16

Romance Completed 67310

IVY memandang lauk pauk di atas meja dengan mata yang bersinar-sinar manakala Ethan bukan memandang makanan tetapi memandang Ivy. Isteri yang tidak mahu memujuk suaminya. Memang dia mahukan Ivy memujuk dirinya tapi apakan daya, Ivy hanya tak nak layan dia.

“Kenapa mak masak banyak sangat mak? Kita berdua eh kita bertiga je dekat rumah ni.” Ujar Ivy. Ethan hanya menjeling tajam pada isterinya.

“Tak apalah. Kadang-kadang je ni. Lagipun, lusa adik kamu dah nak balik kan? Jadi mak kenalah praktis masak lauk banyak-banyak sebab nanti ramai yang balik.”

Ivy tersenyum. Nasi disendukkan lalu diletakkan di atas pinggannya manakala Ethan masih lagi menjeling Ivy. Puan Julia yang baru tersedar akan kehadiran menantunya segera menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi. Ethan hanya menyambut bersama senyuman manis.

“Vivian Sahara. Kamu ingat tak yang kamu dah ada suami?”

Ivy berhenti menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Matanya kini terarah pada suaminya yang sedang menjamu nasi. Kemudian, pandangannya kembali terarah pada Puan Julia bersama wajah yang blur.

“Ingat mak. Kenapa?”

Puan Julia hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. “Tak ada apa-apalah.”

Wajah Ivy, lama-kelamaan memerah. Malu. Malu kerana dia boleh terlupa akan suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience