BAB 4

Romance Completed 6310

Rahayuni tersentak dari lamunan saat namanya dipanggil seseorang.

“ Cik Rahayuni,” gamit seorang wanita berpakaian blouse berwarna pink dan berskirt paras lutut yang berwarna hitam itu.

“ Silakan masuk Cik Rahayuni,” pelawa gadis itu lalu membukakan pintu seluas-luasnya.

“ Terima kasih Pasha. Awak boleh keluar sekarang,” arah satu suara yang membelakangi Rahayuni itu.

Rahayuni cuba mengukir senyum saat jejaka itu memusingkan kerusi menghadapnya. Aduh! Dah lenguh mulut aku ni senyum tak reti-reti nak suruh aku duduk ke? Hampeh punya manusia, monolognya dalam hati.

“ Silakan duduk,” arah jejaka itu dengan wajah serius.

Rahayuni melabuhkan punggungnya di kerusi empuk itu. Matanya dilarikan melihat keadaan sekeliling bilik itu.

“ Ehem-ehem.” Rahayuni menghentikan perbuatan apabila mendengar suara deheman yang agak kuat.

“ Nama saya Naufal. Mana resume kamu?” tanya jejaka itu masih dengan wajah yang serius.

Rahayuni menghulurkan segala bagai resume dan sijil yang dimilikinya. Seketika dia mengerutkan dahi melihat wajah jejaka itu yang seperti menahan kentut saja.

“Rahayuni?” Naufal menahan diri dari ketawa. Entah kenapa dia sensitive dengan nama yang berkaitan dengan Ayu ni kerana ia mengingatkan ia pada penyanyi dangdut kegemaran ibunya Mas Idayu

‘ Ni yang malas nak beritahu nama aku yang cantik lagi vogue ni. Ei, mangkuk bertingkat lapan belas betul la mamat nerd ni,’ gumam Rahayuni dalam hati. Dia menjulingkan matanya.

“ Kenapa? Pelik sangat ke nama saya tu? Saya tahulah nama saya tu nama kampung” tanya Rahayuni dengan wajah tanpa riak.

Naufal menggeleng kepala berkali-kali. Lantas dia berjalan mendekati Rahayuni. Kemudian dia menenggek di bucu meja.

“ Kelakar. Nama awak mengingatkan saya pada penyanyi dangdut 90an tu, Mas Idayu. Tahulah tak sama, tapi saya over sensitive terus rindu kat mak. He he… Cuba awak gelek sikit,” ujar Naufal sambil membuat aksi goyang Inul.

“ Woi, mamat ulat bulu ni. Agak-agaklah. Apa awak tengok rupa saya ni ada gaya macam rupa Rahayuni penyanyi dangdut tu ke? Ada juga makan selipar saiz 7 karang,” marah Rahayuni sambil menjeling maut pada Naufal.

“ Saya tahu saya ni skema. Tapi janganlah panggil saya mamat nerd. Kecik hati saya ni,” rajuk Naufal. Rahayuni tersenyum senget.

“ So saya nak panggil awak apa ya? Raha? Ayu? Rahayuni soal Naufal setelah sepi seketika.

“ Apa-apa pun boleh Encik Naufal. Nak panggil Ayu pun boleh. Lagi pun saya kan memang ayu orangnya,” ujar Rahayuni. Dia mula ketawa di hujung katanya sambil mengipas-ngipas mukanya dengan tangan.

‘ Ceh! Perasan punya minah dangdut. Ha ha…. Lawak pula. Minah dangdut?

‘Boleh tahan cun jugak orangnya,’ omel Naufal dalam hati.

“ Encik Naufal, Encik Naufal,” seru Rahayuni saat jejaka itu diam tidak berkutik.

Ish! Mamat nerd ni la. Boleh pula dia berangan. Ni mesti berangan bergelek dengan penyanyi dangdut kesukaan dialah tu. He he…

“ Encik Naufal.” Rahayuni sedikit menjerit apabila melihat jejaka itu sedang asyik merenungnya.

