8

Romance Completed 67310

IVY mengomel sendirian tidak puas hati terhadap jejaka bernama Ethan. Sejak perkenalan pertama, hmm, boleh dianggap pertemuan pertama ke? Ahh! Apa-apa je lah! Tapi yang penting, lelaki itu memang menyakitkan hati. Tapi,…kenapa macam sekali-sekala tu kalau lelaki itu berada dekat dengan dia, jiwanya terasa bergetar ya? Hmm, mungkin, lelaki itu nampak kacak jadi mungkin juga dia jatuh suka dengan lelaki itu kerana rupa. Ahh! Apa-apa je lah!

Jam sudahpun menunjukkan pukul 6 petang. Ivy masih berada dalam keadaan yang sama. Jika pembantu peribadinya masuk untuk beritahu dia ada mesyuarat pasti Ivy akan mengelak. Kalau boleh hari ini memang dia nak menyorok dalam cengkerang. Tak nak keluar-keluar!

“Meh, jom!” Tidak Ivy sedar, tangannya tiba-tiba ditarik dan digenggam kemas oleh seseorang.

Dia terpinga-pinga tapi dia ikutkan sahaja lelaki itu. Dari belakang sempat Ivy meneliti tubuh sasa milik Ethan. Kotnya sudah dicabut dan disangkut kemas pada lengan. Beg bimbit dipegang belah kiri manakala tangannya belah kanan menggenggam erat tangan Ivy.

Matanya kemudian beralih pada baju kemeja berwarna putih yang sudahpun dilipat kemas. Melalui pantulan pintu lif, dia dapat melihat tubuh lelaki itu pada bahagian depan. Beberapa butang sudah dibuka. Ohh…lelaki itu nampak sangat err…nevermind.

“Kau tengok apa?” tanya Ethan senada. Ivy menelan air liur. Kantoi!

“Err, tengah buat analisis.” Aduh ! Apa jawapan yang dia bagi ni? Buat analisis? Analisis apa ? Memang itu idea spontan dia. Tak terlintas di fikiran pun.

Ethan menggangguk kepala. Senyumannya disembunyikan.

“Buat analisis pasal tubuh manusia eh?” soal Ethan nakal. Pandangannya masih dihalakan pada pintu lif.

Ivy menggelabah.

“Aaa…err…saya nak analisis badan siapa pulak.” Soal Ivy bodoh. Aduh! Macam memerangkap diri sendiri je.

Ethan menjongket bahu.

“Well, I don’t know. The answer is with you.” Balas Ethan.

Senyumannya tidak dapat disembunyikan. Bukan dia tidak perasan yang Ivy sedang memerhatikan dia kerana dia juga turut sama memerhatikan Ivy melalui pantulan lif pintu.

Wajah Ivy yang malu-malu, gelabah, tak sabar, marah, geram semuanya tersemat kukuh di kepala dalam satu hari. Hmm. Dia sendiri bingung. Macam mana dia boleh ingat semua itu sedangkan tak pernah sekalipun dia begitu teliti dalam memerhatikan gerak-geri Ivy. Tapi kenapa hari ini dia seperti orang angau? Dia dah jatuh cinta? Buat…pertama kali ? Hmm. Jatuh cinta dengan isteri sendiri. Tak salah kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience