4

Romance Completed 67310

KEDUA-dua tangan jari-jemari disatukan erat lalu diletakkan di atas riba. Kaki kanannya sejak dari tidak boleh duduk diam. Matanya juga asyik meliar memandang ke kanan, kiri, atas dan bawah. Seperti ada yang tidak kena.

Ethan menoleh ke sebelah memandang isterinya merangkap business partnernya yang menggelabah tidak tentu fasal. Kelakuan wanita itu sedikit sebanyak menghiburkan hatinya. Nampak kebudak-budakkan tapi comel. Bertambah comel lagi apabila wanita itu memakai tudung shawl berwarna merah jambu.

Pertama kali dalam hidup dia melihat Ivy memakai tudung. Selama tiga bulan mendirikan rumah tangga bersama wanita itu, tidak pernah isterinya itu bertudung litup. Apa yang dia gemar pakai semuanya tidak cukup kain. Balik lewat malam. Tiap kali balik sahaja, pasti dalam keadaan yang mabuk. Entah apa hidayah yang dia dapat entah. Haih.

“Kalau saya tak pergi mesyuarat ni tak boleh ke? Saya sakit perut lah.” Tanya Ivy memecahkan kesunyian.

Bukannya dia sakit perut betul-betul pun. Cuma, dia memang tak nak hadir mesyuarat tu. Selama dua puluh tahun hidup di bumi ni, mana pernah dia pergi mesyuarat. Kalau mesyuarat pun, mesyuarat barisan pengawas masa sekolah dulu tu ada lah.

Ethan menoleh ke sebelah. Keningnya ternaik.

“Sakit perut? Nak pergi klinik ke?”

Ivy menelan air liur. Alamak. Dia bukan sakit betul-betul pun. Tak pasal-pasal kantoi nanti macam mana.

“Err, tak payah. Saya rehat dalam bilik je lah.” Ivy menggigit bibirnya. Kalau betullah lelaki itu suaminya, memang banyak dosa dia dapat ni.

“ Hmm.” Ethan memandang ke depan. Dalam kepalanya ligat berfikir.

Memang sah. Wanita itu dah berubah. Tidak pernah-pernah wanita itu tidak hadir ke mesyuarat. Ini pertama kali dalam sejarah. Banyak persoalan dalam fikirannya sekarang. Apa yang membuatkan wanita itu berubah? Perangai Ivy yang tegas dan garang tidak sama dengan yang sekarang. Ivy yang dia lihat sekarang sangat berlainan. Perangainya sangat kebudak-budakkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience