aralyn menganggukkan kepala mereka apabila Aufa menyebut nama mereka.
Aryan mendengar nama mereka dengan teliti dan senyum ke arah Syaza dan Aralyn apabila Aufa menunjuk ke arah mereka.
"Hai, assalamualikum. Nama saya Syed Aryan Iskandar. Kamu berdua boleh panggil saya Cikgu Aryan. Nice to meet you two." Ujar Aryan dengan senyuman yang mampu membuat pelajar cair melihatnya.
Muka Syaza dan Aralyn bertukar menjadi merah padma selepas melihat senyuman itu.
Aufa berkata dalam hati.
"Soft-spokennya cikgu ni. Jangan buat saya terjatuh hati dengan cikgu."
Share this novel