“ Ha, awak panggil saya ke?” soal Rahayuni seraya membetulkan kedudukan spek matanya.

“ Encik tak apa-apa ke?” soal Rahayuni.

Berkerut dahi Naufal mendengar soalan gadis di hadapannya. Tidak semena-mena dia menggarukan kepala yang tidak gatal.

“ Saya nampak macam tak okey ke?” soal Naufal dengan wajah blurr.

Rahayuni tersenyum sebelum menjawab. Lantas dia ketawa dalam hati apabila idea jahatnya berlegar dalam kepala.

“ Macam okey. Macam tak okey,” ujar Rahayuni dengan wajah yang serius. Dia menggingit hujung bibirnya, sedaya upaya dia cuba untuk menahan dari menghamburkan ketawa saat melihat kerutan pada wajah Naufal.

“ Mak… maksud awak apa?” tanya Naufal. Suaranya kedengaran bergetar.

“ Encik… nampak macam…” sengaja Rahayuni menggantungkan ayatnya.

“ Macam apa?” tanya Naufal tidak sabar.

‘ Minah dangdut ni main-main pula dengan aku. Ada kena cium kejap lagi. Eh! Naufal kau dah kenapa gatal sangat ni?’ kutuk Naufal pada dirinya sendiri.

“ Macam ada petanda angau. Saya panggil Encik berkali-kali tau. Tapi Encik langsung tak dengar. Encik… jatuh cinta ya?” usik Rahayuni.

Naufal membeliakkan mata mendengar usikan selamba gadis itu. Dengan tenang dia menjawab.

“ Oh! Kalau saya kata saya memang angau apa awak boleh tolong? Sebab… saya angaukan awak.” Rahayuni tergamam tiada terkata.

“ Gila!”

‘ Tahu pun takut. Heee mama Rith dah jatuh cinta! Ha ha…’ gumam Naufal dalam hati.

‘ Dasar sewel punya mamat nerd. Huh! Padan muka kau Ayu. Berani lagi kenakan dia. Kan dah terkena batang hidung kau. Ah! Minta-minta la aku tak diterima bekerja di sini. Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan mamat nerd ni tiap-tiap hari,” getus Rahayuni.

“ Saya gurau saja. Ha, bila awak boleh mula kerja ya?”

Rahayuni bagaikan tertelan biji durian saja. Tersekat nafasnya mendengar pertuturan Naufal.

“ Mak… maksud Encik saya diterima bekerja?” soal Rahayuni teragak-agak.

“ Yalah. Dah tu tak kan awak nak jadi isteri saya?” sakat Naufal seraya tersengih nakal.

Rahayuni menjulingkan mata. Geram dengan sikap nakal lelaki di hadapannya.

“ Tak hingin saya jadi isteri Encik. Huh! Minta simpang la,” omel Rahayuni tanpa sedar.

“ Sekarang tak mahu la. Manalah tahu satu hari nanti awak suka saya,” Naufal semakin giat mengusik Rahayuni.

Spontan Rahayuni menjelirkan lidahnya. Dia menjulingkan mata melihat senyum yang terukir di bibir lelaki itu.

“ Encik dah habis temuramah saya kan? Err… Encik Naufal jawatan apa yang saya akan sandang?” soal Rahayuni dengan wajah blurr.

“ Oh, lupa pula. Awak ada sijil Housekeeping kan? So awak akan mula bekerja pada esok hari dan bekerja sebagai Housekeeping.” Rahayuni tersenyum manis.

‘ Alhamdulillah aku dah dapat kerja. Bolehlah mak rehat dari meniaga,’ gumam Rahayuni dalam hati.

“ Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dululah,” ujar Rahayuni.

“ Err… Ayu. Ini ada borang awak kena isi. Dan bawa semula pada esok hari.” Rahayuni mencapai kertas yang dihulurkan lalu dia memulas tombol pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience