Pada keesokkan harinya, Aufa mengajak Syaza dan Aralyn untuk berjumpa di Starbuck Cafe di Plaza Suite untuk berbincang tentang sekolah baru yang bakal mereka masuk.
"Mana dia orang ni lambat betul." Ujar Aufa sambil mengeluh. Dia mengerling jam di tangannya. Dah lima belas minit dia berada di dalam kafe itu. Kalau mereka berdua masih tidak munculkan diri juga mahu dia keluar daripada kafe tersebut.
Ketika Aufa sedang menghirup airnya tiba-tiba dia terdengar seperti namanya dipanggil. Aufa memalingkan muka untuk melihat ke belakang dan terlihat kedua-dua sahabatnya sedang berlari anak mendekatinya.
"Weyh, sorry ah kita orang lambat. Ni si Syaz buat hal pulak." Ujar Aralyn dengan muka bengang.
Syaza tersengih tanpa rasa bersalah. Mana si Aralyn ini tidak bengang kerana ketika Aralyn sampai dirumahnya tiba-tiba sahaja perutnya buat hal dan meragam.
Nasib baik kenderaan yang membawa Aralyn datang ke rumahnya itu pemandu peribadinya kalau abangnya mesti mahu sahaja kena berleter sebab lambat.
"Kenapa? Apa yang berlaku sampai muka kau bengang sangat ni Lyn? Kau buat apa Syaz sampai Lyn marah?" Ujar Aufa tenang. Dia tidak mahu sahabat-sahabatnya itu membuat perangai dalam kafe ini.
"Si Syaz nilah, bila aku dah sampai rumah dia bukannya nak siap awal-awal. Masa aku sampai tu jugalah perut dia buat hal nak meragam sakit perutlah apa. Nasib baik aku naik driver aku kalau abang aku confirm kena bebel." Ujar Aralyn sambil mencebikkan bibirnya.
Aufa mengelengkan kepalanya melihat telatah Syaza itu. Macamlah dia tidak tahu perangai selamba si Syaza itu.
"Sorrylah, bukan aku sengaja nak buat kau tunggu aku. Tapi tadi perut aku betul-betul meragam." Ujar Syaza.
"Dah-dah dekat sini pun nak bergaduh ke? Tak payah nak gaduh sangat hal kecik je tu." Ujar Aufa cuba meleraikan pergaduhan kecil antara Syaza dan Aralyn itu.
"So, benda apa yang penting sangat kau nak bincangkan sangat dengan kita orang ni?" Ujar Syaza dengan penuh rasa teruja.
"Haah, apa yang penting sangat tu sampai tak boleh nak bincang esok? Kau kacaulah aku nak tengok K-drama." Ujar Aralyn sambil menjeling tajam ke arah Aufa tanda tidak puas hati.
"Macam ni, ummi dengan walid aku dah jumpa sekolah baru untuk kita bertiga. Jadi tak payah lagi kita semua nak fikir cari sekolah baru." Ujar Aufa dengan begitu semangat dan ceria sekali.
"Seriuslah Aufa! Wah, kalau macam tu aku tak payahlah pening-pening kepala lagi. Bolehlah aku tidur sepuas hati aku." Ujar Syaza sambil tersengih.
Aufa mengelengkan kepalanya apabila mendengar Syaza berkata begitu. Si Syaza ini apabila ada masa lapang sahaja mesti dia mengisi masa lapangnya itu dengan perkara yang tidak berfaedah iaitu tidur.
"Kau ni kan Syaz kerja tidur aje. Cuba buat benda faedah sikit. Kau ni tahun depan kita dah tingkatan 4 lepas tu dah tingkatan 5. Spm wei spm!!" Ujar Aralyn dengan muka menahan bengang.
"Ala, rileks lah Lyn yang kau nak emo sangat ni kenapa? Kau tengah PMS ke apa ni?" Ujar Syaza dengan selamba.
Muka Aralyn dah merah menyala menahan malu dan marah. Mulut Syaza ini memang tidak ada insurans langsung cakap main lepas sahaja. Tidak tengok kiri kanan.
Aufa menahan gelaknya yang hampir tersembur itu. Dia tidak mahu gelak kerana tahu itu akan lebih memburukkan keadaan sahabatnya itu.
"Wei, kau orang ni pun. Takkan dekat sini pun nak bergaduh ke? Malulah sikit, sini tempat orang shopping bukan tempat gaduh." Ujar Aufa tenang. Kalau tidak habis mereka berperang mulut dekat sini. Malu orang tengok.
"Kau tengoklah Syaz ni. Aku rasa nak belasah aje minah ni kat sini. Sakitnyalah hati aku dengan dia ni." Ujar Aralyn sambil menyising lengan baju sehingga ke siku.
Aralyn ini tidak boleh buat main. Kalau betul dia kata dia hendak belasah orang dia akan buat sungguh. Jadi lebih baik Aufa kawal sebelum berlaku pergaduhan.
"Apa nak pukul aku? Mehlah pukul ada aku takut? Aku tak kisahlah. Ala setakat kau nak tumbuk aku tak kisahlah tak sakit pun." Ujar Syaza cuba memprovok kemarahan Aralyn.
Aralyn sudah tidak mampu menahan kemarahannya lagi dan sikit lagi hampir di hadapan Syaza dan mahu menumbuknya. Tapi Syaza bernasib baik kerana Aufa sempat menahan Aralyn.
Aufa berdiri di tengah-tengah menahan Syaza dan Aralyn. Aufa mengelengkan kepalanya melihat telatah kedua-dua sahabat baiknya itu. Syaza tidak habis-habis memprovok kemarahan Aralyn dan nasib baik penumbuk Aralyn tidak sampai ke muka Syaza.
"Sudah! Kau orang ni tak malu ke hah? Macam budak-budak saja nak bergaduh kat sini? Orang yang lalu lalang semua pandang tau tak?!" Ujar Aufa tegas. Dia menahan malu dengan kedua-dua sahabatnya yang macam budak-budak itu.
"Sorry." Ujar Syaza dan Aralyn serentak.
Aufa menganggukkan kepala.
"Dah jom kita pergi shopping. Tak payah nak stres-stres sangat. Kita datang sini nak happy bukan nak stress. Tak nak gaduh-gaduh lagi. Cuba senyum baru cantik. Ni masam aje muka aku tengok. Dah macam tempoyak dah aku tengok." Ujar Aufa sambil tersengih.
Syaza dan Aralyn sudah memandang muka tidak puas dan bengang. Muka mereka berdua dah macam gunung berapi dah nak meletus dah.
Aufa tersengih tanpa rasa bersalah sedikit pun. Lebih baik Aufa berlalu pergi sebelum namanya disebut dengan kuat. Aufa berlalu pergi tanpa berpaling sedikit pun ke belakang sebelum mendengar namanya disebut kuat oleh kedua-dua sahabat baiknya itu.
"Aralyn!!" Jerit Syaza dan Aralyn serentak.
Aufa tergelak sepanjang dia berjalan dan meninggalkan kedua-dua sahabat baiknya itu.
.
.
.
.
"Ummi, bila adik balik daripada asrama? Dah lama tak jumpa dengan adik. Rasa rindu pulak dengan dia." Ujar Aufa bersahaja.
Tengku Zaulan datang dan duduk di sebelah aku yang berangkai tiga itu. Dia datang bersama dengan Encik Azlan. Encik Azlan duduk di sofa berangkai satu itu.
"Ala kau ngah, kau bukan rindu nak jumpa dia tapi kau rindu nak gaduh dengan dia aje kan." Ujar Tengku Zaulan dengan senyuman sinis.
"Ala kau ni long, tak reti simpan rahsia ah. Mulut murai betul. Bukan aku sorang je suka cari gaduh dengan adik. Kau pun sama je dengan aku." Ujar aku tidak puas hati.
Tengku Zaulan ini ada sahaja cara hendak cari gaduh dengan aku. Dia sahaja menunduh aku suka cari pasal dengan adik bongsu aku tapi dia pun sama sahaja.
"Dah-dah asyik nak bergaduh aje kau orang ni bila berjumpa. Along dengan angah sama saja perangai tu. Entah bila nak berhenti kacau dan cari fasa dengan adik pun walid tak tahulah." Ujar Encik Azlan.
Encik Azlan mengelengkan kepala ada saja cara mereka berdua nak kacau adik bongsu mereka itu. Sampai menangis Ayffa dikerjakan abang dengan kakaknya itu.
"Hehe. Best dapat buli adik tu walid. Budak cengeng tapi nak juga duduk asrama. Tiap-tiap malam call. Kata nak balik." Ujar Aufa tidak puas hati.
Ayffa budak paling manja dan paling cengeng tapi ada hati hendak duduk asrama. Kena tengking sikit saja dah meleleh air mata.
Bila tanya kenapa pilih sekolah yang berasrama penuh. Jawapan dia nak cari pengalaman. Ceh!
"Minggu adik baliklah tu rumah. Dia pun dah sabar sangat nak balik. Dia kata dia rindu dekat abang dengan kakak dia ni." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil menonton televisyen. Daripada tadi dia mendengar perbualan anak-anak dengan suaminya.
"Yeah! Nanti kita boleh buli adik long." Ujar Aufa dengan gembira.
"Yea! Along setuju!" Ujar Tengku Zaulan.
Mereka berhigh five sambil tergelak. Macam-macam idea nakal mereka timbul dalam otak mereka.
"Sayang, tengok anak-anak tu ikut perangai awaklah tu kuat menyakat." Ujar Encik Azlan.
"Eh, abang la siapa dulu kuat menyakat saya. Siap letak katak dalam kasut saya semata-mata nak jadi hero." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil menjeling manja kepada Encik Azlan.
"Yang, janganlah ungkit malu saya." Ujar Encik Azlan muka dah berubah merah menyala menahan malu.
Gamat ruang tamu itu dengan gelak ketawa Puan Sharifah Zaharah, Tengku Zaulan dengan Aufa.
Share this novel