13

Romance Completed 67310

BEG bagasi sudahpun diletakkan ke dalam kereta. Ethan segera mendapatkan isterinya dan ibu mertuanya yang sedang bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal.

“An bawa kereta tu baik-baik ya. Jangan nak cepat-cepat sangat.” Nasihat Puan Julia kepada menantunya.

Ivy tergelak kecil.

“An? Mak panggil suami Ivy An? Mana mak dapat idea tu mak?”

“An lah sedap. Kalau panggil Ethan tu macam panjang sangat. Nama orang putih susah nak sebut. Jadi mak panggillah dia An.” Jelas Puan Julia.

Selepas selesai menguruskan barang-barang yang hendak dibawa, Ethan menyalami tangan Puan Julia sebelum meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ivy disebelah, hanya tersengih-sengih. Sakit pula hati Ethan melihat isterinya yang seperti berseronok kerana ketiadaan dia nanti.

Ivy menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ethan. Tangan suaminya itu dikucup halus sebelum dahinya pula dijadikan mangsa kucupan Ethan.

“Jaga diri baik-baik.” Ujar Ethan senada. Ivy hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience