14

Romance Completed 67310

IVY melabuhkan duduk di atas tangga selepas kereta milik Ethan hilang dari pandangan. Tiba-tiba dia berasa sunyi pula dengan ketiadaan Ethan. Adakah dia merindui lelaki itu? Ataupun, adakah dia sudah mula untuk menyayangi lelaki yang sudahpun bergelar suami kepadanya? Oh, tidak! Dia ada tugas yang lebih penting dari memikirkan soal itu.

“Ivy ! Ivy boleh tolong mak kejap tak?” jerit Puan Julia dari dapur.

Ivy yang mendengar namanya dipanggil segera berlari ke atas untuk mendapatkan maknya.

“Ada apa mak?” tanya Ivy sebaik sahaja dia sampai di dapur dan melihat Puan Julia yang sedang tergaru-garu kepala.

“Garam mak dah habis lah Ivy. Boleh Ivy tolong belikan. Kalau tidak lauk mak semua pahit lah nampaknya.”

Ivy hanya tersenyum melihat gelagat maknya yang kelam kabut. Ingatkan apa lah tadi. Setakat beli garam ni no hallah!

“ Mak nak berapa?”

“ Beli satu paket je lah. Nak beli banyak kang, ada juga orang dalam rumah ni yang kena darah tinggi.” Ujar Puan Julia lalu menyambung kerjanya.

Ivy mengangguk lalu pergi ke biliknya. Tudung dicapai lalu dipakai ala kadar. Dompet diambil.

“Ivy pergi dulu eh mak?” jerit Ivy dari ruang tamu.

Dalam perjalanan ke kedai, Ivy ternampak beberapa mamat motor yang sedang bersidai di hujung jalan. Tiba-tiba, kakinya terasa berat untuk melangkah. Kejap dia berhenti, kemudian dia berjalan semula dan berhenti. Ivy menggigit bawah bibir.

Akhirnya, dia menguatkan juga hati. Dengan lafaz bismillah dia berjalan dengan perlahan dan apabila berhampiran dengan konco-konco itu, hayunan kakinya, dipercepatkan lagi.

“Eh? Cik adik ni nampak familiar lah. Macam bekas awek aku. Comel!” ujar salah seorang mamat motor dari belakang. Ivy sudah mula tidak sedap hati. Langkah kakinya makin dicepatkan lagi.

“Cik adik cantik ni nak cepat-cepat pergi mana, abang kan ada.” Tangan Ivy tiba-tiba ditarik kasar. Tubuh genit Ivy terus terpusing kebelakang. Jantungnya makin berdebar-debar dengan kelakuan mamat motor yang tiada adab itu.

“Lepaskan aku lah!” Ivy cuba menarik tangannya semula tetapi gagal.

Gedebuk!

Satu penumbuk berkuasa veto hinggap pada batang hidung mamat motor yang tiada adab tadi. Ivy memejam matanya. Dia sangkakan, tumbukan itu adalah untuknya jadi untuk keselamatan, dia memejamkan mata. Tidak sanggup untuk melihat keganasan yang sedang berlaku.

“Sorry bang, janji tak buat lagi.” Suara mamat motor yang sudah bertukar jadi lembut sahaja yang kedengaran. Siapakah yang telah menjadi penyelamat dia tadi?

“Leaving Mrs. Ethan alone, is bad idea.” ujar satu suara yang sangat familiar sejak akhir-akhir ini. Ivy membuka mata. Perlahan-lahan, wajah Ethan yang tampan menghiasi ruang matanya.

‘Haih, dia rupanya hero aku.’ Bisik hati Ivy terharu.

“Err, awak buat apa dekat sini? Bukan awak kata nak balik KL ke?”

“Well, aku cancelkan. Tak sedap hati nak tinggalkan kau seorang-seorang dekat kampung ni.” Tanpa menunggu balasan dari Ivy, tangan isterinya dicapai lalu dibawa ke kereta.

“Eh? Saya nak pergi kedai. Mak minta tolong belikan garam.” Ujar Ivy jujur.

“ Ya, aku tahu. Naik kereta, kita pergi kedai. Nak jalan jauh.”

Ivy diam. Dia hanya mengekori sahaja rentak suaminya yang sedikit garang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience