"Aufa, Syaz dan Lyn. Ummi hantar sampai sini aje tau. Pergi daftar masuk sendiri. Kamu bertiga dah besar bukan budak-budak lagi nak harapkan ummi nak tolong daftarkan." Ujar Puan Sharifah Zaharah di tempat duduk memandu.
"Ala ummi, Aufa malulah nak daftar sendiri lagi pun ni kan sekolah baru. Selalunya ummi dengan walid tolong." Ujar Aufa sambil memintal lengan baju.
"Tak payah nak mengada-ngada Aufa. Kamu bukannya sorang-sorang pergi daftar tu kan ada Syaz dengan Lyn. Mengada betul." Ujar Puan Sharifah Zaharah.
"Ummi tolonglah teman kami bertiga. Malulah ummi, kalau terserempak dengan kawan ummi macam mana? Takkan kita orang pulak nak tegur kawan ummi tu?" Ujar Aufa sambil mengerdip-gerdipkan matanya supaya umminya itu tergoda dengan kecomelannya itu.
"Ish! Yerlah ummi temankan kamu bertiga. Mengada betullah, tapi ni last ummi teman tau. Next year tak de lagi tau. Faham semua!" Ujar Puan Sharifah Zaharah tegas. Sekali-sekala berlagak macam cikgu apa salahnya.
Aufa dan yang lain mengangguk laju kepalanya tanda faham. Tidak mahu Puan Sharifah Zaharah membebel panjang lebar. Buat malu saja orang tengok budak baru kena bebel di sekolah baru.
"Dah, jomlah. Buat apa tercegat lagi kat situ? Nak jadi pak guard jaga pagar pulak ke?" Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil mengelengkan kepalanya. Buat perangai betullah mereka bertiga ini.
Aufa, Syaza dan Aralyn serentak mengelengkan kepala sambil tersengih. Haih buat malu betul. Puan Sharifah Zaharah terus berlalu pergi sambil diikuti mereka bertiga.
Puan Sharifah Zaharah jalan mendahului mereka bertiga. Sambil sedang berjalan itu Aufa dan sahabat-sahabatnya itu sempat memandang sekeliling kawasan sekolah tersebut.
"Fa, besar gila sekolah ni. Mesti yuran dia mahalkan? Kau biar betul nak kita orang belajar kat sini? Takut tak tertanpung pelajaran dan yuran wei." Ujar Syaza sambil berbisik perlahan di telinga Aufa.
Aralyn mengganggukkan kepalanya. Walaupun dia agak kagum dengan keadaan sekolah ini dia juga berasa tidak selesa untuk bersekolah di sini. Dia tahu bahawa yuran di sini pasti sangat mahal. Dia tidak mahu menyusahkan ibubapanya untuk membayarkan yuran persekolahannya itu.
Walaupun Syaza dan Aralyn ini di kalangan keluarga yang berada tapi mereka berdua sangat berdikari. Mereka tidak pernah meminta duit belanja daripada ahli keluarga mereka.
Syaza dan Aralyn berkerja untuk mencari duit. Setiap kali mereka dapat gaji mereka sendiri akan bayar yuran bulanan persekolahannya. Mereka menggunakan hasil titik peluh mereka sendiri.
Aufa sangat kagum dengan usaha sahabat²nya itu. Aufa tahu bertapa susah payahnya mereka berdua mencari rezeki sendiri menguna hasil titik peluh mereka sendiri.
"Kau orang tak payah risaulah. Ummi kata untuk kita bertiga kawan ummi bagi kita belajar kat sekolah ni secara percuma aje tau." Ujar Aufa berbisik sambil sengih.
Syaza dan Aralyn terkejut dan langsung membulatkan mata memandang Aufa. Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka dengarkan itu.
"Kau biar betul Fa, jangan nak main-main dengan kita orang. Sekolah ni besar kut mesti untuk orang-orang kaya. Yuran pun mesti mahal, takkan kawan ummi kau nak bagi kita bertiga belajar kat sini secara percuma?" Ujar Aralyn dengan serius tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Ya Allah, aku cakap jujur ni yang kau orang berdua susah sangat nak percaya cakap aku ni dah kenapa? Aku tahulah aku banyak kenakan kau orang berdua tapi yang ni aku tak main-main. Tak percaya aku panggil ummi." Ujar Aufa.
Aufa terus meninggalkan Syaza dan Aralyn yang masih terkedu di situ. Aufa berlalu pergi ke Puan Sharifah Zaharah yang sedang mendaftar kemasukkan mereka bertiga.
Ketika Puan Sharifah Zaharah sedang mengisi borang dia mendengar namanya dipanggil dan memandang ke belakang dan melihat Aufa sedang menghampiri dirinya itu.
Aufa memanggil kedua-dua sahabatnya itu supaya menghampiri dirinya dan Puan Sharifah Zaharah. Dia mahu Syaza dan Aralyn dengar sendiri kenyataan yang mereka sekolah di situ secara percuma.
"Ummi, kita orang bertiga sekolah kat sini secara percuma aje kan sebab ni sekolah kawan baik ummi kan?" Ujar Aufa sebaik sahaja Syaza dan Aralyn datang ke arah mereka berdua.
"Ya betul, tapi ni rahsia tau jangan sampai terbongkar. Syaz dan Lyn dapat sekolah sini secara percuma bukan sebab ummi tapi memang kawan ummi nak bagi. Jadi jangan risau ya." Kata Puan Sharifah Zaharah sambil tersenyum.
Puan Sharifah Zaharah tahu sahabat-sahabat anaknya itu tidak suka menyusahkan orang lain sebab mereka berdikari tapi apa salahnya sekali sekala mereka merasa hidup senang.
"Terima kasih ummi sebab carikan kami berdua sekolah yang besar, mahal dan selesa ni. Kami banyak menyusahkan ummi untuk carikan kami satu sekolah dengan Aufa." Ujar Aralyn dengan rasa serba salah dan menunduk.
"Ish, kamu berdua ni. Mana ada menyusahkan ummi. Kamu berdua ni dah macam anak ummi sendiri tahu. Dah tak payah nak rasa bersalah sangat. Ummi bersyukur dan berterima sangat sebab kamu berdua sudi berkawan dengan Aufa." Ujar Puan Sharifah Zaharah ikhlas.
Aufa tersenyum. Aufa pun berasa sangat terharu dengan mereka berdua kerana tidak pernah meninggalkan dirinya ketika susah mahupun ketika sedih. Itulah namanya sahabat sejati dunia dan akhirat.
Syaza dan Aralyn terus menerpa ke arah Puan Sharifah Zaharah dan terus memeluk Puan Sharifah Zaharah dengan erat. Mereka berdua sangat bersyukur mendapat sahabat yang sangat baik dan mendapat keluarga sahabat yang sangat baik.
"Terima kasih ummi. Kita orang janji persahabatan kami bertiga takkan pernah putus walaupun pelbagai dugaan yang bakal berlaku nanti." Ujar Syaza ikhlas.
Puan Sharifah Zaharah membalas pelukan mereka. Puan Sharifah Zaharah sangat sayangkan mereka berdua seperti anak sendiri.
"Dah-dah tak payah nak sedih-sedih kat sini. Jom, ummi bawak kau orang bertiga jumpa dengan kawan ummi ataupun sebagai pengetua sekolah kau orang bertiga ni." Ujar Puan Sharifah Zaharah.
Mereka bertiga mengganggukkan kepala serentak. Mereka tidak sabar hendak berjumpa dengan pengetua mereka a.k.a kawan baik Puan Sharifah Zaharah itu.
Mereka berempat berjalan bersama-sama sambil melihat kawasan sekolah yang besar itu. Terdapat banyak kawasan yang sangat luas di sekolah itu.
Antara yang menarik perhatian di sekolah itu adalah kolam ikan, bilik komputer dan macam-macam lagi.
Ketika mereka bertiga leka melihat kawasan sekolah tersebut tanpa mereka sedari sudah sampai di hadapan bilik pengetua itu.
"Kita dah sampai dah. Nanti bila masuk aje dalam terus salam dengan kawan ummi tu tau. Jangan lupa pulak." Ujar Puan Sharifah Zaharah.
Aufa dan yang lain mengangguk kepala tanda faham. Takkan nak buat-buat sombong pula dekat sini. Dahlah dapat sekolah percuma nak buat-buat sombong pula memang cari pasal betul.
Puan Sharifah Zaharah berpuas hati dengan reaksi anaknya dan sahabat anaknya itu terus mengetuk pintu bilik kawannya itu.
Selepas Puan Sharifah Zaharah mengetuk pintu bilik itu, pintu itu dikuak dari dalam.
"Iya, puan nak jumpa dengan siapa?" Ujar seorang lelaki yang membuka pintu itu.
"Saya nak berjumpa dengan Puan Ilyana. Puan Ilyana ada tak kat dalam?" Tanya Puan Sharifah Zaharah.
Lelaki itu menganggukkan kepala dan membuka pintu itu dengan lebih luas memudahkan mereka berempat masuk ke dalam bilik itu.
"Terima kasih." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil senyum.
Lelaki itu menganggukkan kepala dan membalas senyuman Puan Sharifah Zaharah dengan manis dan terserlah lesung pipit yang dalam di kedua-dua pipinya itu.
Aufa terpegun melihat senyuman itu. Lama betul Aufa memandang lelaki itu. Aufa tersentak lepas dia merasa ada orang menyiku sikunya itu.
Aufa berasa malu dan menundukkan kepalanya. Pipinya sudah bertukar menjadi merah padma. Pasti lelaki itu perasan akan perubahan warna pipinya itu.
"Terima kasih" ujar Aufa sambil menundukkan kepala.
Lelaki itu hanya senyum dan berlalu pergi. Senyuman yang sangat manis bagi Aufa.
"I hope we can meet again soon"
Share this novel