Bab 5

Romance Series 5307

"Aufa, ummi dengan walid dah dapat dah sekolah baru untuk kamu dengan yang lain." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil datang duduk bersebelahan dengan aufa.

Aufa terkedu. Cepat betul Puan Sharifah Zaharah dan Encik Azlan buat kerja. Baru tiga hari lepas dia kata hendak pindah sekolah baru. Tiba-tiba hari ini Puan Sharifah Zaharah dan Encik Azlan datang kata dah jumpa.

"Eh, cepat betul ummi dengan walid jumpa sekolah baru untuk kita orang bertiga. Selalunya orang cari dalam seminggu baru jumpa. Ni ummi dengan walid senang pulak." Ujar Aufa sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.

"Ala, ummi dapat cari sekolah untuk kamu bertiga sekelip mata aje. Petik jari aje dah dapat. Tak susah mana pun." Ujar Puan Sharifah Zaharah riak sambil mengangkat-angkat keningnya itu.

Encik Azlan membuat muka menyampah melihat isterinya itu. Itu pun atas bantuan kawannya juga. Kalau tidak mahunya mereka jumpa sekolah untuk mereka bertiga.

"Walid, macam mana walid dengan ummie boleh jumpa sekolah baru untuk Aufa ni cepat macam ni?" Ujar Aufa dengan muka blurnya itu.

Bila tanya Puan Sharifah Zaharah dia kata rahsia. Bila didesak untuk memberi tahu Puan Sharifah Zaharah membuat muka selamba dan membuka telefon bimbitnya itu.

"Walid, bagilah tahu Aufa. Macam mana walid dengan ummi boleh jumpa sekolah baru secepat ni?" Ujar Aufa. Selagi tidak dapat jawapan selagi itu dia desak Encik Azlan untuk beritahunya.

Encik Azlan serba salah mahu memberitahu sebab dia sudah berjanji dengan isterinya supaya tidak memberitahu anaknya itu. Takut Aufa tidak mahu sekolah di sana.

"Hmm, ummi dengan walid dapat cari sekolah kamu bertiga atas bantuan kawan ummi kamu itu. Jadi sekolah baru yang kamu bakal masuk sekolah kawan ummi." Ujar Encik Azlan dengan serba salah. Takut Aufa mengamuk kerana tidak beritahunya awal-awal.

"Oh, patutlah ummi dengan walid dapat cari sekolah untuk Fa, Syaz dengan Lyn cepat. Sekolah kawan ummi rupanya." Ujar Aufa sambil menganggukkan kepala. Tenang sahaja reaksinya itu.

Encik Azlan menghela nafas lega melihat Aufa tidak mengamuk selepas mengetahui tentang sekolah barunya itu nanti. Puan Sharifah Zaharah juga merasa lega lantas duduk bersebelahan suaminya itu.

"Aufa okay ke? Tak kisah ke sekolah tu sekolah kawan lama ummi?" Ujar Puan Sharifah Zaharah berhati-hati takut silap berbicara.

Aufa menganggukkan kepala tanda tidak kisah. Dia tahu Encik Azlan dan Puan Sharifah Zaharah risau dirinya akan mengamuk apabila tahu sekolah itu milik kawannya. Tapi Aufa tidak kisah dan dia tidak akan mengamuk seperti dulu. Dia sudah matang.

"Tapi bukan sekolah kawan ummi tu mahal ke walid? Lepas tu budak-budak kaya aje yang sekolah dekat sana." Ujar Aufa. Dia tidak mahu menyusahkan ibubapanya itu.

"Tak adalah mahal manapun, untuk anak dara kesayangan ummi dengan walid ni. Lagi pun ummi dah cakap yang masuk sekolah tu buka Fa sorang. Fa bawak tentera sekali." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil gelak.

"Ummi dan walid Aufa minta maaf kalau buat ummi dengan walid susah payah cari sekolah baru untuk Fa dengan kawan-kawan Fa yang lain." Ujar Aufa serba salah. Dia tidak patut menyusahkan kedua-dua ibubapanya itu.

"Tak payah nak mintamaaf la, mana ada susahkan ummi dengan walid pun. Kami yang nak tolong kamu cari sekolah. Jadi, tak payah salahkan diri kamu." Ujar Encik Azlan tegas. Dia tidak mahu Aufa menyalahkan dirinya.

Aufa menganggukkan kepala dan mengesat air mata yang hampir mengalir keluar dan turun ke pipi. Aufa menghampiri Encik Azlan dan Puan Sharifah Zaharah lantas memeluk erat mereka berdua.

"Aufa sayang sangat dekat ummi dengan walid. Aufa janji Fa akan belajar bersungguh-sungguh dan banggakan ummi dan walid." Ujar Aufa dengan semangat.

Encik Azlan dan Puan Sharifah Zaharah hanya senyum mengiyakan kata-kata Aufa dan berdoa supaya cita-cita Aufa tercapai.

"Along mana ummi, walid? Tak kan along tak balik lagi? Selalunya waktu-waktu macam ni along dah ada kat rumah." Ujar Aufa pelik. Selalunya dia akan dengar suara lantang Tengku Zaulan.

"Belum lagi. Busy sangat la tu kat sana. Dia kan CEO mana tak busy. Nak cari duit lebih sebelum kahwin." Ujar Encik Azlan selamba.

"Eh, along dah ada buah hati ke walid? Tak nampak macam dia dah ada buah hati. Ingatkan nak single sampai tua." Ujar Aufa sambil gelak. Tidak pernah terlintas langsung dalam fikirannya itu abang sulungnya itu akan ada buah hati.

"Buah hati dia tu dekat sangat dengan kamu Fa. Dan kamu kenal sangat dengan buat hati along tu." Ujar Encik Azlan bersahaja dan memberi sedikit klu tentang buah hati Tengku Zaulan.

"Jap, siapa je yang dekat dengan Aufa? Syaza dengan Aralyn aje yang rapat dengan Aufa." Ujar Aufa sambil mengusap dagu. Sesaat kemudian matanya terus membulat besar.

"Walid, jangan cakap along ada hati kat salah seorang kawan angah." Ujar Aufa sambil memerhati riak muka Encik Azlan dan Puan Sharifah Zaharah.

Encik Azlan membuat muka selamba sahaja tetapi Puan Sharifah Zaharah hanya senyum apabila mendengar jawapan aku.

"Siapa ummi, walid? Takkan Syaza pulak? Setahu Ngah, Lyn dah berpunya. Tunggu masa aje nak bertunang dah aje tu." Ujar Aufa sambil melihat mereka berdua.

Encik Azlan dan Puan Sharifah Zaharah memandang antara satu sama lain lalu mereka berdua memandang semula ke arah Aufa.

"Syaz aje yang tinggalkan? Dia la siapa lagi kawan angah yang single? Tapi ummi cakap dengan along kalau nak bertunang dengan Syaz cari duit lebih kemudian tunggu Syaz dah habis SPM dulu." Ujar Puan Sharifah Zaharah.

"Kenapa along dengan Syaz tak bagitahu kat angah. Ish dia orang siaplah kalau angah jumpa. Jap lagi along balikkan? Siap dia!" Ujar Aufa geram. Sampai hati Syaza tidak bagitahu dia.

"Dah tak payah nak marah sangat. Nanti dia orang bagitahulah tu. Along dengan Syaz tak bersedia lagilah tu." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil menuang kopi panas dia dalam teko ke dalam cawan.

Aufa menganggukkan kepala menandakan dia setuju. Ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan petang tiba-tiba kedengaran enjin kereta masuk ke halaman rumah.

Tengku Zaulan sudah balik. Siap lah dia nanti mesti kena serbu dengan Aufa dengan pelbagai soalan. Biar nanti dia penat hendak menjawab segala soalan yang bakal diajukkan oleh Aufa.

Tengku Zaulan terus masuk rumah dam menyertai makan petang keluarga itu. Ketika Tengku Zaulan sudah menghenyakkan punggungnya di atas kerusi terus Aufa menyerangnya dengan pelbagai soalan.

"Along kau tak bagitahu aku pun yang kau suka dekat kawan aku! Siap dah nak masuk meminang lagi!" Ujar Aufa selamba.

Tengku Zaulan tersedak mendengar soalan dan kenyataan daripada mulut adiknya itu. Terus membulat biji mata Tengku Zaulan.

"Kau dah tahu?! Macam mana kau tahu?" Ujar Tengku Zaulan sambil mengesat mulutnya kerana tersedak tadi.

"Aku tau la ummi dengan walid bagitahu aku. Sampai hati kaukan tak bagitahu aku. Kau tu abang aku lepas tu kau suka kawan baik aku pulak tu." Ujar Aufa sambil berpura-pura merajuk.

"Ala... Aku bukan tak nak bagitahu kau. Aku cuma malu kalau kau ingat dulu kan aku pernah cakap yang aku takkan jatuh cinta kat kawan-kawan kau tu. Tapi sekarang kau tengok, aku dah sangkut kat kawan kau jugak." Ujar Tengku Zaulan sambil menundukkan kepala dan pipi sudah memerah.

"Lah... Blushing pulak along. Ingatkan tak reti malu." Ujar Aufa sambil terkekeh-kekeh mengelakkan Tengku Zaulan.

"Kurang ajar punya adik. Dia kenakan kita pulak!" Ujar Tengku Zaulan dan mukanya makin memerah.

Terus gamat dengan gelak ketawa ahli keluarga tersebut dengan membahan muka Tengku Zaulan yang malu itu. Jarang dapat melihat muka malu-malu Tengku Zaulan itu. Sekali dapat memang kena bahan sampai malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience