"AUFA kau ok tak ni? Kau nampak pucat sangat ni. Tak payahlah datang sekolah. Karang tak pasal-pasal kau pengsan kat sini." Kata Syaza dengan penuh prihatin.
Syaza tak boleh sahabat baiknya ini sakit sikit pun. Dia nak sahabat-sahabatnya sentiasa dalam keadaan yang sihat walafiat aje.
"Aku okey, cuma hati aku aje yang sakit. Sakit sangat terlalu sakit yang tak tertahan, Syaz. Sampai hati dia buat aku macam ni. Dia ingat perasaan aku ni apa? Sesuka hati aje dia permainkan cinta aku ni. Dia buat aku macam tak ada perasaan. Dia ingat aku ni sampah ke?" Aufa menangis teresak-esak sehingga sesak nafas.
Tercungap-cungap Aufa mencari nafas kerana terlalu sangat menangis.
Syaza dan Aralyn sedih melihat sahabat baiknya itu menangis tanpa henti daripada semalam lagi. Mereka sudah buntu untuk membantu Aufa dengan cara macam mana lagi.
Sudah pelbagai cara yang mereka sudah cuba tetapi masih tidak berhasil lagi untuk memujuk Aufa dan memberhentikan Aufa dari menangis.
"Apa kurangnya diri aku ni dekat mata dia? Teruk sangat ke aku ni? Disebabkan aku gagal dalam pelajaran dia minta putus dengan aku macam tu aje? Mana janji manis dia yang dulu?!" Bentak Aufa dengan tangisan yang makin kuat.
Dia rasa macam dah tidak boleh hidup tanpa cinta lelaki tersebut.
Syaza dan Aralyn terkejut mendengar jeritan Aufa. Mereka tahu yang Aufa sangat-sangat menyayangi Syed Ammar bekas kekasih hatinya itu.
Syaza dan Aralyn tahu bertapa banyaknya benda yang Aufa dah lakukan semuanya hanya untuk seseorang lelaki yang bernama Syed Ammar.
Tetapi semua sia-sia saja apabila lelaki tidak guna itu tidak reti menghargai usaha Aufa selama ini untuk lelaki yang dicintainya itu.
Syed Ammar Zayyan kekasih hati Tengku Nurul Aufa. Mereka berdua telah bersama sejak daripada tingkatan satu sehingga ke tingkatan tiga.
Mereka berdua tidak pernah bergaduh antara satu sama lain semasa mereka berdua hangat bercinta.
Sampai guru-guru dan pelajar lain cemburulah melihat hubungan mereka berdua.
Mereka berdua adalah pasangan kekasih yang paling sweet dekat sekolah itu. Mereka sentiasa bersama dan tidak pernah berjauhan.
Apabila mereka pergi ke mana-mana pasti mereka berdua berkepit macam belangkas tengah bercinta. Tidak boleh berpisah jauh langsung.
Kalau seorang ke utara dan seorang ke selatan pun pasti akan berjumpa juga. Macam itulah pepatahnya.
Tetapi sebaik sahaja mengetahui keputusan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) keluar dan apabila Ammar mengetahui keputusan peperiksaan Aufa keluar dan tidak memberangsangkan, terus saja Ammar memutuskan perhubungan mereka berdua yang terjalin selama ini.
Dengan muka yang tidak bersalah meminta putus macam itu saja. Tidak menjaga perasaan Aufa langsung. Ketika kejadian tersebut, pastilah Syaza dan Aralyn bengang.
Mana tidak meraungnya Aufa, dahlah keputusan yang diterima tidak memberangsangkan dan mengecewakan ibubapanya, tiba-tiba saja Syed Ammar meminta putuskan hubungan mereka macam itu saja.
Waktu inilah, Aufa memerlukan semangat daripada sahabat-sahabatnya dan lelaki yang dicintainya itu. Tetapi apa yang diharapkan oleh Aufa tidak tercapai.
Syaza dan Aralyn terkejut juga bila dengar apa yang dilontarkan daripada mulut Syed Ammar itu.
"Dahlah Fa, kau lupakan ajelah lelaki tak guna tu. Tak ada guna pun kalau kau tunggu dan sentiasa ingat dia. Dia bukannya kisah pun pasal kau. Kalau dia kesah pasal kau dia takkan buat kau macam tulah. Dah la tu move on aje lah." Kata Aralyn pula cuba memujuk.
Dia tak mahu Aufa sakit kerana lelaki yang tidak reti menghargai perempuan sebaik Tengku Nurul Aufa itu.
"Kau orang ingat senang ke aku nak move on macam tu aje? Tiga tahun aku dengan dia bersama semudah tu aje dia lupakan aku? Kat mana salah aku pada dia? Kenapa dia tiba-tiba berubah hati macam tu aje." Kata Aufa dengan penuh penyesalan.
Aufa rasa menyesal kerana berikan kasih sayang dan cintanya pada lelaki yang salah.
"Dahlah tak payah nak fikir-fikir lagi pasal benda ni lupakan aje. Kau pun nak pindah sekolahkan? Kita orang ikut kau pindah sekali. Okay? Kita orang takkan biarkan kau keseorang kat sana. Kita kan dah macam kembar mana boleh berpisah. Apatah sekolah lain-lain tempat." Kata Syaza cuba memujuk Aufa.
Aufa mengelap air matanya sambil tersenyum. Dia tahu sahabat-sahabatnya itu takkan menghampakan dia.
Sahabat-sahabatnya itulah kekuatan untuk dirinya selain daripada ahli keluarga. Sahabat yang sentiasa memahami dan sentiasa ada ketika suka atau duka dan ketika kita sedang susah mahupun senang.
Aralyn dan Syaza tercengang apabila melihat reaksi sahabat baiknya itu. Tadi menangis macam ibu kehilangan anaknya tiba-tiba tersenyum sendiri.
Seram!!! Macam orang Psiko pun ada tiba-tiba saja daripada Aufa menangis tiba-tiba boleh tersenyum macam tiada apa-apa yang baru berlaku pada dirinya.
"Weh Fa, kau okey tak ni? Apahal tiba-tiba kau sengih sorang-sorang macam orang tak betul ni?" Kata Syaza dengan takut-takut.
Aralyn menganggukkan kepala bersetuju dan melangkahkan kakinya ke belakang kerana takut tengok perubah Aufa.
Kenapa Aufa boleh berubah dengan begitu drastik dan cepat sekali dia punya perangai.
"Fa, kau jangan macam-macam. Kau ok tak ni? Jangan takutkan aku dengan Syaz woi! Dahlah kau tadi menangis tiba-tiba aje sengih sorang. Seram bangang!" Kata Aralyn pula sambil memukul bahu Aufa.
Rasa macam nak larikan diri saja. Mereka berdua seperti tidak mengenali sahabatnya yang berada di hadapan mereka sekarang ini.
Aufa memalingkan badannya dan senyum sampai menampakkan giginya yang putih bersih dan teratur itu. Syaza dan Aralyn memandang Aufa dengan pelik.
Betul ke yang di hadapan mereka ini sahabatnya yang menangis tidak berhenti tu? Ada pun ada benda lain yang dah memasuki dalam badan Aufa itu?
"Kau ni dah kenapa kena sampuk dengan hantu ke apa?" Tanya Syaza dan Aralyn serentak. Terus meremang bulu roma mereka apabila mengatakan sebegitu.
Jangan Aufa menganggukkan kepala dan membenarkan apa yang mereka kata. Ah, sudah! Syaza dan Aralyn akan lari tak cukup tanah dari situ.
Aufa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tapi sengihannya dia masih ada.
Dia tahu dua orang sahabatnya itu memang penakut sikit kalau bab-bab makhlus halus. Benda yang mereka tidak nampak.
Kalau cerita hantu sikit saja pada mereka berdua mulalah menekup telinga. Ataupun kalau nampak bantal, mereka berdua akan menekup telinga dan buat-buat tidak dengar.
Aufa sangat terhibur dengan perangai mereka berdua.
"Korang betul akan pindah sekolah sekali dengan aku? Sekolah sekali dengan aku dekat tempat baru? Are you guys really sure? Parents korang berdua bagi ke? Kalau tak bagi aku faham. Aku tak nak menyusahkan korang berdua dan family korang," soal Aufa dengan penuh prihatin.
Walaupun dia gembira tapi dalam masa yang sama dia patut tahu yang sahabatnya itu masih mempunyai keluarga sendiri.
"Ya, kita orang pindah sekolah sekali dengan kau. Kita belajar dekat sekolah baru sama-sama. Kitakan sahabat sejati untuk selama-lamanya. Mana boleh berpisah. Betul tak Lyn?" Kata Syaza sambil memandang ke arah Aralyn.
Aralyn seperti sedang mengelamun sekejap. Syaza terus menyiku lengan Aralyn dan mengangkat keningnya sebelah seperti ala-ala Ziana Zain penyanyi tanah air yang terkenal itu.
Aralyn menganggukkan kepalanya apabila tersedar daripada mengelamun dan mengiakan kata-kata Syaza itu.
Mereka bertiga telah bersahabat baik dari kecil mana mungkin untuk mereka berpisah. Kalau terpisah pasti mereka bertiga mengalirkan air mata sampai banjir satu sekolah itu.
Aufa berasa sangat gembira kerana tidak perlu lagi berasa risau untuk mencari rakan baru apabila berada di sekolah baharunya itu nanti.
Buat apa mahu cari rakan baru sekiranya sahabatnya itu bersekolah sama-sama dengannya.
Kalau ada orang lain yang mahu berkawan dengan mereka bertiga, sudah tentu mereka terima dengan hati yang terbuka.
Aufa terus berlalu ke arah mereka berdua dan memeluk leher kedua-dua sahabat baiknya itu.
Dia rasa sangat bahagia dan sangat gembira sekarang ini dan melupakan apa yang telah terjadi kepadanya tadi.
Dia takkan mensia-siakan saat ini. Dia harus gembira bukannya sedih pasal lelaki. Kumbang bukannya seekor. Banyak lagi kumbang yang lain.
"Aku sayang korang berdua sangat-sangat. Korang berdualah sahabat sejati aku selama-lamanya sehingga ke syurga nanti. Aamin!" Kata Aufa bersemangat.
Biarlah hilang beribu lelaki sekalipun dia sanggup. Asalkan bukan hilang sahabat dunia dan akhiratnya itu.
Dia tidak sanggup kehilangan Syaza dan Aralyn. Mereka berdua bagaikan nyawa untuk Aufa teruskan kehidupannya itu.
"Aamin!!" Jawab Syaza dan Aralyn serentak. Mereka berdua berharap biarlah hubungan mereka bertiga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tiada apa yang dapat memisahkan mereka berdua. Kecuali yang dapat memisahkan mereka bertiga hanyalah ajal maut sahaja.
Lalu mereka bertiga meninggalkan sekolah tersebut dan membuang segala kenangan pahit ketika mereka bertiga berada di sekolah tersebut.
Bak kata pepatah yang dulu. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Mereka melangkah keluar dengan hati yang tenang dan gembira. Tidak usah dikenang lagi kenangan yang lama.
Mereka bertiga berharap selepas sahaja mereka berpindah dari sekolah lama ke sekolah baharu nanti mereka berharap dapat membina memori yang indah sahaja.
Tiada lagi memori hitam, tiada lagi yang sedih-sedih.
Hanya yang gembira dan seronok saja menjadi kenangan mereka bertiga.
KETIKA Aufa melangkah sahaja masuk ke dalam rumah, Aufa terus di serang dengan pelbagai soalan tentang keputusan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang baru saja dia dapat.
Aufa menelan liurnya dengan kesat sekali. Tidak tahu mahu memberi jawapan apa. Dia tidak fikirkannya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Hah Ngah, macam mana dengan result PT3 tu okey tak? Ada yang lulus tak?" Tanya Zaulan bertubi-tubi tiada noktah di penghujung soalannya itu. Macam peluru bom saja soalan dia itu.
Haih, soalan dia tu mengalahkan soalan daripada Puan Sharifah Zahara dan Encik Azlan saja.
Aufa terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba sahaja daripada si abang yang tidak reti bersabar itu. Ada yang kena pelangkung dengan dia kejap lagi karang.
Tidak reti bersabar langsung. Kalau iya pun nak tanya bagilah dia duduk dulu. Dahlah baru balik sekolah, jalan kaki pula tu. Penat tahu tak!
"Kau ni kan Along, cuba tanya tu elok-elok tak boleh ke? Akukan baru aje balik bagilah aku duduk dulu." Kata Aufa sambil membulatkan matanya itu. Abangnya itu memang tidak reti agaknya nak suruh adiknya itu duduk dulu.
Ambil nafas dulu sebelum diserang dengan macam-macam soalan. Lagi satu, perangai abangnya ini mengalahkan perangai mak cik-mak cik yang suka membawang dan menjaga tepi kain orang. Aufa menggeleng-gelengkan kepalanya itu.
Syed Ahmad Zaulan hanya tersengih selepas dimarahi oleh Aufa. Tanpa perasaan malu di ambilnya bantal lalu dibalingnya ke arah Aufa yang sedang duduk di atas sofa berangkai tiga itu.
Dan dengan tepatnya mengena ke arah muka Aufa. tanpa sempat di elak oleh Aufa. Aufa memandang Zaulan dengan pandangan geram dan tidak puas hati. Ada ke patut layan adiknya macam tu.
"Sakitlah Long! Kau memang tak sayang adik kau, kan! Umi! Walid! Tengok along ni, baling bantal dekat orang! Dia ingat tak sakit ke? Dia dah la lelaki, kita ni perempuan. Insan yang lemah." Ujar Aufa mendayu-dayu.
Sengaja mahu mengambil perhatian Tengku Azlan dan juga Puan Sharifah Zaharah yang sedang berehat di luar sambil minum petang di luar rumah.
Aufa mengadu kepada kedua ibu bapanya itu. Tengku Azlan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah kedua-dua anaknya itu.
Kalau berjumpa saja di rumah, selalu bergaduh dan rumah menjadi bising. Kalau mereka tidak bergaduh di rumah jadi sunyi pula dalam rumah macam tiada siapa di dalam rumah tersebut.
Sorang dah 25 tahun seorang lagi 16 tahun. Dua-dua sudah tua bangka tapi perangai mereka langsung tidak matang. Ini kalau campur lagi seorang yang berada di asrama memang makin riuh-rendah jadinya di dalam rumah ini.
Keluarga ini hanya ada lima orang sahaja penduduk dalam kediaman ni tapi riuh sekampung. Macam ada sepuluh orang anak pun ada juga.
"Haih, kamu berdua ni dah tua bangka tapi tak matang-matang juga perangainya tu. Nasib baiklah adik kamu yang sorang tu ada dekat asrama tak dapat balik rumah lagi. Kalau dia balik boleh roboh rumah ni dengan suara dan perangai tak matang kamu bertiga tu." Kata Puan Sharifah Zahara sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Penting melayan kerenah yang berbeza-beza yang ditunjukkan oleh anak-anaknya itu.
Aufa dan Zaulan hanya tersengih selepas mendengar bebelan daripada maknya itu. Tidak membantah sedikit pun apa yang dikatakan oleh Puan Sharifah Zaharah.
Sebab apa yang dikatakan oleh maknya itu semua benar. Tiada satu pun yang salah tentang perangai mereka tiga adik-beradik. Lantas Aufa terus duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu tersebut. Berhadapan dengan abangnya itu.
"Ha Ngah, kau tak jawab lagi soalan aku tentang result kau tu. Macam mana okey ke tak? Kau lulus tak exam tu? Kalau lulus berapa A dan berapa subject." Tanya Zaulan tidak puas hati.
Aufa menelan liurnya dengan kesat. Ingatkan abangnya sudah lupa dengan soalannya tadi rupanya masih ingat. Buang masa aje dia sengaja menukar topik sebab tak mahu keluarganya bertanyakan tentang keputusannya itu.
Aufa mengeluh. Dia gementar dan takut untuk mengaku keputusan yang dia peroleh. Dia tahu keputusan yang dia akan beritahu nanti sudah tentu akan mengecewakan mereka sekeluarga.
Tapi, nak buat macam mana lagi, keputusan sudah pun keluar dan sekarang berada di tangannya. Aufa menarik nafas dalam kemudian hembus. Dia mengenggam tangannya sendiri untuk mencari semangat.
"Hmmm.... Yang lulus tu memang ada yang lulus tapi, A dalam keputusan yang keluar tu tak ada." Kata Aufa sambil tersenyum sedikit kelat. Dia perasan dengan perubahan wajah yang di tunjukkan oleh Puan Sharifah Zaharah selepas mendengar keputusan yang dikeluarkan sendiri dari mulut Aufa itu.
"APA yang nak jadi dengan kamu ni hah? Umi dah kata jangan bercinta tapi kamu tetap juga nak bercinta monyet dengan Si Ammar tu! Sekarang apa nak jadi?! Umi dah pesan awal-awal lagi. Kan apa yang umi cakap dah jadi kenyataan. Tu la degil lagi. Umi dah malas nak cakap dengan kamu lagi." Marah Puan Sharifah Zahara dengan suara yang agak kuat dan lantang.
Terus mati senyuman Aufa tadi. Aufa terus menundukkan kepalanya memandang lantai dan menahan daripada air matanya terus menitis. Dia sudah berusaha sedaya upaya menjawab soalan ketika peperiksaan tersebut sedang berlangsung.
Kenapa semua orang tidak nampak yang dia berhempas-pulas mengulang kaji setiap malam untuk menghadapi peperiksaan ni?
Zaulan terkejut apabila melihat terletusnya kemarahan Puan Sharifah Zahara pada adiknya itu, Aufa.
Zaulan terus menghampiri Aufa dan memeluk bahu Aufa memberi semangat setelah dimarahi oleh uminya itu.
Dia faham mesti Aufa terasa dan sedih dengan kemarahan yang Puan Sharifah Zaharah keluarkan itu. Dia faham perasaan adik perempuannya itu.
"Awak ni Zah, cubalah tegur Aufa tu dengan cara elok-elok. Jangan nak main marah dan jerkah dia macam tu aje. Kesian dekat anak kita tu. Awak tanya dia baik-baik bukan main nak lepaskan aje kemarahan awak tu pada dia. Mesti ada sebab dia dapat keputusan macam tu." Kata Tengku Azlan sambil cuba menenangkan Puan Sharifah Zahara dengan mengusap-usap belakang tubuh isterinya itu.
Berharap dengan cara ini dapat mengurangkan kemarahan Puan Sharifah Zaharah.
"Abang, Tau tak dah banyak kali saya pesan dekat Aufa tu. Jangan bercinta masa sedang belajar nanti tak tumpu dan tak mampu beri perhatian masa dalam kelas nanti. Inilah jadinya dapat keputusan exam yang teruk. Hah, nilah akibatnya tak nak dengar cakap orang tua. Ni balasannya result teruk." Ujar Puan Sharifah Zaharah.
Dia menjeling tajam ke arah Aufa yang sedang menunduk memandang lantai itu.
Aufa menahan tangisannya sehingga terhinjut-hinjut bahunya itu. Walaupun Zaulan memujuknya supaya jangan menangis tetapi air matanya tidak mahu berhenti mengalir.
Dia sangat sedih sebab dah buat keluarganya kecewa dengan keputusan dia itu. Dia tidak mampu buat keluarganya gembira.
Kenapalah aku ini selalu sangat menyusahkan dan mengecewakan keluarga sendiri?
"Aufa dah berusaha bersungguh-sungguh umi. Tapi nilah keputusan yang dapat dan dah keluar. Umi janganlah marah Aufa macam ni. Aufa minta maaf sebab tak dapat memuaskan umi dengan mendapat keputusan yang cemerlang. ini aje yang mampu Aufa hadiahkan untuk umi, walid dan keluarga kita yang lain." Kata Aufa dengan suara serak kerana menangis tidak henti.
Sebak rasanya dalam hati dan dada.
"Kamu tu banyak sangat alasannya tu! Padanlah dengan muka kamu tu dapat result yang teruk! Dahlah degil, lepas tu keras kepala lagi! Dahlah malas belajar pula tu! Apa nak jadi hah, Tengku Nurul Aufa! Dahlah, malas umi nak cakap dengan kamu lagi! Buang masa dan buang air liur aje. Cakap dengan kamu pun bukannya nak dengar." Kata Puan Zahara sambil berlalu pergi. Tidak pandang langsung ke arah Aufa.
Tengku Azlan hanya mengeluh dan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat perangai isterinya begitu.
Tidak menyangka isterinya marahnya begitu sekali terhadap anak perempuan mereka. Tengku Azlan bangun dan menghampiri Aufa lalu mengusap bahu Aufa.
Dia tahu anaknya itu juga tak menyangka yang Puan Sharifah Zaharah begitu marah dengan dia di sebabkan mendapat keputusan yang kurang memuaskan itu.
"Dahlah tu, kamu jangan nak nangis lagi. Nanti pandai-pandailah walid pujuk umi kamu tu. Dia marah kejap aje tu, ya. Jangan simpan dalam hati. Walid tahu kamu terasa dengan kata-kata umi tu. Dia tak sengaja tu. Nanti redalah tu." Kata Encik Azlan sambil berlalu pergi ke arah Puan Sharifah Zahara yang berada di dalam bilik mereka.
"Along, teruk sangat ke perangai Angah ni sampai umi cakap macam tu sekali? Teruk sangat ke result aku sampai umi dah tak nak cakap dengan aku lagi? Betul ke aku ni tak pandai dan paling bebal dalam rumah ni?" Tanya Aufa tersedu-sedan dengan tangisan tak mahu berhenti tu.
Walaupun Tengku Azlan kata jangan simpan dalam hati dia tetap juga terasa dengan apa yang keluar daripada mulut seorang ibunya.
Tengku Ahmad Zaulan hanya menggelengkan kepalanya sambil cuba untuk memujuk Aufa. Dia menarik Aufa mendekatinya lalu memeluk Aufa dan menyembamkan Aufa di dadanya.
Dia berharap adiknya melepaskan segala kesedihannya itu di dadanya, Dia tak sanggup melihat adiknya menangis seperti itu. Dia faham perasaan Aufa apabila Puan Sharifah Zaharah melepaskan marahnya pada Aufa dengan berkata benda yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ibu, Sebab kata-kata itu adalah suatu doa buat seorang anak.
"Tak, kau pandai Ngah. Cuma kau malas sikit tu aje. Result kau tak teruk mana pun. Asalkan ada lulus walaupun tak ada A. Dahlah janganlah nangis lagi. Aku tak nak kau sedih-sedih macam ni, dik. Kau jangan terasa sangat dengan apa yang umi cakap. Kau bukan bebal dalam keluarga ni. Aku tak suka tengok kau macam ni, Aufa. Tak apalah kau dah buat yang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh. Ni aje yang kau mampu dapat, aku bangga dengan kau, Aufa." Pujuk Zaulan.
Ikhlas dia katakan apa yang baru saja keluar daripada mulutnya itu.
"Tapi umi marah sangat dekat aku, Long. Aku rasa macam aku ni anak yang tak berguna. Menyusahkan umi dengan walid aje. Buat apa aku hidup kalau tak menyenangkan umi dengan walid. Kenapa aku tak pernah buat umi gembira dengan aku? Aku ni asyik buat umi sedih dan marah kat aku aje. Apa salah aku kat umi, along." Makin teruk Aufa menangis.
Tiada tanda mahu berhenti daripada menangis. Sedih mengenangkan nasib dia yang selalu kena marah itu.
"Dahlah tak payah nak fikirkan sangat pasal perkara tu. Sekarang ni, kau pergi masuk dalam bilik, berehat dan tenangkan fikiran kau tu. Jangan nak sambung nangis pula nanti makin sembab mata kau tu. Nanti, kalau waktu makan malam aku panggil kau. Turun, jangan tak turun pula. Kalau tak turun aku robohkan pintu bilik kau tu." Kata Zaulan dengan lembut dan sengaja membuat lawak supaya adiknya itu tersenyum.
Zaulan mengelap air mata Aufa yang berbekas di pipi adiknya itu. Dia berasa kasihan melihat adiknya itu. Dia tahu Aufa bersungguh-sungguh belajar pada malam hari, tapi itu saja keputusan yang mampu Aufa bagi.
Dia selalu melalui bilik Aufa untuk melihat apa yang Aufa sedang lakukan. Kadang-kala dalam pukul 1 hingga 3 pagi lampu bilik Aufa tidak bertutup kerana dia mengulangkaji mata pelajaran untuk peperiksaan.
Dia nampak semua itu tapi dia tak mampu nak cakap semua itu kerana dia tahu, apa yang akan keluar daripada mulutnya itu, tidak akan dipercayai oleh Puan Sharifah Zaharah. Dia mengeluh.
Zaulan tidak pernah memandang rendah terhadap Aufa yang tidak mampu mencapai tahap yang diingini oleh keluarga mereka.
Zaulan nampak usaha dan susah-payah adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh dan penat lelah yang telah Aufa lalui selama ini.
Sebab itu apapun keputusan yang Aufa dapat dia bangga kerana dia tak mahu Aufa stres. Dia masih remaja untuk lalui semua ni.
Dia tidak mahu Aufa rasa terbeban dengan permintaan yang diminta oleh uminya itu.
"Terima kasih Along. Aku sayang kau sangat-sangat. Kau banyak sangat tolong aku ketika aku dalam kesusahan. Kaulah yang selalu bagi aku semangat. Terima kasih aku hargai semua tu. Aku masuk dulu ke dalam bilik aku nak rehat. Penat. Aku perlukan tidur yang cukup untuk membesar dengan sihat." Kata Aufa di selitkan dengan gurauan. Menghiburkan hatinya yang terluka.
"Yalah. Dah-dah pergi masuk sana. Kemudian, mandi, bersihkan diri dulu. Badan kau tu dah lah berpeluh, busuk pula tu. Lepas mandi bersihkan diri semua baru tidur. Solat jangan lupa. Kalau kau tak solat siap kau! Tahu la aku nak buat apa dengan budak malas nak solat ni" Kata Zaulan. Dia amat mementingkan tentang solat.
Sesibuk mana pun dia di pejabatnya solat dia tak pernah tinggal dan sentiasa solat di awal waktu.
Aufa menganggukan kepalanya menandakan dia faham dengan arahan yang diberikan oleh abangnya itu dan berlalu masuk ke dalam biliknya itu.
Dia harus membersihkan dirinya dulu kemudian solat baru boleh tidur dengan nyenyak. Dia penat. Terlalu penat menghadapi semua perkara ini.
Tengku Ahmad Zaulan hanya tersenyum melihat telatah adiknya itu. Walaupun Aufa dan dia selalu aje bergaduh apabila berjumpa dan bersua muka tapi dia amat sayang terhadap adiknya itu.
Aufalah yang selalu ada dengannya setiap masa. Walaupun dia ada sorang lagi adiknya yang berada di asrama. Tetapi dengan Aufa juga la yang paling dia rapat.
Aufa seorang anak yangmanja tapi pandai berdikari dengan sendirinya tanpa bantuan sesiapa pun.Walaupun dia nampak aje kuat di hadapan orang lain tapi dia juga seorang perempuanyang lemah dan sentiasa menangis setiap malam di dalam biliknya sendirian.
Dia tidak mahu orang lain tahu mahupun lihat dia menangis. Aufa tidak mahukelihatan lemah dihadapan orang lain. Dia tidak mahu orang mendekatinya kerana kesian.
Biarlah dihadapan khalayak ramai dia nampak kuat tetapi apabila dirumah sebaliknya yang terjadi.
Share this novel