Bab 6

Romance Series 5307

"Aufa minggu depan kamu dah boleh daftar masuk ke sekolah baru kamu tu tau. Kawan ummi baru aje mesej ummi tadi. Jangan lupa ajak Syaz dan Lyn sekali. Daftar sama-sama lagi senang." Ujar Puan Sharifah Zaharah di muka pintu sambil bersandar.

"Cepatnya ummi, selalunya bukan dalam sebulan macam tu ke proses penerimaan pelajar baru? Ni baru seminggu dah diterima." Ujar Aufa sambil memandang Puan Sharifah Zaharah yang sedang berdiri itu.

"Kalau iya pun nak tanya macam-macam, tak nak bagi ummi masuk ke? Ingat ummi mak cik guard yang berdiri aje dekat muka pintu ni?" Ujar Puan Sharifah Zaharah sinis.

Aufa tersengih malu. Ayat Puan Sharifah Zaharah ini tidak pernah tidak menusuk masuk ke dalam hati. Ada saja ayat perli menikam kalbu daripada mulutnya itu.

"Uish ummi, ayat ummi menusuk kalbu. Ummi ni masuk ajelah tak payah mintak izin pun. Ni kan bilik anak ummi jugak." Ujar Aufa. Dia menginjak ke tepi untuk memberi ruang kepada Puan Sharifah Zaharah supaya dapat duduk di sisinya itu.

"Memang la cepat. Ummi kan dah cakap itu sekolah kawan ummi sebab tu proses untuk menerima pelajar baru cepat. Lagi pun anak lelaki dia pun mengajar jugak tau kat situ." Ujar Puan Sharifah Zaharah sambil duduk di atas katil Aufa.

"Aik ummi, happy nampak bila tau anak lelaki kawan ummi tu mengajar kat situ. Ummi nak pinangkan dia untuk Fa ke?" Ujar Aufa bergurau.

Puan Sharifah Zaharah terus mencubit pinggang anaknya itu. Sekolah pun belum habis lagi ada hati nak dekat anak teruna orang. Mengada betul anak daranya yang seorang ini.

Aufa terkejut lantas menjauhkan dirinya daripada Puan Sharifah Zaharah. Umminya ini tidak boleh buat gurau langsung. Silap cakap sikit saja kena cubitan ketam. Garang betul!

"Ummi, Fa gurau aje la. Ummi ni orang nak bergurau pun tak boleh. Tangan ummi tu asyik nak jadi ketam aje. Sakit tau tak." Ujar Aufa sambil bibir memuncung tanda dia merajuk.

"Kamu tu yang gatal sangat. Sekolah pun tak habis lagi ada hati nak mengatal dengan anak teruna orang. Kalau dah habis sekolah tu tak apalah jugak." Ujar Puan Sharifah Zaharah tidak puas hati.

Aufa tersengih mendengar bebelan umminya itu. Nak menyakat sikit saja pun kena bebel panjang lebar. Tapi dia tertarik dengan ayat Puan Sharifah Zaharah yang satu itu.

"Kalau Aufa habis sekolah ummi nak pinangkan dia untuk Aufa ke? Handsome tak dia ummi? Sado tak ummi? Badan dia berketul-ketul tak ummi?" Soal Aufa dengan gembira sekali. Bermacam-macam benda bermain dalam fikiran nakalnya itu.

Puan Sharifah Zaharah terus membulatkan matanya itu. Amboi gatalnya! Anak gadis siapa la gatal sangat ini!

Puan Sharifah Zaharah terus mencubit pinggang anaknya sebab gatal sangat. Aufa ini tidak habis-habis fikir pasal kahwin sahaja.

"Dah tak payah nak fikir pasal kahwin. Belajar dulu bersungguh-sungguh baru fikir pasal kahwin. Ummi tak nak nanti kat sekolah baru ummi dengar Aufa ber 'couple'. Faham!" Ujar Puan Sharifah Zaharah tegas. Dia bukan mahu mengongkong tetapi mahu mengelakkan perkara yang sama berlaku.

"Yalah, ummi ni garang betul. Aufa nak bergurau sikit pun tak boleh. Kan Aufa dah janji Aufa akan belajar bersungguh-sungguh. Aufa takkan bercinta lagi. Tapi kalau 'crush' boleh tak ummi." Ujar Aufa. Rasanya tidak salah rasanya untuk ada perasaan 'crush' itu.

Puan Sharifah Zaharah hanya menganggukkan kepala menandakan boleh. Dia faham perasaan itu hadir tanpa kita sedar. Dia akan membiarkan sahaja Aufa untuk mempunyai perasaan pada sesiapa sahaja asalkan tidak menganggu pelajaran anaknya itu.

"Ummi tak kisah sangat pasal tu. Asalkan pembelajaran Aufa tak terganggu. Ummi dulu pun pernah aje ter'crush' kat cikgu ummi. Benda ni tak salah asalkan tak lalai. Jangan ikut perasaan sangat." Ujar Puan Sharifah Zaharah tegas.

Sedang Puan Sharifah Zaharah dan Aufa berbual tiba-tiba Encik Azlan datang dan bersandar pada pintu bilik Aufa tanpa Puan Sharifah Zaharah dan Aufa sedar.

Aufa merasa seperti diperhatikan ketika sedang berbual lalu memandang di luar pintu biliknya. Dia melihat Encik Azlan sedang bersandar di muka pintu biliknya itu.

"Eh, walid. Bila masa walid ada kat situ? Aufa tak perasaan pun." Ujar Aufa terkejut. Yalah, tadi rasanya walidnya itu tiada dengan umminya. Tiba-tiba sahaja Encik Azlan muncul di muka pintu.

"Dah kamu berdua berborak tak ingat dunia mana nak perasaan walid kat sini. Walidkan tiang aje kat sini." Ujar Encik Azlan memerli.

Dush! Sentap betul mendengar perlian daripada Encik Azlan. Puan Sharifah Zahara juga sentap mendengar perliaan daripada si suaminya itu. Aufa dan Puan Sharifah Zahara hanya menayangkan sengih malu. Muka mereka berdua jangan kata merah padma kerana malu. Aufa terus menundukkan kepalanya.

"Apa yang rancak sangat kamu berdua berborakkan itu? Tak nak kongsi sekali ke? Macam seronok aje walid dengar." Ujar Encik Azlan sambil mengambil tempat duduk bersebelahan dengan isterinya.

"Tak ada apa-apa pun walid. Aufa dengan ummi borak kosong aje. Tadi ummi cakap Aufa dengan yang lain boleh masuk sekolah baru minggu depan. Cepat betul Aufa rasa sebab selalunya nak tunggu pengesahan untuk masuk sekolah barukan lama tapi sekolah ni cepat pula." ujar Aufa cuba menutup kegugupan dalam berbicara di hadapan Encik Azlan.

"Ya ke ni? Tadi walid dengar pasal 'crush'. Kamu crush kat siapa pula kali ni? Umminya pun sama siapa ada crush lagi pulak tu. Ingat, abang tak dengar ke sayang?" Ujar Encik Azlan sambil menjeling si isterinya yang dari tadi menundukkan kepala.

"Mana adalah abang. Abang sorang aje yang ada dalam hati sayang. Tak ada yang lain tau. Saya sayang suami saya sorang ni aje. Abang janganlah salah faham dengan saya." Ujar Puan Sharifah Zaharah cuba memujuk si suami yang sedang merajuk dan berjauhan hati itu.

Puan Sharifah Zaharah memeluk lengan Encik Azlan untuk memujuk Encik Azlan yang sedang memandang tempat lain itu.

"Abang... janganlah merajuk. Benda tu dah lepaslah sebelum saya kenal abang lagi. Masa tu saya tak matang lagi. Abang, janganlah merajuk lama-lama. Nanti malam saya nak tidur tak ada bantal peluk sebab abang tak nak tidur dengan saya." Ujar Puan Sharifah Zaharah manja. Dia tidak mahu suaminya itu terasa hati dan berjauhan dengan dia.

Aufa sedah membuat muka seperti mahu muntah. Alahai, dah berumur pun masih hendak bermanja-manja lagi. Sweet mereka berdua ini.

Puan Sharifah Zaharah memandang Encik Azlan untuk melihat riaksinya itu tetapi Encik Azlan tidak memberi sebarang reaksi. Puan Sharifah Zaharah mendekatkan bibirnya ke pipi Encik Azlan dan semakin dekat...

Chuppp!!!

Terkedu Aufa melihat aksi berani umminya itu. Terus pipinya itu berona merah padma. Aufa menekup kedua-dua belah pipinya itu dan tidak menyangka Puan Sharifah Zahara berani buat aksi sebegitu di hadapannya. Selalunya kalau Encik Azlan mahu mengucup pipinya itu mesti Puan Sharifah Zahara mengelak kerana malu diperlakukan seperti itu di hadapan anak-anak.

Encik Azlan kelihatan seperti terkedu dan tergamam tidak bergerak. Encik Azlan mengeras dan tidak mampu mengeluarkan sepatah perkataan pun selepas pipinya dikucup. Pipi Encik Azlan berona merah padma. Di dalam hati dia bersorak kerana tidak sangka isterinya begitu berani mengucup pipinya di hadapan Aufa semata-mata mahu memujuk dirinya yang berpura-pura merajuk itu.

"Ehem!" Aufa berdehem. Lantas Encik Azlan dan Puan Sharifah Zahara memalingkan kepala mereka menghadap Aufa. Aufa menayangkan sengih tidak bersalah.

"Hmm... ummi, walid. Aufa pergi bilik study nak bukak laptop nak buat video call dengan Syaz dan Lyn. Ummi dan walid teruskan berasmara dana di dalam bilik Aufa ni ya. Aufa pergi dulu." Ujar Aufa sebelum berlalu sambil menayangkan sengihan menyakat.

Encik Azlan dan Puan Sharifah Zahara mengusap belakang tengkung mereka untuk mengurangkan rasa malu selepas di tegur Aufa. Aduhai! Macam manalah mereka boleh terlepas laku macam tu sekali. Nasib baiklah Aufa sahaja yang nampak. Kalau Tengku Zaulan yang nampak habis mereka di sakat tidak berhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience