15

Romance Completed 67310

“ KATA nak balik KL?” tanya Puan Julia sebaik sahaja melihat menantunya.

“An cancel mak. Risau tinggalkan dia seorang-seorang.” Balas Ethan selamba. Punggung dilabuhkan bersebelahan Ivy. Wajah isterinya yang muncung dilihat dari ekor mata.

‘Tak suka ke aku ada dekat sini?’ bisik hati Ethan perlahan.

Tiba-tiba Ivy bangun lalu menuju ke bilik meninggalkan Ethan terpinga-pinga seorang.

“An masuk dalam dulu eh mak.” Ethan meminta diri. Segera kakinya dihayunkan menuju ke bilik. Puan Julia hanya menggeleng kepala.

Ivy yang sedang berbaring di atas katil dipandang tidak henti. Dahinya berkerut.

“Asal?” tanya Ethan tiba-tiba. Ivy menoleh sebelah. Wajah suaminya yang ketat dipandang ala kadar. Mata dipejamkan semula.

Ethan tidak puas hati. Dia berjalan menuju ke katil lalu melabuhkan duduk di sebelah Ivy yang sedang berbaring. “ Asal senyap?” tanya Ethan sekali lagi.

Ivy mengeluh.

“Penat.” Balas Ivy pendek. Malas mahu melayan suaminya.

Ethan menggigit bawah bibirnya.

‘Jawapan apa ni? Tadi pergi kedai naik kereta kan? Aku yang drive pulak tu.’ Detik hati Ethan tidak puas hati.

Seharusnya isterinya itu gembira dengan kehadiran dia tapi mengapa macam tak suka je? Adakah isterinya itu menyukai mamat motor tadi? Hish! Janganlah…

“Kau suka mamat motor tu kacau kau kan tu yang kau marah sebab aku kacau daun tadi.” Ivy membuka mata. Memandang wajah Ethan yang sedang ketat.

“Apa yang awak merepek ni. Saya tak marah awaklah. Saya penat je!” balas Ivy bengang.

“Buat penat je aku patah balik tadi. Kalau aku tahu, aku biarkan je kau tersadai kat tepi jalan tadi.” Bebel Ethan sendirian. Ekor matanya memandang Ivy. Gadis itu tidak mempedulikan dia. Satu pujukan pun tidak diterimanya.

“Habis tu! Siapa suruh patah balik! Ish! Dahlah! Malas saya nak cakap dengan awak. Tiap kali bercakap je, mesti kena marah. Entah apa salah saya pun saya sendiri tak tahu. Malam ni saya tidur bilik Damia. Awak tidurlah sini seorang-seorang!” bentak Ivy geram. Dia terus bangun dari katil dan menuju ke bilik adiknya di sebelah.

Ethan tercengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience