7

Romance Completed 67310

ETHAN menguis-nguis skrin telefon sebelum pandangannya beralih pada si isteri yang kelihatan gusar di sebelah. Bibirnya perlahan-lahan mengukir sebuah senyuman yang tidak dapat ditafsirkan. Memang dia gila! Dari pagi tadi dia asyik senyum tak kira masa. Tak tahu apa yang membuatkan dia begitu ‘murah hati’ untuk tersenyum.

Tangannya sekejap memegang beg kemudian memegang kepala. Entah apa yang tidak kena. Ivy tidak sabar untuk tahu alamat kolej adiknya tapi yang mamat di sebelahnya itu boleh pula meng-slow motionkan keadaan.

Konsentrasinya sedikit terganggu bila orang di sebelahnya itu asyik bergerak sana-sini-tak-reti-nak-duduk-diam. Kejap matanya pada skrin telefon dan sekejap pada Ivy. Dengan gangguan seperti itu Ethan memang tidak boleh buat kerja.

‘Arghhh!’ hatinya mula bengang melihat keadaan itu lalu kedua-dua belah tangannya menggapai kedua-dua belah tangan mulus milik Ivy. Ivy terdiam. Matanya membuntang besar memandang Ethan.

“Apa awak buat ni?” tanya Ivy perlahan. Dia memang agak terkejut apabila Ethan tiba-tiba memegang kedua-dua belah tangannya. Matanya dan mata Ethan bersatu. Bagaikan satu magnet Utara dan Selatan.

Ethan yang menyedari kelakuannya yang agak ‘sopan’ itu, cepat-cepat mengalihkan tangan dan pandangannya ke tempat lain. Fuh. Kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup kuat pula ni?

Wajah Ivy bertukar merah. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Tidak sanggup bertentangan mata dengan lelaki itu lagi. Sungguh…menggoda pandangan mata jejaka itu! Tidak sanggup dia mahu pandang lama-lama.

Ethan berdeham beberapa kali. “ Aa…err…aku dah dapat alamat kolej adik kau.” Ujar Ethan.

“Alright! Jom pergi sana!” balas Ivy ceria.

“No,” ujar Ethan pendek. Muka selamba ditayang. Ivy menoleh sebelah.

“Kenapa pulak?” bentak Ivy tidak puas hati.

“Kau suruh aku cari alamat dia je tadi kan? And besides, sekarang ni waktu bekerja my dear.” Terang Ethan bersama senyuman yang sengaja dibuat-buat. Ivy menayang muka masam. Bibirnya dimuncungkan. Kakinya dihentak-hentak.

“ Habis tu? Bila boleh saya jumpa adik saya?” soal Ivy kasar tapi kedengaran manja.

Ethan menahan tawanya dari meletus. Serius memang dia suka sangat dengan isterinya yang baru ini. Sangat adorable!

“Well, you have to be patient and we’ll go next week. So, for the time being you’ll just have to stick with me. Like a glue.” Ethan menayang senyuman menawan sebelum dia mengangkat punggung.

Belum sempat Ivy membidas, Ethan mengangkat tangannya tanda talk-to-the-hand. Ivy merengus kasar. Badan disandarkan pada kerusi. Sungguh dia buntu. Tak tahu jalan apa yang harus dia ikut. Nak meminta pertolongan lelaki itu ? Huh! Harapkan muka je handsome, tapi kedekut ! Kedekut tenaga! Bukan nak hantar dia berjumpa Damia. Huh! Geramnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience