10

Romance Completed 67310

AIRIS berjalan perlahan memasuki biliknya manakala Ethan hanya mengekori dari belakang. Ethan mengunci pintu lalu bergerak ke katil dan merebahkan badan akibat kepenatan yang teramat sangat.

“Mr. Ethan, sila tidur di bawah ye malam ni. Saya tak ada masa nak tidur bersebelahan dengan awak !” ujar Ivy sambil memeluk tubuh di sisi katil. Matanya memandang Ethan yang sedang berbaring.

‘Penat ke dia ni?’ detik hati Ivy. Terasa kejam pula menyuruh orang yang memandu sampai beribu-ribu batu. Tangan Ivy tiba-tiba ditarik lalu dia jatuh di atas dada bidang milik Ethan.

“Mrs. Ethan, you can sleep right next beside me tonight.” Ujar Ethan perlahan bersama matanya yang telah dipejam rapat. Bahu Ivy dipeluk erat.

Ivy yang berasa tidak selesa itu cuba melepaskan diri dari pelukan paksa itu secepatnya.

“No, thank you!” Pintu bilik dibuka lalu Ivy keluar bersama degupan jantung yang laju. Walaupun dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun, hatinya mengatakan sebaliknya. Dia terasa bagaikan di taman bunga. Bahagia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience