Aufa melangkah masuk ke dalam bilik khas itu. Bilik khas itu untuk adik-beradiknya belajar atau bekerja tanpa mahu diganggu oleh sesiapa. Di ruangan bilik tersebut mempunyai komputer riba. Encik Azlan memletakkan komputer riba di dalam bilik itu untuk kegunaan semua orang. Tetapi orang yang selalu melangkah masuk ke bilik itu adalah Aufa seoraang sahaja. Yang lain tidak menggunakkannya sangat melainkan ada benda penting yang hendak dilakukan.
"Dah lama aku tak menjejakkan kaki ke dalam ni. Aku selalu masuk ke dalam bilik ni masa aku tengah bercinta dengan Ammar. Disebabkan tak nak ummi dengan walid dengar apa yang kita orang berbual sanggup masuk bilik ni. Mesti ummi dengan walid terasa hati dengan kelakuan aku dulukan." Ujar Aufa sebak. Dia tahu dia begitu kurang ajar dan biadap ketika bercinta dahulu. Dia merasa sangat bersalah akan kekhilafan dirinya itu.
Apabila Aufa mengingatkan balik semua kenangannya yang dulu telah membuatkan air matanya menitis laju tanpa mahu berhenti. Dia rasa sangat berdosa kerana memperlaku sebegitu kepada orang tuanya itu. Di sebabkan seorang lelaki sahaja dia berubah seratus peratus.
Aufa tidak mahu mengingati lagi kisah lama hidupnya itu. Dia menyeka air matanya yang menitis dengan kasar. Dia harus berazam untuk menjadi yang lebih baik dan berubah ke arah kebaikan. Aufa tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia sudah berubah dan insaf.
"Ish! kau ni Aufa tak payah nak sedih-sedihlah dalam ni. Kau masuk dalam bili ni sebab video call dengan Syaz dan Lyn bukan untuk kau kenang masa lalu kau." ujar Aufa dalam hati. Dia terus ke meja belajar dan membuka komputer riba untuk membuka Google Meet untuk membuat video call dengan sahabat baiknya itu. Setelah semua online Aufa terus menyerbu mereka.
"Wei, asal kau nak jumpa kita orang kat sini. Esok bukannya tak boleh nak jumpa perlu ke nak video call semua ni, gila?" ujar Syaza tidak puas hati. Aufa ini menganggu sahaja dia hendak beradu.
"Tak boleh! Benda ni penting sangat untuk kita bertiga. Minggu depan kita semua dah boleh daftar sekolah baru. Tak perlu tunggu seminggu untuk dapat keputusan kita dapat sekolah baru ke tak." ujar Aufa ceria. Aufa menayangkan senyuman lebar sehingga ke telinga.
"Wei, biar betul! Cepat betul. Bukan dia ada prosedur ke nak masuk sekolah baru? Selalunya amik masa seminggu lebih nak terima kemasukkan pelajar baru. Kau ni biar betul, kalau nak tipu aku dengan Syaz pu agak-agaklah." Ujar Aralyn dengan pelik. Aralyn dan Syaza tidaklah berapa bodoh sangat untuk mempercayai bulat-bulat cakap Aufa itu.
"Syaz dan Lyn kau tengok muka aku sekarang, nampak macam aku main-main ke dengan kata-kata aku tadi? Aku serius lah sekarang ni. Sebab apa sekolah tu cepat terima kita bertiga sebab itu sekolah kawan ummi aku." Ujar Aufa sambil mendengus. Susah betul ada kawan yang susah percaya dengan apa sahaja yang keluar daripada mulut Aufa ini.
"Woi, serius lah! Yeah, bestnya dapat sekolah cepat. Tak adalah aku macam orang bodoh duduk dekat rumah semata-mata nak tunggu masuk sekolah baru. Terbaiklah Aufa. Aku sayang kau." Ujar Syaz dengan sengihan yang menampakkan giginya yang tersusun rapi.
Aufa hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah sahabat-sahabat baiknya itu. Seronok betul mereka macam hendak pergi bercuti luar negara padahal hendak pindah masuk sekolahj baru sahaja. Ketika Aufa terpandang Syaza dia teringatkan sesuatu yang menyebabkan Aufa tersenyum sinis.
"Tengku Syaza Aralin... kau ada rahsiakan apa-apa ke dari aku dengan Lyn? Tak nak kongsi apa-apa ke Syaz?" Ujar Aufa sinis.
Aufa melihat riak muka Syaza sudah berubah. Muka Syaza pucat lesu takut. Aufa mengelakkan Syaza di dalam hati. Dia tidak tahan melihat muka Syaza seperti ayam berak kapur.
"Fa, kau dah tau ke apa yang jadi sebenarnya?" Ujar Syaza takut-takut.
Aufa menayangkan senyuman sinisnya itu. Aralyn merasa pelik melihat kelakuan kedua-dua sahabat baiknya itu. Macam ada sesuatu perkara yang dia tidak tahu.
"Kau orang ni apa benda ni? Jangan buat aku pening la. Syaz kau rahsiakan apa daripada aku dengan Aufa? Aufa kau macam tau sesuatu yang aku tak tahu." Ujar Aralyn. Aufa dengan Syaza ini buat macam dia tiada dekat situ.
"Syaz, baik kau mengaku sendiri sebelum aku bongkarkan apa yang kau rahsiakan selama ni daripada aku dan Lyn." Ujar Aufa tenang.
Syaza mengeluh maknanya rahsia dia simpan selama ini sudah pun terbongkar. Yalah, mana tidak terbongkar kalau dah Syaza bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri.
"Lyn dan Fa aku nak bagitahu korang sesuatu ni. Tapi aku tahu mesti Aufa dah tahu terlebih dulu pasal benda ni. Tapi aku akan bagitahu juga sebab Lyn tak tahu apa-apa." Ujar Syaza gementar. Dia berharap Aralyn dan Aufa dapat terima berita yang dia nak sampaikan.
Syaza menarik nafas dalam-dalam. Dia mengenggam tangannya sendiri kerana tangan dia menggeletar teruk. Macam buat salah yang besar saja.
"Lyn aku sebenarnya tengah bercinta dengan abang Aufa." Ujar Syaza sambil menundukkan kepala.
"WHAT!!? Sampai hati kau tak bagitahu kat kita orang. Fa, kau pun dah lama ke tau psl ni?" Ujar Aralyn.
"Aku pun baru semalam ummi aku terlepas cakap kalau tak aku pun tak tahu pasal benda ni. Sampai hati kau tak bagitahu kita orang. Kita orang ni sahabat kau." Ujar Aufa sedikit tegas. Dahlah abang dia tak bagitahu adik dia sahabat dia pun tak bagitahu dia.
"Aku bukan tak nak bagitahu kau orang. Aku takut persahabatan antara aku dengan Aufa terputus." Ujar Syaza dengan air mata mengalir ke pipi. Dia begitu sayangkan persahabatan ini.
Syaza sangat sayangkan hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka bertiga.
Mereka bertiga sudah bersahabat daripada mereka di tadika lagi. Sebab itu Syaza amat sayangkan hubungan persahabatan itu.
Mereka bertiga sudah berjanji untuk memberitahu apa sahaja yang berlaku di antara mereka bertiga. Tidak kisahlah sedih mahupun gembira harus di kongsi bersama-sama.
"Aku bercinta dengan abang Aufa bukan dengan orang lain. Abang sahabat baik sendiri kut. Aku tak nak sebabkan benda ni aku, kau dengan Aufa berpisah." Ujar Syaza berhati-hati dan air mata tidak berhenti mengalir sejak tadi.
Aufa faham dengan keadaan sahabatnya itu kerana dia pun pernah melalui semua itu. Kisahnya sama saja seperti kisah yang dilalui oleh Syaza ketika dia sedang hangat bercinta dengan Ammar.
Dia merasa takut untuk mengaku yang dia sedang hangat bercinta dengan Ammar kerana dia akan menjadi penyebab persahabatan mereka bertiga retak dan yang lebih teruk bakal terjadi adalah perpisahan persahabatan. Perpisahan persahabatan adalah benda yang paling menyakitkan daripada putus cinta.
Syaza masih menangis dan hanya menundukkan pandangan. Tidak mampu melihat sahabatnya yang berada di hadapannya itu.
"Dah, aku tak marah pun dengan kau. Cuma aku kecewa dengan terasa je dengan kau sebab tak bagitahu kita orang. Kita orang ni sahabat baik dunia dan akhirat kau." Ujar Aufa tenang.
Kasihan melihat daripada tadi Syaza tidak berhenti mengalirkan air mata dan menundukkan kepala memandang lantai.
"Entah aku pun tak marah kau lah, Syaz. Lain kali jangan nak berahsia-rahsia lagi dengan kami. Buruk muka kau bila menangis macam tu." Ujar Aralyn cuba melawak.
Syaza menjeling tajam ke arah Aralyn. Dia menyeka air matanya dengan kasar menguna ibu jarinya.
"Mengata orang padahal bila dia nangis lagi buruk macam orang hutan." Ujar Syaza selamba dan bersedia untuk berlari.
"Tengku Syaza Aralin!! Sini kau!!!" Ujar Aralyn dengan geram dan mengejar Syaza.
Syaza terus melarikan diri dan menjelirkan lidahnya kepada Aralyn tanda memprovok dengan kelajuan larian Aralyn yang sedikit lambat berbanding Syaza.
Aufa hanya menggelengkan kepalanya sambil ketawa melihat telatah sahabatnya itu yang tidak pernah matang. Tidak pernah mahu berubah daripada dulu.
"Ya Allah kau kekalkanlah persahabatan kami ini sehingga ke Syurga-Mu. Janganlah terputus di tengah jalan."
Share this novel