9

Romance Completed 67310

“KITA nak pergi mana ni?” tanya Ivy sebaik sahaja mereka memasuki kereta.

Ethan menoleh sebelah. Perlahan-lahan wajahnya didekatkan pada Ivy. Wajah Ivy bertukar. Nafasnya tiba-tiba tersekat. Jantungnya berdegup bagai nak gila. Haruman perfume milik Ethan menusuk ke rongga hidungnya. Ohhh !! Kenapa tergoda sangat ni?

“Tak pernah belajar undang-undang jalan raya eh?” soal Ethan tiba-tiba. Wajahnya masih mendekat pada wajah Ivy.

Dahi Ivy berkerut. Tidak memahami maksud Ethan.

“Nak mati cepat? Tali pinggang tu, pakai!” arah Ethan dengan nada yang tegas.

Tersentak Ivy dibuatnya. Cepat-cepat tangannya memasang tali pinggang keledar. Dia ingatkan apa tadi rupa-rupanya dia sendiri yang terlupa untuk memakai tali pinggang keledar.

Dalam diam Ethan tersenyum. Perlahan-lahan stereng diputar lalu keretanya menuju keluar dari perkarangan syarikat miliknya dan Ivy.

“Encik Ethan, kita nak pergi mana ni?” soal Ivy setelah menyedari suasana yang agak sunyi antara mereka.

“Jalan balik rumah sendiri pun dah lupa ke?” soal Ethan. Tangannya memulas stereng, memasuki perkarangan sebuah rumah kampung. Enjin dimatikan lalu tali pinggang keledar dibuka. Kepala ditoleh sebelah.

“Macam mana awak tahu rumah saya?” soal Ivy hairan. Bukan ke Ethan merangkap suami politiknya itu tidak tahu apa-apa mengenai dirinya? Ethan tidak membalas soalannya malah lelaki itu terus memasuki rumah papan yang merupakan rumah dia sendiri.

“Eh, tunggu !” Cepat-cepat Ivy membuka tali pinggang keledar dan keluar dari kereta. Kasut tumit tinggi yang menyakitkan kakinya dibuka segera. Salam diberi sebelum memasuki rumah.

Ethan yang sedang bersandar selesa di atas sofa kayu segera didapatkannya.

“Kenapa awak tak tunggu saya?” rungut Ivy bengang. Boleh suaminya itu blah macam tu je.

“Ivy dah balik dah? Lama mak tak jumpa Ivy.” Puan Julia tersenyum manis melihat anaknya yang sudah berubah. Dulu anaknya tidak memakai tudung, tapi sekarang, anaknya itu makin kelihatan ayu dan sopan.

Ivy mendapat Puan Julia yang hanya tercegat berdiri selepas menghidangkan minuman. Ivy memeluk erat tubuh wanita tua itu dengan penuh kasih sayang manakala Puan Julia tersentak dengan sikap anaknya yang sudah berubah. Sikap enam tahun yang lalu telah kembali. Adakah dia sedang bermimpi?

“Apa mak cakap ni ? Ivy ada dengan mak semalam kan?”

Kata-kata Ivy membuatkan Puan Julia terdiam. Semalam? Sudah enam tahun anaknya itu tidak pulang ke rumah sejak hari lahir Ivy yang ke-20. Mengapa…

Ethan bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke arah Puan Julia.

“Ivy ni pening sikit mak sejak kebelakangan ni. Hmm, malam nanti kita sembang panjang-panjang eh. Ethan bawakkan Ivy masuk bilik. Mak rehatlah dulu.” Tangan Ivy ditarik menuju ke bilik. Ivy yang lemas ditarik dan ditolak, segera menepis tangan Ethan.

“Saya tahulah mana bilik saya ! Hish ! Itupun nak main tarik-tarik.” Rengek Ivy tidak puas hati. Ethan hanya tersenyum melihat telatah Ivy yang makin berubah. Manakala, Puan Julia hanya menggeleng kepala melihat telatah anak dan menantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience