11

Romance Completed 67310

IVY menggeleng-geleng kepala. Dia tidak mengenali lelaki itu dan bagaimana kalau lelaki itu mempunyai niat jahat terhadap dia. Dia bukan berharta pun dan kalau lelaki itu mahu mengapa-apakan dia pun apa salahnya, mereka dah berkahwin. Apa yang dia sedang fikirkan ini?

“Ivy…buat apa berdiri dekat situ. Meh duduk sini.” Ajak Puan Julia setelah melihat anaknya hanya berdiri tercegat sahaja di depan pintu bilik.

Ivy tersenyum mesra dengan sapaan lembut maknya. Dia melabuhkan punggung bersebelahan Puan Julia yang sedang mengupas kulit bawang.

“ Mak sihat?” tanya Ivy lembut.

Wajah tua ibunya diamati dengan penuh khusyuk. Makin tua pula wajah itu. Berlainan sekali semasa hari jadi yang ke-20nya. Hmm. Fikirannya asyik terganggu jika difikirkan tentang masalah yang satu itu.

“Alhamdullillah. Mak dengan ayah kamu sihat je.” Balas Puan Julia. Wajah anaknya yang makin cantik itu menimbulkan rasa tenang dalam hatinya. Tambahan pula, Ivy sudah berubah. Sikapnya serta penampilannya yang berubah 360 darjah memanjatkan rasa syukur dalam dirinya.

“Ayah dekat mana mak? Tak nampak pun dari tadi.” Ivy mencari-cari kelibat ayahnya. Tapi sayang, tiada satu kelibat ayahnya pun yang muncul mahupun adiknya Damia.

“Dia dekat Kota Bharu. Ada urusan penting. Hmm, Ivy sihat?” tanya Puan Julia sedikit teragak-agak.

Dalam hatinya, mahu saja dia tanya mengapa anaknya itu tiba-tiba pulang ke rumah sedangkan sudah bertahun-tahun Ivy tidak pulang ke rumah untuk menjenguk dirinya.

“Ivy sihat mak, tapi, ada benda pelik yang dah berlakulah.” Balas Ivy jujur.

Dahi Puan Julia berkerut. “ Benda pelik? Benda apa yang pelik?”

Ivy menarik nafas dalam lalu dihembusnya. Perlahan-lahan, dia menceritakan segala-galanya yang telah berlaku. Puan Julia pula hanya khusyuk mendengar cerita anaknya.

“Boleh tak mak ceritakan apa yang terjadi dekat Ivy lepas hari jadi yang ke-20 tu?” pinta Ivy. Memang dia bingung dengan keadaan hidupnya. Lepas sahaja hari jadinya itu, tiba-tiba, dia di tempat lain. Yang paling peliknya, dia sudahpun berkahwin dengan lelaki yang dia tidak kenal. Malah, lelaki itu sendiri pun tidak banyak mengenali dirinya.

“Hmm, Ivy larikan diri dari rumah.” Balas Puan Julia pendek.

Sebenarnya, dia tidak sanggup untuk mengungkit kisah lama tapi apakan daya anaknya mahu tahu sangat tentang kisah yang telah lama berlalu.

Ivy terkejut. Dia…lari dari rumah? Beranikah dia? Mengapa dia sanggup buat kerja bodoh tu?

“Habis tu, macam mana?” soal Ivy tidak sabar untuk tahu kisah hidupnya yang seterusnya.

“Ayah dengan mak pergi cari Ivy. Tapi, kami tak jumpa. Kami cari di pekan, tapi masih tidak jumpa. Sampai setahun kami cuba cari kamu, tapi langsung tak jumpa. Lepas dua tahu berlalu, kami jumpa kamu di dalam surat khabar. Kamu dah berjaya.” Puan Julia berhenti seketika. Tiba-tiba dia rasa sebak untuk menceritakan kisah yang seterusnya. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Ivy memerhati wajah sedih maknya dengan perasaan yang bersalah.

“Dan masa tu ayah dan mak buat keputusan untuk cari kamu di Kuala Lumpur. Hari yang kami datang tu adalah hari perkahwinan kamu dan…”Air mata Puan Julia makin deras mengalir. Tangisan yang ditahan-tahan, akhirnya pecah juga. Ethan hanya memerhati di belakang bersama hati yang sayu.

“Dan Ivy halau mak dengan ayah?” tutur Ivy perlahan. Tubuh Puan Julia dipeluknya kuat. Hatinya dipagut rasa pilu apabila mendengarkan cerita maknya. Air matanya juga turut sama mengalir sederas air mata Puan Julia.

“Ivy minta ampun mak. Ivy dah banyak berdosa dengan mak dan ayah rupanya. Kalaulah Ivy boleh putarkan masa, Ivy takkan buat mak kecewa lagi dengan sikap Ivy yang teruk ni.” Ivy menangis sekuat-kuatnya. Meminta kemaafan daripada seorang perempuan yang bergelar ibu.

“Tak apa Ivy. Mak tak kisah asalkan anak mak semuanya berjaya. Salah mak juga sebab tak dapat nak hantar Ivy pergi sambung belajar. Tapi tengok Ivy sekarang, Ivy dah berjaya sayang. Jangan salahkan diri tu. Mak dah lama maafkan Ivy.” Pujuk Puan Julia sambil mengusap belakang anaknya yang sedang menangis teresak-esak.

Ethan tersenyum. Akhirnya, keluarga isterinya bersatu semula. Ethan melangkah ke ruang tamu, meninggalkan isteri dan ibu mertuanya.

Ivy mengelap air matanya lalu memandang wajah Puan Julia. “ Ivy minta maaf mak sebab lari dari rumah. Ivy anak yang derhaka!”

“Tak Ivy! Ivy anak yang baik, cuma keadaan sahaja yang berubah Ivy. Lagipun, Ethan dah banyak bantu keluarga kita. Mak rasa berbangga sangat dapat menantu yang baik macam tu.”

Ivy terdiam. Ethan banyak membantu keluarga dia? Bukankah lelaki itu tidak tahu akan asal usulnya. Makin dia mengenali lelaki itu, makin bertambah pening kepala dibuatnya.

“Ohh, ye ke. Err, sayangnya, Ivy sendiri tak kenal dia.” Ivy memandang lantai. Malu dengan diri sendiri. Boleh pula dia berkahwin dengan lelaki yang dia tidak kenal? Pelik.

“Ivy ada masalah kan. Sebab tu Ivy tak ingat dia. Cuba Ivy cakap-cakap dengan dia, tanya-tanya dia apa-apa. Mana tahu ingat apa-apa ke kan?” cadang Puan Julia.

Tentu maknya fikir dia hilang ingatan.

‘Mak, Ivy tak hilang ingatan tapi Ivy err entah!’ Perkara ini berlaku terlalu pantas. Macam tengah tengok movie lepas tu tekan butang skip. Huh. Ivy memang tak kenal langsung dengan lelaki itu! Bukannya dia mengalami amnesia ke apa. Dia tak pernah menghadapi apa-apa kemalangan mahupun mengalami gegaran otak.

“Hmm, malam nanti, Ivy interview dia eh? Err, Ivy nak masuk bilik kejap nak solat. Sebelum tu, Damia mana mak?”

“Damia dekat kolej. Lusa dia balik lah tu. Ivy nak tinggal sini berapa lama? Ajaklah Ethan duduk lama sikit.”

Ivy senyum.

“Okey, mak. Nanti Ivy tanya Ethan dulu eh? Kalau Ethan nak balik pun, Ivy stay sini kut, nak tunggu Damia balik.”

“Hmm, eloklah tu, budak tu pun rindu sangat dengan kamu. Hari-hari asyik tanya je bila agaknya kamu nak balik.”

Ivy hanya tersenyum hambar. Memang dia tahu dia salah. Apa yang telah dilakukan semuanya itu salah! Tapi, dia sendiri tak tahu yang dia dah berubah sampai begitu sekali. Dia masih, bingung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience