1

Romance Completed 67310

IVY menggeliat malas. Matanya digosok beberapa kali. Dia terpisat-pisat.

‘Siapa punya rumah pulak ni? Kenapa macam, lain macam je,’ bisik Ivy sendirian. Sungguh dia tak berapa kenal dengan rumah itu. Setahu dia, rumahnya tersangatlah berbeza dengan rumah yang dia berada sekarang.

Kemanakah perginya rumah papan yang buruk itu? Atap yang sering kali mengganggu tidur dia pada pukul tiga empat pagi setiap kali hujan lebat mula turun. Kemanakah perginya tilam nipis yang mengalaskan tidurnya? Ke manakah pelita yang sering menemani dia membuat ulang kaji sehingga larut malam dulu? Mana perginya semua itu?

Kepala yang terasa pening dipegang. Apa yang dah terjadi ni. Matanya meliar memandang suasana di dalam bilik itu. Suis lampu cuba dicari walaupun keadaan gelap gelita. Tik!

Mulut ditekup kuat. Terpampang sekujur tubuh yang tidak berbaju dan hanya berselimutkan kain tebal sedang terbaring lena di atas katil. Ya Allah. Siapa lelaki itu? Macam mana dia boleh berada di situ? Adakah dia dan lelaki itu dah…

Tanpa memikirkan apa-apa…

“ Argh…! Perogol! Perogol! Tolong ! Ada perogol!”

Jeritan Ivy yang terlampau kuat itu mengejutkan tidur Ethan. Segera dia bangun dari pembaringan lalu memegang kepala yang terasa sedikit pening kerana dikejutkan dari tidur secara mengejut.

“Dah buang tebiat ke apa jerit pagi-pagi buta macam ni. Dah tak ada kerja?” soal Ethan kasar. Badannya direbahkan kembali ke atas katil. Selimut dicapai lalu diselubungkan pada badan. Mukanya disembamkan pada bantal.

Ivy memandang lelaki yang tidak dikenali itu dengan pandangan yang tidak percaya. Kenapa lelaki itu berlagak macam mereka kenal saja? Vivvy bukan seorang yang mudah memberikan maruahnya pada sesiapa okey! Walaupun dia bukanlah seorang yang baik, tapi dia tak akan sesekali menyerahkan kesuciannya itu pada lelaki yang bukan sebarangan. Tidak akan!

Sebuah bantal kecil dicapai lalu dicampak kasar pada lelaki separuh bogel itu. Tepat mengena kepalanya.

Ethan mengeluh kasar sebelum dia bangun akibat terasa jengkel ya amat dengan perempuan di hadapannya itu.

“Kau ni dah kenapa, Iv! Pagi-pagi dah buat hal! Semalam kau minum lagi kan! Tu yang jadi gila macam ni. Serabutlah!” Ethan meraup wajahnya sebelum jelingan tajam dihadiahkan pada Ivy.

Ivy menelan air liur. Oih, handsomenya mamat ni. Eh! Mana boleh dia terpukau pada masa-masa kritikal macam ni. Patutnya lelaki itu harus makan penumbuknya kerana telah meragut kesuciannya!

Jari telunjuk dihalakan pada Ethan yang duduk selamba di atas katil sambil tangan sebelah kanannya diletakkan ke atas lutut belah kanan.

“Kau siapa hah? Apa yang kau dah buat dekat aku?” soal Ivy tegas sambil jari telunjuknya dihalakan pada Ethan dan yang sebelah lagi memegang hujung gaun malam separas peha supaya menutupi bahagian bawah. Elok-elok menutupi punggung saja. Habis peha dia yang putih melepak itu tidak dapat ditutupi.

Ethan tergelak kecil. Senyuman sinis ditayang.

“Ivy, kau ni kenapa. Ni aku lah!”

Ivy menggeleng kepalanya deras. Dia langsung tak kenal dengan lelaki di hadapannya itu.

“Kau tak jawab soalan aku lagi! Kau siapa hah!” jerit Ivy kuat. Hampir mengalir air dari tubir matanya. Tidak sangka hidupnya akan berubah menjadi gelap seperti ini. Ohh, tidak dapat dia bayangkan penerimaan mak dan ayah di kampung.

Ethan meraup rambutnya berkali-kali. Kusut kepala dia melayan perempuan itu.

“Aku suami kaulah! Kau kenapa?” tengking Ethan kuat membuatkan Ivy secara automatik terdiam tidak berkutik.

“Kau jangan nak tipu aku lah! Aku baru dua puluh tahun ni! Muda lagi, mana boleh kahwin! Kau jangan nak tipu aku lah, perogol!”

“ Iv! Kau ni kenapa? Umur kau dah tiga puluhlah. And yes, nak tak nak, kau kena terima juga sebab aku dengan kau memang dah kahwin pun. Dah tiga bulan!”

Kata-kata lelaki yang tidak dikenalinya itu betul-betul menyentakkan Ivy. Dia terduduk di atas karpet yang berbulu sambil kepala menerawang memikirkan sesuatu. Dia keliru. Bukan semalam dia baru masuk dua puluh tahun ke? Tapi kenapa hari ni tiba-tiba tiga puluh pulak? Bukan setakat tu je, dia sudahpun mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang tidak dikenalinya.

Kalau yang elok sikit dapat, tak apa jugak. Ini yang miang menggeletis jugak yang dia dapat. Selamba je bangun dari tidur dengan hanya pakai boxer pada badan sambil tayang muka menggoda. Gila! Tidak dapat dia membayangkan apa yang terjadi semalam. Oh, seram…

Tapi yang peliknya, kalau betullah lelaki itu suami dia, kenapa yang handsome? Bukankah dia hanya penjual nasi lemak? Seorang penjual nasi lemak berkahwin dengan lelaki sekacak dan sepanas Josh Kloss? Oh myy,…tak mungkin ! Apa yang dah jadi pada dia? Kenapa tiba-tiba umur dua puluh tiba-tiba bertambah sepuluh? Macam mana dia boleh berkahwin dengan lelaki sekacak itu? Tidur sekatil pulak tu! Oh, panasss…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience