Encik Azlan melangkah masuk ke dalam biliknya. Encik Azlan melihat isterinya itu sedang termenung di tepi sisi katil. Encik Azlan terus berjalan menghampiri isterinya itu.
"Sayang, kenapa dengan awak ni? Saya tak pernah nampak marah-marah macam tu kat Aufa. Are you okay, sayang?" Tanya Encik Azlan.
Dengan lemah-lembut Encik Azlan bertanyakan soalan kepada isteri tercintanya itu. Dia mengelus rambut isterinya itu dengan penuh kasih sayang.
Encik Azlan tidak pernah sekali menaikkan suaranya di hadapan isterinya termasuk anak-anaknya. Encik Azlan tidak pandai memarahi orang.
Puan Sharifah Zahara memusingkan badannya untuk menghadap Encik Azlan, suaminya itu. Dia mengeluh perlahan.
Dia perlu menghadap Encik Azlan ketika bercakap tanda sebagai hormat kepada seorang suami.
"Entahlah bang, saya stres sebab banyak sangat yang saya fikirkan agaknya." Kata Puan Sharifah Zahara dengan menundukkan kepalanya dan mengeluh lemah.
Encik Azlan memegang tangan Puan Sharifah Zahara dan memandang muka isterinya dengan mengusap kedua-dua belah tangan isteri tercintanya itu.
"Apa yang awak fikirkan tu sayang? Bagilah tahu saya mana tahu saya boleh bantu awak sayang... Hmm?" Ujar Encik Azlan sambil mengusap pipi Puan Sharifah Zahara.
"Saya tak tahu nak cakap apa bila kawan-kawan saya yang lain tanya pasal result Aufa. Saya malu nak kata anak saya biasa-biasa aje, bang." Ujar Puan Sharifah Zahara dengan lemah dengan air mata yang mengalir.
"Sayang, awak malu dengan keputusan anak kita yang tak memberangsangkan tu? Awak malu anak kita dibanding-bandingkan dengan result anak-anak kawan awak? Macam tu ke sayang?" Ujar Encik Azlan tidak percaya.
Puan Sharifah Zahara menganggukkan kepalanya dengan lemah. Dia berasa serba salah selepas memarahi Aufa. Sebab itu dia mendiamkan dirinya di dalam bilik itu.
"Zahara, awak dengar ni apa yang saya nak cakap kat awak. Aufa tu anak kita sayang. Macam mana sekalipun result yang dia dapat dia tetap anak kita, sayang. Benda tu tak mengubah apa-apa pun." Ujar Encik Azlan.
Encik Azlan tidak suka anak-anaknya di banding-bandingkan dengan orang lain. Apapun keputusan yang anak-anaknya dapat dia terima dengan hati yang terbuka.
"Tapi saya malu bang, anak orang lain dapat masuk asrama penuh tapi anak kita tak dapat. Dapat masuk sekolah biasa aje." Ujar Puan Sharifah Zahara tidak puas hati.
"Sayang tu anak kawan-kawan awak, bukan anak kita. Saya tahu anak-anak kita punya kemampuan dekat tahap mana sayang. Kita tak boleh paksa mereka untuk berjaya macam yang kita harapkan." Tegur Encik Azlan dengan tegas.
Terkelu lidah Puan Sharifah Zahara selepas mendengar Encik Azlan menegurnya dengan tegas. Puan Sharifah Zahara hanya menundukkan kepala.
Puan Sharifah Zahara berasa malu selepas ditegur oleh suaminya sendiri. Dia terlebih mengikut perasaannya sendiri berbanding memahami perasaan anak-anaknya sendiri.
"Sayang, kalau awak nak tahu saya nampak dengan mata saya sendiri betapa susah payahnya Aufa belajar sebelum exam. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk banggakan kita sayang." Ujar Encik Azlan lagi.
Encik Azlan sangat tidak gemar dengan perangai isterinya yang satu ini. Amat mementingkan keputusan peperiksaan anak-anaknya itu. Tidak sepatutnya keputusan peperiksaan dibanding-bandingkan dengan orang lain.
"Sayang... Sayang awak sepatutnya terima apa saja result yang anak kita dapat. Bukannya kita membandingkan dengan orang lain. Kalau awak kata keputusan anak kawan-kawan awak yang lain semua lulus itu rezeki mereka. Aufa dapat result macam tu sepatutnya awak bersyukur dia lulus bukannya mengeluh macam anak kita gagal sayang." Ujar Encik Azlan lagi selepas melihat Puan Sharifah Zahara hanya menundukkan kepala.
"Tapi saya nak jawab apa abang kalau kawan-kawan saya tanya result exam anak kita tu, bang. Takkan saya nak kata yang anak kita lulus aje tak ada A langsung." Ujar Puan Sharifah Zahara masih tidak mahu mengalah.
"Zahara Allyna... Abang cakap apa sayang. Awak sepatutnya terima apa pun result anak kita tu. Awak nak menetang qada' dan qadar Allah ke sayang? Mana sifat kasih sayang awak terhadap anak kita selama ni? Awak tak pernah membandingkan result anak-anak kita dulu. Sekarang awak dah berubah sayang. Abang tak suka perangai awak yang sekarang ni." Ujar Encik Azlan dengan tegas.
Tersentak terus Puan Sharifah Zahara selepas ditegur Encik Azlan. Dia beristighfar dalam hati selepas menyedari kealpaan dirinya itu. Menitis air mata Puan Sharifah Zahara selepas menyedari kesilapannya itu. Dia tidak sepatutnya mengikut kata hatinya.
"Abang, bersalahnya saya buat macam tu dekat Aufa. Saya sepatutnya bersyukur dengan apa aje keputusan yang Aufa dapatkan, bang. Berdosanya saya." Rintih Puan Sharifah Zahara.
Puan Sharifah Zahara memegang kedua-dua belah tangan Encik Azlan sambil menangis lalu menyalam dan mengucup tangan Encik Azlan tanda meminta ampun.
"Abang, saya minta maaf. Saya terlalu mengikut perasaan saya. Terlalu mementingkan apa yang orang cakap. Tak mengambil berat perasaan anak-anak. Maafkan saya abang." Ucap Puan Sharifah Zahara dengan penuh penyesalan.
Encik Azlan terkejut dengan kelakuan Puan Sharifah Zahara yang tiba-tiba itu. 'Hailah biniku cengeng betul' kata Encik Azlan dalam hati sambil tersengih.
"Allah sayang, terkejut saya dengan perangai awak ni. Dah-dah tak mahulah menangis macam ni. Macam saya dera awak pula sayang. Macam budak kecik aje awak ni." Ujar Encik Azlan sambil tersengih lalu mengepit hidung isterinya itu.
Puan Sharifah Zahara terus sahaja menumbuk dada si suami. Ada ke patut kita tengah serius dia boleh main-mainkan kita ini. Ingat kita ini budak kecik ke?
"Aduh, sakitlah sayang. Awak tak sayang saya ke? Yalah siapalah saya ni untuk awakkan sayang?" Ujar Encik Azlan berpura-pura merajuk.
"Eh, orang tua ni. Mengada-ngada pula dia. Tak payah nak merajuk sangatlah buruk tau tak." Ujar Puan Sharifah Zahara dengan sengihan.
Encik Azlan hanya mampu menggelengkan kepala dengan isterinya yang tidak pandai memujuknya itu. Dia pun malas nak merajuk lama-lama.
"Macam tu la isteri abang, senyum aje kan manis macam tu." Ujar Encik Azlan mengusik.
Memerah muka Puan Sharifah Zahara diusik sebegitu. Natural blusher gitu tidak perlu memakai alat solek.
"Ish abang ni, saya minta maafkan tadi. Abang maafkan saya tak ni?" Soal Puan Sharifah Zahara balik selepas soalannya tadi tidak berjawab.
"Iya sayang, abang maafkan. Awak tak ada salah pun dengan saya. Saya sentiasa maafkan sayang abang ni. Sayang cuma perlu pujuk balik Aufa. Abang rasa mesti dia terasa dengan mak dia ni." Ujar Encik Azlan sambil mengusap kepala isterinya.
Puan Sharifah Zahara menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata Encik Azlan itu. Dia harus memujuk Aufa.
Encik Azlan tersenyum melihat telatah isterinya itu. Dia tahu isterinya tidak sengaja berkata begitu pada anak manjanya itu.
Ya Allah, semoga kau permudahkanlah urusan anak bini aku ini.
.
.
.
.
Pintu bilik Aufa diketuk dari luar. Aufa bangkit daripada pembaringan dia. Dengan rasa malas dia menuju ke arah pintu untuk membuka pintu.
"Aufa, boleh umi masuk? Umi nak cakap sikit dengan kamu?" Ujar Puan Sharifah Zahara kepada Aufa. Dia rasa bersalah terhadap anaknya itu.
Aufa terkedu mendengar suara Puan Sharifah Zahara di hadapan pintu biliknya itu. Lalu terus membuka pintu untuk membenarkan Puan Sharifah Zahara masuk biliknya.
"Masuklah umi, maaflah bilik bersepah tak sempat nak kemas lagi. Hehe." Ujar Aufa dengan takut-takut.
Ketika masuk ke dalam bilik anaknya itu, perasaan sebak mula bertandang di hati.
"Umi, duduklah dekat atas katil ni. Walid mana umi? Selalu walid berkepit je dengan umi. Ni tak ada pula boleh pula walid jauh dari umi." Ujar Aufa sambil mengekek ketawa.
Puan Sharifah Zahara tersenyum melihat Aufa ketawa. Dia berasa lega sedikit apabila Aufa tidak terasa dengan kata-katanya tadi.
"Umi kenapa umi datang bilik Fa ni? Selama ni umi tak pernah masuk bilik Fa." Ujar Aufa pelik bila tiba-tiba saja uminya itu masuk ke biliknya.
Puan Sharifah Zahara terus memeluk Aufa sambil air mata mengalir keluar. Dia rasa sangat bersalah kerana memarahi Aufa kerana kepentingan diri sendiri.
"Anakku sayang Tengku Nurul Aufa, umi minta maaf sebab marah kamu. Umi pentingkan diri sendiri. Umi tak faham perasaan kamu." Ujar Puan Sharifah Zahara dengan teresak-esak.
"Umi janganlah nangis. Fa tak terasa pun dengan umi. Umi tak ada salah apa pun dengan Fa, umi. Dahlah umi, tak comel dah nangis macam ni." Ujar Aufa sambil tergelak-gelak.
"Amboi, kalau umi tak comel, kamu pun tak comellah sebab muka kamu sama dengan muka umi." Ujar Puan Sharifah Zahara tidak puas hati.
"Eh mana ada, Fa comel apa. Umi je tak sebab umi dah tua. Macam manalah walid pujuk umi bila nangiskan?" Ujar Aufa sambil membela dirinya bila Puan Sharifah Zahara mengata dia.
Puan Sharifah Zahara tergelak. Macam-macam betul telatah anaknya yang seorang ini.
"Yalah Aufa, semua pasal umi semua buruk kamu aje yang cantik,baik,cute kan. Hah, ambik." Ujar Puan Sharifah Zahara pura-pura merajuk.
Aufa mula kalut mahu memujuk uminya yang merajuk dengannya. Aufa memikirkan cara memujuk Puan Sharifah Zahara.
"Ala umi, umi la yang paling baik,cantik,cute dan jelita kalau tak mana walid boleh jatuh cinta dekat umi kan..." Pujuk Aufa.
Puan Sharifah Zahara tergelak besar tengok kekalutan Aufa cuba memujuk dirinya itu.
"Tau tak apa." Gelak Puan Sharifah Zahara.
Alhamdulillah hubungan Aufa dan Puan Sharifah Zahara sudah mula baik berbanding tadi.
Puan Sharifah Zahara mula terbuka menerima apa sahaja keputusan yang Aufa dapat dalam keputusan PT3nya itu.
Dalam masa yang sama disebalik dinding luar Encik Azlan dan anaknya, Tengku Zaulan Ahmad tersenyum gembira.
Selesai sudah masalah keluarga mereka. Harapnya Puan Sharifah Zahara betul-betul berubah.
Share this novel