6

Romance Completed 67310

IVY bersandar pada kerusi sambil kepalanya cuba untuk memproses keadaan.

“Hari ni, aku bangun pagi sebelah aku ada lelaki. Lelaki tu dia dakwa diri dia sendiri sebagai suami aku. Dia cakap umur aku dah tiga puluh tahun. Semalam, hari jadi aku yang kedua puluh. Kek cawan dengan lilin. Hmm, lepas tu, mak panggil. Hmm, lepas tu, aku masuk bilik menangis. Hmm, apa lagi ek?” Ivy berfikir sejenak. Dia pasti perkara yang dia lupa itu sesuatu yang penting. Tapi apa dia?

Tiba-tiba dia mendapat satu idea yang bijak!

“ Damia!”

Beg tangan di atas meja digali. Setelah menjumpai barang yang dicari, Ivy terdiam.

“Aku mana reti pakai benda alah ni. Adoi!” Dahinya ditepuk kuat.

Telefon bimbit yang canggih itu dipandang sayu. Macam mana dia mahu menelefon Damia kalau nak bukak pun tak tahu! Grrrrrrr…kenapa lah canggih sangat telefon zaman sekarang ni!

Kepalanya tiba-tiba mendapat idea sekali lagi. Ting, ting!

Cepat-cepat dia menuju ke pintu lalu kepala dijengukkan sedikit. Hah! Perempuan tu!

“Err, awak! Awak sini kejap!” jerit Ivy sedikit perlahan. Nasib meja gadis itu berdekatan dengan biliknya.

Una menelan air liur. ‘ Alamak. Mampus aku.’

Akhirnya dia ikut sahaja arahan dari Ivy yang hanya menunjukkan sebahagian badannya dari belakang pintu. Sempat dia berdoa-doa dalam hati agar dia tidak dibuang kerja.

“ Apa yang boleh saya bantu, Puan?” tanya Una lembut.

“ Hmm, jangan panggil saya puan boleh tak. Rasa tua lah. Hmm, ni hah. Saya nak telefon adik saya, tapi saya lupa macam mana nak guna benda alah err telefon ni. Boleh awak tolong telefonkan adik saya?”

‘Lupa? Huh.Lebih kepada tidak tahu.’

Una yang agak terpinga-pinga dengan arahan yang diberikan si bos hanya mengikut saja. Jarinya menguis-nguis skrin telefon, mencari nama adik bosnya. Jumpa!

“Nah. Saya dah call dia.” Samsung Galaxy Note itu bertukar tangan.

“Okey. Terima kasih!” Ivy tersenyum gembira manakala Una pula masih lagi agak pelik dengan sikap majikannya yang lupa cara untuk menggunakan telefon.

Tut, tut, tut…

“Hello! Assalammualaikum, adik!”

“ Waalaikummussalam. Hmm, apa?”

“Adik kat mana sekarang?”

“Orang kat kolej ah.”

“Nanti akak datang sana okey. Tunggu tau. Bye.”

“Eh? Kak! Akak!” Damia melihat skrin telefonnya. Akaknya sudahpun mematikan talian. Apa kejadah akaknya itu mahu datang ke sini?

Samsung Galaxy Note dimasukkan ke dalam beg tangan kemudian dia bangun. Baru beberapa tapak menghampiri pintu, dia berhenti.

“Apa alamat kolej Damia ek?”

Ivy menggaru kepalanya. Kakinya tidak henti-henti ke hulur ke hilir memikirkan sesuatu. Sekali lagi ideanya datang. Lelaki itu pasti tahu sedikit sebanyak mengenai hal keluarga dia. Pasti dia tahu di mana Damia belajar.

5 minit kemudian,…

“Entah.”

Ivy melopong. Biar betul mamat ni!

“Takkan awak tak tahu mana adik saya belajar!” Suaranya sudah naik frequency. Betul ke lelaki itu suami dia ni? Ke, mereka ni hanya kahwin kontrak?

“Aku mana tahu pasal keluarga kau. Kau pun tak pernah cerita kat aku apa-apa. Jadi macam mana aku nak tahu.” Ethan mengeluh kasar. Ingatkan tadi, perempuan itu kejang nak mati kerana sakit perut. Habis mesyuarat dia terpaksa ditangguhkan. Kalau dia tahu,…ei !!

“Kalau tak ada apa-apa lagi, aku pergi dulu.”

Belum sempat dia hendak beredar ke biliknya semula, lengannya pantas direntap oleh Ivy.

“Wei, janganlah macam ni. Saya desperate sangat ni. Saya kena tahu jugak apa yang terjadi pada saya sepuluh tahun yang lalu. Tolonglah.” Ivy membuat muka kasihan. Bibirnya dimuncungkan.

Ethan menjuling mata ke atas. Keluhan demi keluhan dilepaskan. Memang nasib dia hari ni memang malang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience