Bab 3

Romance Series 5307

Keluarga Encik Azlan sedang menjamu makan malan di ruang makan yang berada ditengah-tengah antara ruang dapur dan ruang tamu itu.

Suasana begitu sunyi sekali ketika tengah menjamu selera. Encik Azlan tidak suka jika ada di antara keluarganya bercakap ketika sedang makan.

"Ummi dan Walid, Aufa nak cakap sikit boleh tak berkenaan dengan sekolah?" Ujar Aufa tergagap-gagap kerana takut.

"Asal kau nak pindah sekolah ke?" Ujar Zaulan dengan mendatar.

Aufa menelan liur. Uish, tepat pula apa yang abangnya teka. Macam mana dia tahu ni.

'Ish, menakutkan betul kalau ada abang yang boleh baca fikiran' bisik hati Aufa.

"Hehe... Haah, pasal nak pindah sekolah lain. How can you know, Along?" Ujar Aufa sambil memandang wajah Zaulan.

Zaulan mengangkat kening sebelah menandakan riak. Aufa rasa nak tumbuk saja muka kacak abangnya itu. Fikir dia handsome ke buat muka macam tu?!

"Aku taulah aku abang kau. Aku tengok cara kau bercakap pun aku dah tau, Fa. Aku dah kenal kau lama bukan baru sehari dua." Ujar Zaulan dengan angkuh.

Aufa membuat muka menyampah. Susah juga ada abang yang kuat perasan macam Zaulan ni.

Encik Azlan dan Puan Sharifah Zahara hanya mampu menggelengkan kepala. Tiada satu hari pun yang Zaulan dan Aufa tidak bergaduh. Ada saja penyebab untuk mereka bergaduh.

"Aufa, kenapa nak pindah? Kenapa tak nak teruskan di sekolah tu. Ada apa-apa yang walid dengan ummi tak tahu ke pasal sekolah tu?" Ujar walid selepas anaknya itu berhenti bergaduh.

Aufa hanya tersengih sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tidak tahu mahu memberi alasan apa supaya umi dan walidnya bagi dia pindah ke sekolah lain.

"Hmmm... Walid, ummi... Aufa nak pindah sekolah lain sebab tak nak sekolah dengan Ammar lagi. Dan Aufa nak lupakan segala kenangan pahit di sekolah itu. Lagipun, dah lama sangat Aufa sekolah kat situ. Please umi, walid." Ujar Aufa sambil mengerdip-gerdipkan mata bulatnya itu.

Encik Azlan dan Puan Sharifah Zahara hanya mendiamkan diri dan berfikir dengan kemahuan anak daranya itu.

"Fa, kalau Fa pindah sekolah lain mesti kena cari kawan baru. Fa tak kisah ke kena cari kawan lain?" Ujar Encik Azlan dengan was-was untuk melepaskan anaknya sekolah lain.

Puan Sharifah Zahara menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan soalan suaminya itu. Dia bukan tidak kenal dengan anak perempuannya yang pemalu yang amat itu.

Aufa hanya senyum. Encik Azlan dan Puan Sharifah Zahara memandang pelik anaknya itu. Orang tanya soalan serius boleh pula dia senyum.

"Ummi dengan walid tak payah risau. Aufa tak payah nak susah-susahkan diri nak cari kawan baru sebab Syaz dan Lyn pun pindah sekolah kalau Fa pindah." Ujar Aufa sambil tersenyum lebar menampakkan giginya yang putih teratur itu.

"Amboi, tak boleh berpisah langsung eh kau orang bertiga ni. Asyik nak berkepit je sentiasa." Ujar Puan Sharifah Zahara sambil tergelak.

"Mestilah ummi... Kita orang mana boleh berpisah. Kita orangkan macam kembar." Ujar Aufa sambil tersenyum.

"Macam-macam betul kau orang ni. Betul ke Fa nak pindah? Kalau betul walid dengan ummi carikan sekolah baru dekat area-area sini." Ujar Encik Azlan sekali lagi.

Puan Sharifah Zahara menganggukkan kepala dia juga akan tolong carikan sekolah di kawasan ini untuk Aufa.

"Ummi, walid boleh tak Aufa nak cuba sekolah swasta? Aufa dengar sekolah swasta pelajar dia tak ramai." Ujar Aufa dengan teragak-agak. Takut menunggu reaksi kedua ibubapanya.

Encik Azlan dan Puan Sharifah Zahara memandang Aufa pelik. Macam ada sesuatu yang tidak kena dengan Aufa itu.

"Fa, tak pernah-pernah kau mintak sekolah swasta. Tiba-tiba je mintak nak sekolah swasta kenapa?" Ujar Zaulan pelik.

Zaulan berasa ada benda tidak kena dengan adiknya itu kerana tiba-tiba sahaja minta untuk masuk ke sekolah swasta. Sebelum ini tidak pernah pula.

"Hehe, saja nak tukar angin. Orang kata apa amik angin hah gitu. Ala, along ni serius sangat la. Mana ada apa-apa." Ujar Aufa sambil sengih menutup gugup.

"Kau tak payah nak tipu akulah Ngah. Aku tau mesti ada yang tak kena. Aku kenal kau daripada kecik daripada dalam perut ummi lagi. Tak payah nak temberang aku." Ujar Zaulan sombong sambil mengangkat-angkat keningnya. Belagak betul.

"Betul kata along tu, sebelum ni ummi dengan walid nak masukkan kamu dalam sekolah swasta kamu tolak mentah-mentah. Sekarang ni nak sekolah swasta pula. Something is fishy." Ujar Puan Sharifah Zahara sambil mengusap-usap dagunya yang licin itu.

Aufa dan Zaulan saling berpandangan kemudian gelak bersama-sama. First time dengar Puan Sharifah Zahara kita berbahasa Inggeris.

"Wow ummi pandai eh speaking sekarang. Dulu nak dengar ummi speaking pun susah." Ujar Zaulan dengan ketawa yang masih bersisa. Terhibur sungguh.

"Amboi, ingat ummi tak reti speaking ke? Ummi bukan ketinggalan zaman sangat macam walid kamu tu." Ujar Puan Sharifah Zahara membidas kata Zaulan.

"Saya pulak yang kena dengan awak ye sayang. Saya senyap je." Ujar Encik Azlan tidak berpuas hati. Dia senyap je daripada tadi pun terkena tempiasnya sekali.

"Sian walid kena dengan ummi. Tak pe nanti walid merajuk ummi pujuk. Kalau Fa yang merajuk tak ada siapa nak pujuk." Ujar Aufa sambil memuncungkan bibirnya.

"Kau tak payah nak muncung sangat macam itik." Ujar Zaulan bersahaja.

"Ummi, walid tengok along ni." Ujar Aufa sambil tangan bersilang di dada dan memeluk tubuh sendiri.

Terus gamat ruang makan itu dengan gelak ketawa keluarga itu. Mereka lupakan perbincangan tentang perpindahan sekolah Aufa.
. .
. .

"So, Aufa serius nak pindah sekolah? Bukan main-main? Walid tak nak kamu sekolah sana dua ke tiga bulan lepas tu minta pindah sekolah lain pula." Ujar Encik Azlan serius.

"Ya walid. Fa memang betul-betul nak pindah sekolah lain. Lagipun bukannya Fa sorang aje dekat situ Syaz dengan Lyn pun ada. Ummi dengan walid jangan risau." Ujar Aufa dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau macam tu tak apalah. Walid tak perlu risau sangat tentang kamu bila di sana. Fa bagitahu dekat Syaz dan Lyn walid akan carikan sekolah yang terbaik untuk kamu bertiga." Ujar Encik Azlan. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.

"Ummi pun akan tolong walid kamu cari sekolah swasta yang paling top dekat area sini. Semata-mata untuk anak tersayang ummi dan walid ini." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil mencuit hidung anaknya yang tidak berapa mancung itu.

Aufa mengekeh ketawa bila mendengar Encik Azlan dan Puan Sharifah Zaharah bersungguh-sungguh mencari sekolah baru untuknya dan untuk sahabat-sahabatnya itu.

Aufa datang menghampiri Encik Azlan dan Puan Sharifah Rose lantas memeluk mereka dengan erat.

"Terima kasih ummi dan walid sebab carikan sekolah baru untuk Fa dan kawan-kawan Fa yang lain. Sayang ummi dan walid." Ujar Aufa dengan gembira dan mengucup kedua-dua belah pipi ibubapanya.

"Ummi dan walid pun sayang anak dara ummi yang manja ni. Tapi ada syarat jangan ingat tak ada syarat kamu di sekolah baru." Ujar Puan Sharifah Zaharah.

Aufa menganggukkan kepala dan memandang umminya itu.

"Apa dia ummi? Insya-Allah Aufa akan try the best to make it. Ummi bagilah tahu. Kalau susah pun Fa akan try buat sampai jadi." Ujar Aufa bersungguh.

"Ummi dan walid tak minta banyak pun asalkan disekolah baru nanti kamu belajar bersungguh-sungguh. Walid nak kamu cemerlang dalam SPM. Ummi dengan walid tak minta A tapi kami minta lulus." Ujar Encik Azlan.

Aufa menganggukkan kepala tanda dia akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan ibubapanya itu.

"Baiklah. Fa takkan menghampakan permintaan ummi dan walid lagi." Ujar Aufa dengan bersemangat.

Encik Azlan dan Puan Sharifah Zaharah hanya senyum. Mereka berdoa supaya Aufa berjaya di dunia dan akhirat. Mereka tidak mengharapkan lebih untuk SPM Aufa.

"Dah-dah pergi naik atas tidur. Tengok along kamu tu tengah tengok tv pun boleh tidur." Ujar Encik Azlan sambil mengelengkan kepalanya.

Aufa ketawa berdekah-dekah melihat walidnya membebel tentang Zaulan.

"Aufa, pergi kejut along naik tidur dekat atas. Sian dia penat sangat tu." Ujar Puan Sharifah Zaharah.

"Baiklah, Fa naik dulu dan kejut along. Assalamualikum." Ujar Aufa berlalu pergi dan mengejutkan Zaulan untuk naik masuk ke bilik.

"Waalaikumsalam." Ujar Encik Azlan dan Puan Sharifah Zaharah serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience